• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

jalan-jalan with syahiran .

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)



Woahh, tengah hari tadi pergi Pertama Complex jap. Macam biasa, kalau pergi sini mesti nak cari handphone, hohoho. Ehh, jap jap, bukan Arib nak cari handphone, tapi si budak baru ni haa, Syahiran :D Yup yup, dia masuk Segambut Jaya tahun ni, tahun lepas sekolah dekat SMK Petaling. Dia ajak Arib sejak kat asrama, katanya dia nak cari handphone yang ada banyak fungsi, asalkan murah. Hmm, kalau nak murah, cari handphone second hand. Haha, macam mana lah dia tahu yang Arib ni tahu semua benda-benda ni :D

Sampai kat Pertama Complex tu, Arib bagi Syahiran tengok dulu model handphone yang mana dia minat dulu. Dia nak handphone yang ada mp3, kamera, design cantik dan yang penting, saiz kecil dengan budget bawah RM190. Jalan punya jalan, last-last Arib recommend dia Sony Ericsson W205. Hmmm, mula-mula kedai tu letak harga phone tu RM200. Tawar itu ini dapat lah RM180 sekali dengan earphone :D



After that, kitorang singgah makan dekat foodcourt Sogo. Hah, kalau makan kat foodcourt ni, Arib suka makan Sizzling, yum yum. Hohoho, ramai jugak lah kat situ, lama betul beratur. Sambil-sambil tengah makan tu, Arib suruh Syahiran godek godek phone W205 tu, takut-takut ada fungsi tak tau nak guna nanti, maklumlah, dia tak biasa guna phone Sony Ericsson ni. Takpe takpe, belajar sesuatu yang baru kan bagus :D Lepas makan, solat zohor kejap and then pergi stesen LRT Bandaraya untuk balik ke rumah. Masa nak beli tiket tren LRT tu, ada orang panggil nama Arib. Haha, rupa-rupanya si pasangan kembar Hazrul & Fazrul. Hohoho, lama tak dengar cerita sejak diorang ni dah pindah pergi sekolah lain. Hmm, tak lama macam tu, beli tiket, tunggu tren, naik tren dan sampai lah ke rumah :)


godek godek phone baru :D



dalam surau pun nak capture jugak? :O

Itu sahaja untuk post kali ini, sekian, wassalam :)

Komen Editor: Hohoho, tak sabar nak pergi Book Fair :D

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top