Diariku: 22-27 Ogos 2010 .
Labels: PersonalAssalamualaikum dan Salam Sejahtera :)
Yuhuu! Hah, harini dah masuk hari ke 17 Ramadhan, kejap jew kan? Dan hari jugak merupakan hari Nuzul Quran. Jadi, ada beberapa negeri dicutikan harini, wah wah. Okay, untuk post kalini, Arib ceritakan sedikit sebanyak aktiviti sepanjang seminggu ni.
Ahad, 22 Ogos 2010.
Yeah, harini kena balik asrama. Masa rollcall petang tuu, ketua warden cakap makanan untuk hari tu kena ambil sendiri, tak dihidangkan kat atas meja seperti hari-hari kebiasaannya. Dan untuk harini jugak lah, first time makan ikan masa berbuka puasa dekat asrama, aiyoyo. Yup, sebelum ni, menu berbuka kat asrama makan ayam jew, ayam goreng, ayam masak merah, ayam berempah, hoho.
Isnin, 23 Ogos 2010.
Pukul 3.15 pm, kena pergi bilik Lukisan Kejuruteraan sebab nak ajar wakil sekolah buat roket air, hoho. Wahh, dah lama dah tinggalkan benda-benda ni, masa nak ajar tu ada lupa lupa sikit, aiyoo. Okay, untuk sesi petang tu, Arib kena ajar buat payung terjun atau lebih dikenali sebagai parachute dengan menggunakan plastik sampah. Hee, best jugak ajar diorang ni :D
Selasa, 24 Ogos 2010.
Pagi tu, Pn. Noraini selaku PKHEM dan mak Arib sendiri bagi la announcement untuk mencari pelajar yang ingin mengikuti program Bermalam di Muzium di Muzium Negara. Wahh, tak pernah pulak rasa nak bermalam kat muzium ni, mesti best kan?
Yeah, semua karya pelajar untuk majalah sekolah dah siap ditaip! Lega sikit rasanya, hee.
Rabu, 25 Ogos 2010.
Hah, pukul 2.30 pm haritu ada meeting majalah sekolah dekat bilik mesyuarat. Untuk meeting ni, Mr. Lim tekankan untuk sesi fotografi bagi karya pelajar. Dan Arib pulak selaku Ketua Editor dan designer majalah sekolah ni kena la membuat perancangan untuk design majalah tuu. Masa tu, belek-belek la kejap majalah SMK Taman Setiawangsa. Fuhh, lawa tak terkata ;D
Pada sebelah malam pulak ada meeting pengawas asrama sesi 2011 dekat makmal komputer asrama. Masa tu lah, semua tugas diagihkan kepada semua pengawas. Ada yang kena check kebersihan bilik, jaga bilik prep dan sebagainya. Hmm, meeting tu habis sekitar jam 11.30 pm.
Khamis, 26 Ogos 2010.
Hah, pukul 2.30 pm hari Khamis ni pulak ada pertandingan nyanyian patriotik sempena bulan kemerdekaan. Setiap kelas diwajibkan menghantar seorang wakil untuk pertandingan tuu, aiyoo. Okay, untuk pertandingan ni, Arib tidak keseorangan sebaliknya ditemani oleh dua orang wakil kelas Arib jugak iaitu Sabir dan Amir Farhan. Dan lagu untuk pertandingan tu Arib pilih lagu Bahtera Merdeka, hee.
Jumaat, 27 Ogos 2010.
Hah, pagi ni seramai 10 orang pelajar kelas Arib mengikuti program khatam Al-Quran di SMKA Kuala Lumpur. Jadi bilangan pelajar yang tinggal hanyalah 9 orang sahaja. Disebabkan ada program ni, untuk masa pertama sehingga ketiga tiada cikgu yang masuk, hurmm. Kalau cikgu takde ni memang selalunya Arib akan pergi ke bilik majalah untuk menyiapkan kerja-kerja majalah sekolah.
Huhu, pukul 9.20 am iaitu selepas post ni diupdate, Arib kena pergi ke kelas semula untuk oral English, yeah! Dan ujian oral kalini Arib pilih tajuk My Netbook, Asus Eee PC 1000H :)
Okay, lepas solat Jumaat nanti, Arib kena pergi ke Muzium Negara untuk mengikuti Bermalam di Muzium, selama 2 hari 1 malam, hee :DD

Okay, sekian sahaja untuk kalini. Thanks sebab membaca! Sekian, wassalam :)
Editor: Night At The Museum :)
Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment