• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Handphone: Tingkatkan Vocabulary Anda Dengan Nokia Mobile Dictionary




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung Arib's Blog.

Adakah anda pemilik salah satu model telefon pintar Symbian jenama Nokia di bawah?


Nokia E52, E55, E63, E66, E71, E75,
Nokia 5320 XpressMusic, 5630 XpressMusic, 5800 XpressMusic,
Nokia 6210 Navigator, 6220 classic, 6710 Navigator and 6720 classic.


Jika ya, ini berita baik buat anda. Teruskan pembacaan untuk selanjutnya. Jika tidak, anda boleh meneruskan pembacaan dan mencubanya pada sesiapa yang memiliki telefon Symbian seperti yang disenaraikan.



Nokia telah memperkenalkan satu aplikasi yang cukup berguna untuk kita iaitu Mobile Dictionary pada model telefon pintar Symbian terbaru mereka. Mobile Dictionary merupakan satu aplikasi yang bertindak sebagai kamus pada telefon anda di mana aplikasi ini akan menterjemahkan satu perkataan dari satu bahasa ke satu perkataan dengan bahasa yang lain. Kebanyakan pengguna telefon bimbit yang disenaraikan di atas mungkin tidak perasan dengan kehadiran aplikasi yang berguna ini pada telefon bimbit mereka.

Secara lalainya, aplikasi ini diberikan pilihan terjemahan English-English. Aplikasi kamus ini membenarkan pengguna memiliki pilihan Bahasa Inggeris dan dua bahasa pilihan pengguna di dalam peranti Symbian anda pada masa yang sama, contohnya English-Malay, Malay-French atau terjemahan ke pelbagai bahasa lagi. Aplikasi ini akan memberi isyarat kepada anda untuk membuang salah satu bahasa jika anda telah memasang pilihan bahasa lebih dari tiga. Apa yang penting, tiada bayaran tambahan dikenakan.

Pada kali ini, saya akan menerangkan cara-cara bagaimana untuk memasang pilihan bahasa tambahan ke dalam aplikasi Mobile Dictionary pada telefon pintar Symbian anda.

Langkah-Langkah

1. Muat-turun dua pilihan bahasa yang anda suka di sini:

http://europe.nokia.com/support/download-software/mobile-dictionary

2. Selepas proses memuat-turun, pindahkan dan pasang dua fail .sis iaitu fail pilihan bahasa yang anda muat-turun tadi pada telefon pintar Symbian anda atau pasangkan dua fail .sis tadi melalui Nokia PC Suite.

3. Buka Dictionary (Menu --> Office --> Dictionary)



4. Tekan Options --> Language. Pilih bahasa yang pertama di Source dan pilihan bahasa yang kedua di Target. Sebagai contoh, saya memilih English sebagai Source dan Malay sebagai Target.





5. Selesai! Telefon anda kini menjadi sebuah Kamus Elektronik! Sekarang, carilah perkataan yang anda tidak ketahui maksudnya. Mobile Dictionary akan menterjemahkannya untuk anda. Nampaknya selepas ini anda tidak perlulah membazirkan wang untuk membeli sebuah kamus elektronik lagi.



Komen Editor: Tak payah susah-susah nak bawa Besta ke mana-mana, semuanya dah ada dalam handphone :)

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

2 Comments:

Anonymous said...

Terima kasih atas tutorial yang sangat berkesan ini. :) Saya dah mencuba kat handphone saya & berjaya lakukan. Saya memang dah lama nak dictionary Eng-Malay kat handphone saya ni cuma tak tahu macam mana nak buat. Alhamdulillah jumpa dengan blog saudara. :)

Jutaan terima kasih lagi sekali ya.

Anonymous said...

What's up to all, because I am in fact eager of reading this web site's post to be updated regularly.
It contains fastidious data.
My website nicer dicer

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top