• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Microsoft bakal melancarkan Silverlight beta untuk Symbian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kembali pada awal tahun 2008, Silverlight yang merupakan perisian saingan Adobe Flash telah diumumkan oleh Microsoft dan syarikat telefon bimbit gergasi dunia, Nokia bahawa platform Silverlight bakal dibawa ke platform telefon bimbit pintar yang menjalankan Symbian OS. Tahun demi tahun, Silverlight masih tiada perkembangan rasmi untuk dilancarkan ke Symbian OS sehingga sekarang. Pada dua hari yang lepas, Microsoft telah mengumumkan Silverlight untuk Symbian beta, termasuk developer tools di mana kedua-dua ini akan dilancarkan tidak lama lagi.



Mary-Jo Foley dari ZDNet berkata, pemasangan executable membolehkan para pengguna untuk menjalankan aplikasi Silverlight pada platform S60 5th Edition. Fail pemasangan excutable ini membawakan aplikasi Silverlight runtime untuk peranti Nokia S60 5th Edition, hasil contoh perisian, dan dokumentasi untuk pembangun perisian. Microsoft yang sedang giat melakukan persediaan persidangan tahunan Mix Web yang di mana persidangan itu bakal dijalankan dalam masa sehari dua. Jadi, kesemua ini akan dilancarkan selepas persidangan itu seperti mana Kit Pembangunan Perisian (SDK) yang diperlihatkan sudah bersedia dalam versi beta untuk dilancarkan.

Komen Editor:
Nampaknya kena sayang lebih lah kat Symbian ni :D Cayalah Symbian ! ;)

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top