• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Diariku: 'Night At The Museum' di Muzium Negara .

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Hahh, pada 27-28 Ogos 2010, Arib melibatkan diri dengan program Bermalam di Muzium di Muzium Negara. Yeah, memang best, kalau ada lagi memang nak pergi lagi, hee. Bayaran pun just RM10, berbaloi-baloi tau, siap dapat T-Shirt lagi. Kalau anda nak tau, objektif program ni diadakan untuk menanamkan semangat cintakan muzium kepada para pelajar. Wahh, macam mana erk rasanya bermalam kat muzium ni? Hah, kalau nak tau, klik 'read more' untuk seterusnya!



Jumaat, 27 Ogos 2010.

3.15 PM - Sesi Pendaftaran. Sebanyak 6 buah sekolah terlibat dalam program ni antaranya SMK Bandar Tun Razak (bilangan para peserta teramai), SMK Segambut Jaya, SMK Aminuddin Baki, SMK Bukit Bandaraya, dan lain-lain lagi.

3.30 PM - Para peserta dibawa ke Auditorium Muzium Negara untuk sesi Ice Breaking.





5.18 PM - Para peserta dibawa ke ruang pameran Muzium Negara. Apa yang Arib lihat, memang Muzium Negara dah banyak berubah. Tak silap kali terakhir Arib datang ke sini pada tahun 2007. Kalau nak tau, pada ruang pameran A diletakkan pameran pada zaman prasejarah. Ruang pameran B pula ruang pameran bagi zaman Kesultanan Melayu Melaka. Manakala ruang pameran C merupakan ruang pameran pada zaman penjajahan Inggeris. Dan ruang pameran D ialah ruang pameran Malaysia Kini.

Ruang Pameran A



Ruang Pameran B







Ruang Pameran C





Ruang Pameran D





5.50 PM - Persiapan diri.

6.30 PM - Berkumpul di perkarangan Muzium Negara untuk menunggu waktu berbuka.

7.22 PM - Berbuka bersama kakitangan Jabatan Muzium Malaysia serta anak-anak yatim. Para peserta dihidangkan dengan kurma, kuih-muih dan bubur lambuk terlebih dahulu.



7.50 PM - Makanan berat dihidangkan setelah selesai solat Maghrib.





8.05 PM - Sementara menunggu waktu Isyak, para peserta diberikan peluang untuk melawat pameran Keranda.







8.32 PM - Solat Isyak dan disusuli dengan Solat Terawih.

10.15 PM - Morey. Menu morey: Roti Jalan dengan air Kopi Susu.

10.45 PM - Sesi Personaliti Cemerlang.





Sabtu, 28 Ogos 2010.

12.10 AM - Sesi bermalam di Muzium bermula. Para peserta diuji dengan memasuki ke ruang pameran keranda seramai 5 orang untuk satu kumpulan. Lampu di ruang pameran keranda dimalapkan. 'Hantu' seperti pontianak dan pocong diletakkan untuk mengganggu para peserta, hohoho.

1.20 AM - Tidur. Para peserta lelaki ditempatkan di ruang pameran A iaitu ruang pameran zaman Prasejarah sebagai tempat tidur. Dikatakan terdapat artifak yang asli seperti tengkorak dan rangka manusia di dalam ruang pameran A itu. Manakala para peserta perempuan pula ditempatkan di ruang pameran B iaitu ruang pameran pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Para peserta diberikan Sleeping Bag, Bantal dan Travel Mat.



2.00 AM - Baru dapat melelapkan mata -,-'

4.30 AM - Sahur. Menu sahur: Nasi goreng, Bihun goreng, Ayam goreng, Teh Tarik.



5.00 AM - Persiapan diri.

6.00 AM - Solat Subuh.

7.00 AM - Sesi melukis mural. Sebanyak 50 Jalur Gemilang perlu diwarnakan. Setiap satu bendera dibahagikan seramai 4 orang.




Yeah, ni la Jalur Gemilang group Arib :)






9.20 AM - Sesi penutup.





10.15 AM - Bersurai.

Sekian sahaja untuk kalini. Terima kasih sebab membaca! Wassalam :)

Editor: Nasib baik program ni masa bulan puasa, hohoho.

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

1 Comments:

kukilalart d'vision said...

peh.. nak test gak ar mnguji keimanan masuk tmpat keranda tu, tapi bulan2 puasa ni nk best makan je la open2.. nnti dapat masuk van mayat.. special punye,JAIJohor tolong jempot..hhehe..

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top