• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

PIKOM PC Fair 2010 (I), Day 1 Coverage

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Yeah, PC Fair 2010 kini kembali! Wah, sebelum PC Fair ni mula, kecoh jugak lah kat asrama, ramai dah plan nak beli itu ini. Hah, semalam Arib sempat lah jugak tinjau keadaan PC Fair hari pertama ni. Disebabkan petang hujan, terpaksa lah keluar lambat sikit, around 5pm macam tu. Hmm, nak tau ada apa kat PC Fair kali ini? Klik 'read more' untuk info selanjutnya :)



PC Fair merupakan sebuah pameran komputer yang cukup sinonim bagi penggemar teknologi dan rakyat Malaysia. Pameran komputer yang dijalankan tiga kali setahun ini menawar pelbagai barangan IT seperti PC, notebook, gadget dan sebagainya dengan harga yang cukup berpatutan. Disamping membeli-belah, pengunjung juga didedahkan dengan informasi terbaru tentang dunia pengkomputeran.

Apa yang agak berlainan dari PC Fair yang sebelumnya, PC Fair kali ini telah menempatkan semula ruangan speaker di sebuah hall tingkat atas. Mungkin ramai yang suka gadget ini ditempatkan di sana kerana suasana dan bunyi di dalam hall lebih baik. Masuk sahaja ke bahagian speaker ini, terdengarlah bunyi dentuman hasil dari 'bass' speaker yang ternama.





Untuk harga pula, harga pendrive menurun sedikit berbanding tahun lepas manakala harga gadget seperti MP3 Player dan MP4 Player kekal sama. Harga notebook pula, netbook serendah RM799 masih boleh didapati di sini dan notebook dengan prosessor Intel Core 2 Duo yang dilengkapi dengan grafik nVidia mencatatkan harga serendah RM1899. Harga bagi pasaran notebook dengan Intel Core 2 Duo turun disebabkan kebanyakan notebook yang dijual kini sudah digantikan dengan prosessor terbaru Intel iaitu Intel i3, i5 dan i7 sebagai medium prosessor yang utama.

Hah, ni antara gambar yang sempat Arib tangkap dekat PC Fair tu :)




Pendrive 4GB=RM29, 8GB=RM49 & 16GB=RM89 :)









Eh, GameBoy pun ada jual kat sini? Card Size MP3 Player 4GB=RM59,
Zune Player 30GB, RM199! :O




Sebelum bersiap-siap pulang ke rumah, Arib round satu lagi pusingan kat dalam PC Fair tu sebab nak survey Zune Player 30GB tu, harga macam tak percaya je. Mana lah tau benda tu tulis 30GB, tengok dalam memori sikit.

Tup tup, sampai lah dekat booth yang jual Microsoft Zune Player 30GB tu. Arib survey Zune Player tu memang memori dalamannya 30GB. Yang buat Arib terkejut sikit, harga sebuah benda tu hanya RM199! Huh, MP3 Video Player Philips 2GB pun dah RM199, inikan lagi sebuah MP3 Video Player dengan memori dalam 30GB yang hanya RM199. Lepas testing itu ini, benda ni memang yang dari Microsoft. Apa yang menarik, Zune Player ni dilengkapi dengan WiFi untuk kemudahan 'sync' lagu ke Zune Player. Hmm, agak besar jugak lah saiz Zune Player ni, asalkan harga best. Booth tu jual dengan harga yang murah sebab model Zune Player ni model lama, keluaran tahun 2006. Tak lama macam tu, benda ni 'You Belong With Me', whoaa~ :)



Bagi yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur yang berhajat untuk mencari sesuatu gadget dengan harga yang berpatutan, datanglah ke PIKOM PC Fair (I) yang dijalankan pada 16-18 April 2010. Pameran komputer yang bertempat di Kuala Lumpur Convention Center ini bermula dari 11 pagi hingga pukul 9 malam. Ajaklah rakan-rakan dan keluarga anda ke sana!

Ikuti perkembangan hari kedua PIKOM PC Fair 2010 (I) di Arib's Blog!

Sekian sahaja, wassalam.

Editor: Untuk mengelakkkan anda terperangkap di dalam kesesakkan lalu lintas, sila gunakan kenderaan awam :)

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top