Peribadi: 8-13.11.2009, Minggu Akhir Form 3 2009.
Labels: PersonalAssalamualaikum,
Hey, hey :D
Eh, sorry update blog lewat.
Woah, dua tiga hari ni asyik2 busy jew.
Hah! Minggu ni kurang aktiviti kat sekolah
Walaupun minggu terkhir form 3 kat sekolah ni :(
Hmm, sepatutnya time2 mcm ni lah kena buat bnyk aktiviti
8 November 2009, Ahad
Malam tu, semua pelajar 3A1 kena pergi bilik masakan
Untuk prepare jamuan kelas yg akan dibuat pada esok hari
Setiap student bawak barang masing seperti fishcake, fishball, etc.
Pada masa tu, semua student ada tugas masing2
Ada yg potong & cincang sayur, buat agar-agar, cuci pinggang mangkuk
Wah, susah erk keje2 kat dapur ni
Nampak senang, tapi bila dah buat, hancur jadinya
Biasalah, kalau budak lelaki pergi dapur :P
Tanpa bercerita panjang, Arib letakkan beberapa gambar malam tuu :D
9 November 2009, Isnin
Lepas perhimpunan pagi,
Semua student 3A1 terus pergi bilik masakan
Sambung keje semalam
Hah! Keje kalini lebih kepada masakan
And menu utama jamuan ni, mee goreng basah
Disamping itu juga, cocktail buah pun turut disediakan
Lepastu, makanan yang dimasak tadi dibawa ke kelas 3A1
Semua enjoy dengan masakan air tangan sendiri :)
Untuk maklumat lanjut & cerita yg lebih menarik
Kunjungi blog ni
http://skudap-skudip.blogspot.com
10 November 2009, Selasa
Woah, hari ni takde aktiviti menarik
Duduk dalam kelas, lepak kat perpustakaan, tido, bla bla, haha.
Hmm, pukul 12 tgh hari mcm tu, Safiq Aqil bawak satu borang ni
Dye cakap bilik 3 dan bilik 28 dapat pergi utara :D
And paling best, destinasi utara ni ialah Pulau Langakawi, ouh yes!
Tercapai jugak hasrat semua ahli bilik 3 selama ni ;)
11 November 2009, Rabu
Kat sekolah ada Karnival Seni & Kreatif
And hari ni Arib bertugas sebagai pengacara bersama Luqman Hakim
Dalam pertandingan Dikir Barat, Nasyid & Talentime
Woah, menggeletar Arib kat atas pentas
Cakap pun ada yang tersasul & terlalu laju
Nasib baik okay :P
12 November 2009, Khamis
Before pergi ke sekolah, Cikgu Raja Rosdi, warden asrama
Buat taklimat dengan ahli bilik 3 dan bilik 28 dekat tapak perhimpunan asrama
And masa ni tarikh ke Pulau Langkawi diberitahu
Iaitu 20-22 Disember 2009, aiyoyo, lama tuu.
Kalau nak tau, kesemua kos ke utara ni sebanyak RM 11,000, fuyooh :O
Duit poket yg kitorang dapat time lawatan tu sebanyak RM20 sehari :)
Penginapan & pengangkutan ditaja oleh sekolah sepenuhnya ;D
Waktu prep, Arib luangkan masa dekat perpustakaan
Time susun buku tu, terlihat Luqman sedang melayari internet di handphonenya
Macam biasa, kalau dye jumpa Arib jew, "Arib, WiFi penuh!"
Hah, apa lagi, Arib mainlah internet jap dengan handphone Arib ni
Bukak MySpace, check e-Mail, blog, etc.
Luqman Hakim Hanafi :)
Hmm, malam tu kat bilik 3 ada Pesta Maggi Fasa Ke-3, fasa terakhir
Enjoy betul diorang nih ;)
13 November 2009, Jumaat
Pagi tu, Cikgu Raja Rosdi, bagi hadiah PowerPoint geografi kpd pemenang
Arib dapat tempat pertama, syukur Alhamdulillah :)
Hadiah wang tunai sebanyak RM30, bahagi dengan Akma RM15, Arib 15.
Akma Kamaruddin :D
Time menuju ke bilik guru, Cikgu Suhaila
Bagi duit RM30, eh duit apa ni cikgu?
Rupanya duit hadiah pertandingan Sajak yg Arib masuk dulu, terima kasih.
Pukul 8.00 pagi, ada org jemput Arib pergi ke surau sekolah
Rupanya Firdaus & Burhanuddin panggil
Suruh bukak hamper pertandingan Bahas sama2 :)
Lepas rehat still tak de aktiviti kat sekolah
Kebanyakan student form 3 yg lain buat aktiviti mcm biasa
Ada yg main laptop, tido, bce komik, bla bla
Ada jugak yg main tangkap gambar
Biasalah, hari terakhir kan
Dengar cerita, ada yang pindah tahun depan, huh
Arib pun tidak melepaskan peluang capture beberapa gambar
Bersama budak pandai Math :)
Afif & Nasif :D
Lepas solat Jumaat, bagi form 3 yang dijemput ke malam anugerah kokurikulum
Kena stay, yang lain balik ke rumah
Sedih jugak, takut tahun depan korang pindah jerh, huhu
Okay, tak care korang baik2, jgn tinggal solat :D
Hmm, tak taw nak buat apa time tu.
Jumpa Marwan, jurugambar sekolah
Minta memory card camera sekolah
Bukak laptop jap, copy and paste
Pastu belek2 gambar, wah bnyk smart2 ouh :D
Lepas belek2 gambar sekolah, tutup laptop
Pastu hantar bantal ke pejabat asrama
Haha, boleh posing lagi dalam pejabat asrama tuu
Lepas solat Asar, Arib kemas2 bilik jap
Kemas locker, buang apa2 yang patut
Kebetulan, baju Arib dan Zhariff yang dipakai sama
Kitorang pun tangkap gambar bersama
Lepas solat Maghrib, semua penerima & jemputan Anugerah Kokurikulum
Diminta ke Dewan Terbuka Asrama
Lebih kurang 8.30 malam, baru acara bermula, cehh, lama betul tunggu
VIP datang lewat, kena tunggu jugak lah
Yang paling kurang memuaskan hati, VIP yg datang tu berucap terlalu lama
Bukan cerita pasal apa, cerita diri dye jer, kesian ibu bapa
Ada ibu bapa yang tak makan lagi taw
Pukul 9.45 malam, barulah VIP tu habis berucap, adoi
Lepas tu, saat yg dinanti-nantikan iaitu Anugerah Kokurikulum disampaikan
Semua sekali habis dalam pukul 10.30 malam, huh, barulah dapat makan :)
Lepas makan, Arib ambil beg kat bilik, dalam 5 beg mcm tu, bawak kesemua turun
Fuh, penat tuu, pintu pagar pun bukak 1 satu jew, itu pun yg jauh dari bilik
Masuk kereta, ckp kat Ayah singgah ke KL Downtown jap, nak beli kemeja jamuan esok
Sampai kat KL Downtown, jalan2 jap, tanya harga kemeja
And last2, Arib dapat beli kemeja, harga RM23 :)
Editor: Form 3 sudah mula bercuti ;D
Sekian sahaja. Terima kasih kerana sudi membaca! Wassalam :D
Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment