• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Jom Pecahkan Rekod Dunia Bersama Angry Birds!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Korang pernah dengar permainan Angry Birds? Nak pecahkan rekod dunia bersama Angry Birds? Klik 'read more' untuk selanjutnya!


Siapa yang tak kenal dengan Angry Birds? Permainan lontar burung yang paling popular di smartphone dan kini berada di PC juga. Mengisahkan sekumpulan burung yang marah kerana telur mereka di curi oleh watak 'oink oink' hijau. Kini, Angry Birds tampil dengan pelbagai versi yang bukan sahaja mempunyai watak oink oink itu, malah monyet gila pun menjadi bahan sasaran Angry Birds dalam permainan Angry Birds RIO.


Baru-baru ni, Arib telah berkunjung ke Sungei Wang Plaza untuk memburu HTC Flyer untuk direview. Masa jalan-jalan kat sana, terberhenti la dekat kedai Nokia ni. Kat situ, Arib tertarik dengan satu flyer yang berkaitan dengan Angry Birds. Yayyy, Nokia Malaysia ajak pecahkan rekod dunia bersama Angry Birds!


Pada 11 Jun 2011 nanti, Nokia Malaysia menganjurkan acara World's Biggest Angry Birds Playground untuk memecahkan Guinness World Record bersama Angry Birds. Pada masa tu, rekod dunia yang perlu dipecahkan berdasarkan 'Most People Playing in a Mobile Phone Game Relay'. Bermakna, lagi ramai, lagi besarlah rekod tu dipecahkan, woohoo!


Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai acara ni, boleh mendaftarkan diri anda di halaman http://www.nokia.com.my/angrybirds. Penyertaan adalah percuma yeaa. Acara akan berlangsung pada 11 Jun 2011 di Low Yat Plaza, Kuala Lumpur yang bermula dari jam 11 pagi sehingga pukul 9 malam. Pelbagai hadiah yang menarik menanti korang yang datang. So bagi korang yang mempunyai permainan Angry Birds dalam handphone tuu, jom kita join ramai-ramai! Angry Birds!


Yang takde or tak support Angry Birds dalam handphone, macam mana pulak? Al maklumlah, guna BlackBerry. *menyindir user BB kea nihh? ahha. Boleh join sekali kea? Hohoo, rasanya boleh kowt. Angry Birds sekarang ni kan dah ada kat PC. Maybe kat sana nanti diorang akan bagi korang main permainan Angry Birds versi PC. So, senang cerita, datang lah beramai-ramai yerkkk!

Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam (:

Nota Arib: Serius tak sabar nak tunggu 11 Jun 2011 nanti ! ^.^

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top