• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

PIKOM PC Fair 2010 (I), Day 2 Coverage

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Pertama sekali nak cakap sorry sangat sangat tak dapat nak post coverage PIKOM PC Fair 2010 hari kedua semalam. Sekarang ni kat rumah tengah takde internet, so kena topup phone and then jadikan phone sebagai modem, mahal dan sungguh leceh, asyik disconnect je time guna, huhh. Okay, nak tau keadaan PC Fair semalam? Klik 'read more' untuk selanjutnya :)



Wah, suasana PC Fair semalam memang meriah, ramai orang kat sana berbanding hari sebelumnya. Yela kan, first day PC Fair tu hari Jumaat, orang penat balik kerja. Jadi, hari Sabtu la baru ada masa nak jalan-jalan, hari ni mungkin lagi ramai orang sebab hari terakhir macam ni selalunya ada lelong, hohoho.

Hmm, semalam Arib pergi PC Fair tu dengan kawan-kawan Arib. Macam biasa, jalan-jalan cuci mata, ada benda murah baru beli. Masa ni, kawan-kawan Arib nak cari earphone murah, budget bawah RM20. Jalan punya jalan, terjumpa la satu booth ni, jual earphone RM10. Apa lagi, cari yang elok, terus beli dua, hoho. Sound okay jugak la, yang penting tak sakit telinga :)





Untuk harga kat PC Fair semalam, printer all-in-one HP dari RM165 diturunkan lagi ke RM155. Harga gadget seperti speaker pun ada turun jugak. Apa yang best, harga camera digital & DSLR pun turun sekali ;)

Okay, malam nanti berakhirlah PIKOM PC Fair 2010 di Kuala Lumpur. PC Fair yang seterusnya mungkin bulan Ogos nanti. Sesiapa yang tak berpeluang nak beli gadget kat PC Fair ni, kumpul lah duit banyak banyak. Nanti PC Fair 2010 kedua nanti baru shopping puas puas ;)

Secara konklusinya, PC Fair 2010 membawa sebuah perubahan baru di mana processor yang digunakan di dalam notebook telah mula dipasarkan bersama Intel i3, i5 atau i7. Dari segi perkhidmatan jalur lebar, Maxis Broadband menawarkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan sehingga 7.2 Mbps dengan harga serendah RM48 sebulan. Sudah tentu, booth Maxis mencatatkan pengunjung paling ramai yang ingin melanggan jalur lebar yang ditawarkan oleh Maxis ini. Kemajuan ini secara tidak langsung telah meningkatkan lagi industri IT di Malaysia.

Sekian sahaja untuk kali ini, wassalam.

Editor: Bye bye PC Fair !

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top