• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Computer: Microsoft Office 2010 Beta Sedia Di Download!



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung Arib's Blog.

Untuk makluman, Microsoft Office 2010 edisi Beta (Percubaan) sedia di muat turun untuk semua pengguna dan yang menariknya, tiada sebarang bayaran dikenakan.



Dalam versi Beta kali ini, Microsoft Office 2010 telah didatangkan dengan tiga variasi pilihan iaitu Office Home and Business 2010 Beta, Office Professional 2010 Beta dan Office Professional Plus 2010 Beta. Pihak Microsoft telah menetapkan tempoh masa penggunaan Microsoft Office 2010 Beta sehingga 31 Oktober 2010. Selepas tarikh itu, Microsoft Office 2010 Beta tidak dapat lagi digunakan dan anda perlu membeli Microsoft Office 2010 versi penuh yang dijangkakan akan keluar di Malaysia pada awal tahun depan. Buat masa ini, pihak Microsoft hanya membenarkan Microsoft Office 2010 Professional Plus Beta untuk di muat turun.



Icon terbaru Microsoft Office 2010


Ribbon dalam Microsoft Word 2010 Beta


Backstage View, memudahkan kerja anda
seperti Save, Share dan Print.



Splash Screen Beranimasi, menggantikan splash screen tradisional yang
telah digunakan pada versi Microsoft Office yang sebelumnya.


Versi dan aplikasi yang ditawarkan dalam Microsoft Office 2010 Beta



Aplikasi-aplikasi yang disediakan dalam Microsoft Office 2010 Home and Business 2010 Beta:



Aplikasi-aplikasi yang disediakan dalam Microsoft Office 2010 Professional 2010 Beta:



Aplikasi-aplikasi yang disediakan dalam Microsoft Office 2010 Professional Plus Beta:



Keperluan sistem Microsoft Office 2010 Beta:

Sebelum itu, pastikan PC anda menepati kriteria seperti yang berikut:

500 MHz 32-bit or 64-bit processor or higher
256 MB of system memory or more
3.5 GB of available disk space
1024x768 or higher resolution monitor
DVD-R/W Drive

Windows XP with SP3 (32-bit)
Windows Vista with SP1 (32-bit or 64-bit)
Windows Server 2003 R2 (32-bit or 64-bit)
Windows Server 2008 with SP2 (32-bit or 64-bit)
Windows 7 (32-bit or 64-bit)


Muat turun Microsoft Office 2010 Beta

Untuk memudahkan anda, saya telah menyediakan satu tutorial mudah untuk proses memuat turun Microsoft Office 2010 Professional Plus Beta:

1. Pergi ke link ini: http://www.microsoft.com/office/2010/en/download-office-professional-plus/default.aspx

2. Klik 'Get It Now'



3. Log masuk Windows Live ID anda. Jika anda tidak mempunyai Windows Live ID, klik 'Sign up now' untuk mendaftar. Selepas selesai mendaftar, log masuk Windows Live ID anda itu tadi.



4. Anda akan diberi satu product key untuk mengakftifkan Microsoft 2010 Beta anda. Pastikan anda menyimpan atau catatkan di mana-mana helaian kertas product key tersebut. Seterusnya, scroll browser anda ke page bawah sekali. Pilih bahasa dibahagian 'Download the 32-bit (x86) version' dan klik 'Download' untuk memulakan proses memuat turun. Selepas proses memuat turun selesai, pasangkan Microsoft Office 2010 Professional Plus Beta ini ke dalam PC anda.




Proses Pengaktifan Microsoft Office 2010 Beta

5. Selepas selesai proses pemasangan Microsoft Office 2010 Professional Plus Beta, anda perlu mengaktifkan Microsoft Office 2010 Beta untuk merasai tempoh penggunaan sehingga 31 Oktober 2010. Buka Microsoft Word 2010 di Start Menu.



6. Setelah Microsoft Word 2010 Beta dibuka, klik 'File'



7. Klik 'Help' dan seterusnya klik perkataan 'Change Product Key'.



8. Masukkan product key yang anda simpan tadi dan tunggu sebentar sehingga butang 'Continue' dibenarkan untuk diklik. Klik 'Continue'.



9. Proses terakhir, klik 'Install Now'. Tunggu sehingga proses selesai.



10. Tahniah, anda telah berjaya memasang Microsoft Office 2010 Beta!



Selamat Mencuba!

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top