Peribadi: Makan Angin Teknologi :D
Labels: Computer Event, PersonalAssalamualaikum,
Woah semalam, satu hari berjalan.
Sampai malam baru balik, penat seyh.
Hah, kalini Arib berjalan dengan adik sendiri, Adib & kawan Arib, Nasif
Hmm, Zhariff tak dapat ikut, ada hal.
Tapi takpe, perjalanan mesti diteruskan :)
First destination kitorang pergi ke Low Yat
Ada roadshow Windows 7 :D
But pelancaran Windows 7 pukul 7 pm, lama ouh nak tunggu
Jadi, kitorang tukar plan, jln2 kat tempat lain
Time jalan2 dlm low yat tu, kitorang masuk satu pasaraya ni
Ouh, ada Anniversary sales, banyak barang pc turun harga
Last2 Arib beli benda nih, Wireless Router untuk WiFi di rumah :)
And then kitorang bergerak pergi pertama,
Nak carik handphone, kawan Arib kirim
Dengan bajet yg diberi sebanyak RM 200
Hmm, banyak handphone yg di survey dan akhirnya Arib
Memilih handphone ni, W810i - RM 190 :D
Lepas beli handphone ni, Nasif pun nak cari handphone jugak
Kalini budget dye lagi rendah, RM 80 jew
Akhirnya Nasif dapat jugak beli handphone ni, Sony Ericsson W800i
Nasif Trade-in handphone dye, Sony Ericsson T250i = RM 50 + RM 80 = RM 130 ;D
Setelah penat berjalan, singgah Sogo kejap, solat
And then sambung pergi Mid Valley
Ada PC & Electronic Fair
Kalini kitorang naik KTM pulak, stesen Bank Negara
Fuh, lama betul tunggu, sampai awan pun gelap
Lepas 30 minit mcm tu, barulah tren sampai
Aiyoo, tren mcm sardin, sempit sempit.
Tak lama mcm tu, sampailah kitorang kat Mid Valley tu
Sampai2 jew, kitorang rush pergi tingkat 3, tempat exhibiton tu dijalankan
Hmm, so far okay lah PC & Electronic Fair ni, tak besar sangat
Barang2 yg dijual dalam tu mcm PC Fair jugak,
Ada Notebook, Kamera Digital, MP3 & MP4 player
Lepas pergi exhibition tu, Nasif kena balik
Jadi, Arib hantar Nasif ke stesen MidValley
And then, Arib & Adib pergi ke tingkat atas Mid Valley balik, nak makan :D
Wah, time kat food court tu tak tau nak makan apa,
Last2 Adib pilih nak makan Sizzling, woah, lama tak makan benda ni
Lepas makan, kitorang round2 satu mid valley tu,
Macam2 kedai kitorang masuk, kedai Dell, Acer
Yang paling best masuk kedai Machine, kedai komputer Apple
Kat dalam tu Arib dapat test iPod Nano baru
Woah, memang bergaya, ada Video Camera :D
Lepas Maghrib, kitorang berdua ni singgah The Garden jap
Hmmm, dalam tu tak ramai org sngt la, tempat org kaya-kaya shopping
Kat situ pulak, Arib singgah kedai Nokia
Yeah, kat kedai tu ada banyak handphone demo, semua betul punya
Jadi, Arib test satu2, Nokia 5800, N97, E90, E71 & bnyk lagi
Lepas kedai Nokia, kitorang singgah kat kedai Sony Ericsson pulak
Kat kedai tu tak macam kedai Nokia
Sebab tak show handphone betul-betul, huh.
Pukul 9.00 malam mcm tu, baru lah kitorang balik
Wah, kat stesen Mid Valley bertambah lengang di malam hari
Jadi, kitorang dapat naik tren yg tak ramai org :D
Tapi tren yg kitorang naik ni first class, seat lain.
Fuhh, baru lah dapat duduk setelah berjam-jam berdiri
Sampai jew kat rumah, pakcik & makcik Arib datang kat rumah
Time tu, perlawan piala malaysia antara Kelantan vs. Negeri 9 sedang berlangsung
Ouh, best giler tengok bola ramai2 :D
Apa-apapun, orang Kelantan buat bersabar, terima jew hakikat :P
Huhu, minggu ni Form 3 Segambut Jaya last sekolah
Sekejap jew masa berlalu, dah nak habis
Hmm, minggu ni memang banyak aktiviti antaranya
Jamuan Kelas 3A1, hari Isnin, 8 November 2009,
Hari Seni dan Kreatif, Pertandingan Talentime Arib ditugaskan jadi MC,
And Malam Anugerah Kokurikulum, hampir semua student kelas 3A1 dapat ;)
p/s: Di mana Miera, Mubarak? Tetiba jew delete MySpace, Friendster & Blog =.=
Sekian sahaja untuk kalini. Wassalam.
Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment