Diariku: Konvokesyen UM 2010
Labels: PersonalAssalamualaikum dan Salam Sejahtera :)
Alhamdulillah, semalam dapat jugak melawat bekas guru praktikal Syariah Islamiah, Ustazah Mardhiah di majlis Konvokesyen Universiti Malaya. Hee, walaupun ustazah ni mengajar sekejap jew tapi rasa macam dah lama mengajar kelas Arib ni. Kalau masa Syariah Islamiah jew mesti ustazah akan buat game supaya dapat memahamkan lagi sesuatu tajuk tu terutamanya bab haji. Hah, klik 'read more' untuk selanjutnya :D
Hah, rombongan ni disertai seramai 17 orang yang terdiri daripada 14 orang pelajar kelas 4 Aliran 2 dan 3 orang pelajar 4 Aliran 1. Untuk pelajar 4 Aliran 1 pulak, diorang datang ke konvokesyen ni sebab nak berjumpa Ustazah Juwairiah yang juga bekas guru praktikal Syariah Islamiah kelas 4 Aliran 1 dan juga penulis buku Tawajjuh Cinta, hee.
Setibanya rombongan di Universiti Malaya, kitorang disambut oleh Ustazah Juwairiah yang ketika tu sedang bersama keluarganya.
Lepas tu, Ustazah Juwairiah membawa rombongan ke tempat konvokesyen untuk berjumpa dengan Ustazah Mardhiah :)
Tidak lama macam tu, akhirnya jumpa jugak Ustazah Mardhiah, hee :D
Disebabkan masa tengah hari semalam hujan, jadi kena lunch dulu before pergi PC Fair, hoho.
Around pukul 1.15 petang, kitorang meninggalkan kawasan Universiti Malaya tu, solat zohor dan menuju ke lokasi seterusnya iaitu PC Fair! hee :D

Hee, rasanya setakat itu sahaja. Sekian wassalam :)
Editor: Hee, rasa seronok sangat dapat jumpa kedua-dua ustazah ni. Untuk Ustazah Mardhiah, good luck for Master! :D
Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment