• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Event: Mobile Fair @ Tesco Ampang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung Arib's Blog sekalian.

Sebentar tadi, Arib baru saja berjalan-jalan di Wangsa Maju dengan family Arib sekali. Dalam perjalan ke situ, Arib terlihat satu iklan kat tiang lampu jalan yang mengatakan Mobile Fair sedang berlangsung di Tesco Ampang. Apa yang menarik perhatian Arib dengan iklan tu, Mobile Fair kali ini menawarkan harga handphone dengan potongan diskaun sehingga 70%. Wah! Menarik kan?







Selepas ke Wangsa Maju tu, Arib ajaklah family Arib ke Tesco Ampang tu. Kebetulan, barang dapur pun habis, nasib baik. Okay, tanpa membuang masa lagi, jom tengok apa yang ada kat sana.

Macam biasa, kalau Mobile Fair macam ni, yang paling banyak dijual ialah handphone bukan branded. Ehh, yeke? Betul, boleh Arib katakan kat situ, hampir semua booth menjual handphone dari jenama yang orang tak pernah dengar atau lebih dikenali sebagai 'China Phone'. Terdapat banyak jenis handphone yang dijual kat situ antaranya 'iPhone' dan 'Blackberry'. Yang pasti kesemuanya adalah China Phone dan bukan dari keluaran yang asli. Tidak lupa juga, syarikat pengeluar handphone Malaysia, CSL juga tidak terkecuali untuk memasarkan produk mereka di situ.





Kalau tengok dari segi promotion, iPhone tiruan lah yang paling banyak promotion disitu sebab harga yang ditawarkan memang cukup murah, RM299. Ehh, kalau korang beli iPhone ni, korang akan dapat satu iPhone lagi. Maknanya iPhone+iPhone=RM299 jew, murah kan? Aik, kenapa Arib cakap murah? Bukan ke iPhone yang dijual tu tiruan? Ehh, kalau korang nak tau, spefikasi iPhone tiruan ni boleh dikatakan berbaloi jugak kalau dibeli, sebabnya iPhone tiruan ni ditawarkan dengan WiFi, 2 Sim, Touch Screen. Dah lah beli satu iPhone dapat satu iPhone lagi, memang berbaloi.





Lepas Arib jalan-jalan kesemua booth kat mobile fair tu, Arib buat kesimpulan di sini yang promotion 70% tu adalah iPhone tiruan tu. Yela kan, cuba kita banding iPhone original RM2000++ dengan iPhone tiruan yang ada WiFi yang berharga RM299 ni, Arib rasa diskaun tu dah lebih 70%. Biasalah, orang meniaga, mestilah pandai tarik pelanggan dengan iklan macam ni.





Dalam kesibukan di situ, booth yang bukan menjual handphone turut ada di sana.





Bagi warga Lembah Klang yang berminat nak beli atau saja nak cuci mata dengan iPhone Klon yang ada WiFi ni, anda semua boleh hadir ke Mobile Fair yang berlangsung dari 17 Disember 2009 sehingga 20 Disember 2009 di Tesco Ampang, Selangor. Ingat! iPhone yang dijual adalah bukan asli. Tetapi, jikalau anda seorang peminat iPhone yang mementingkan dari segi paras rupa dan tak kisah dengan fungsinya, yang ini berita baik buat anda. Apa yang penting, masuk adalah percuma!





Komen Editor: Bagi fanboy iPhone yang tak dapat mencapai hajat untuk memiliki iPhone original, korang boleh dapatkan yang Cloned iPhone ni, yang cloned ni pun canggih jugak tau, ada WiFi tuu :)

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top