• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Windows 8? Awesome! Itu Sahaja Saya Mampu Kata.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Windows 8? Windows 7 pun tak habis explore lagi, dah keluar Windows 8 pulak? Teehee, zaman kan dah berubah, dunia makin majuu. So, benda-benda macam ni mesti laa nak kena update. Okay, berbalik kepada Windows 8. Best kea? For me, awesome! Itu jew yang Arib mampu kata. Kenapa? Klik 'read more' untuk selanjutnya!


Kenapa Arib cakap Windows 8 awesome? Baru-baru ni, Microsoft telah memperlihat antaramuka atau user interface (UI) tablet Windows 8. Serius awesome. First tengok video tuu, perghhh, kalau boleh nak sekarang jugak Windows 8 tuu. Nak switch application, seret-seret jew kat celah skrin tuu. Hahh, malas nak cerita panjang, korang tengok sendiri video kat bawah ni, hehehe.


Hahh, korang perasan tak UI Windows 8 ni ada iras-iras Windows Phone 7? Yeapp, Windows 8 ni mengambil langkah untuk seragamkan UI produk Microsoft dengan Metro UI. Zune dan Windows Phone 7 telah pun menggunakan Metro UI dan kini, Windows 8 pula. Untuk makluman, Metro UI merupakan antaramuka yang menekankan seni typography dan juga simplistik. Itu sebab kalau tengok Metro UI ni ada tulisan jeww. Tak banyak design sangat. Tapi bagi Arib, lagi simple lagi bagus. Tak serabut mata. Kalau UI rare bagai pun tak guna, buat slow PC jewww. Windows juga hadir dengan live tile sama seperti WP7. Bermakna, paparan tile tuu bukan statik dan kaku macam tu jew malah beranimasi berdasarkan realtime update yang diterima.


Bagi Arib, Windows 8 ni dah macam sistem operasi 2 dalam 1. Windows 8 hadir dengan paparan Desktop dan juga paparan Tablet dalam satu OS. Start PC jew Windows 8 akan terus bawak korang ke Start Screen ala-ala tablet gitu. Kalau korang nak ke desktop macam PC biasa, klik jew tile Desktop kat Start Screen tuu. Senang, UI Tablet + Desktop. Untuk komputer tablet boleh, untuk komputer biasa pun boleh.

Selain daripada Start Screen, Windows 8 juga telah memperkenalkan beberapa 'awesomeness' yang bakal menerjah pengguna Windows nanti.


Paparan Lock Screen Windows 8. *serius lawa Metro UI! saya suka!


Realtime Widget diintegrasikan bersama Windows 8.*serius lawa paparan cuaca ni, awan gerak-gerak, style!


Bagi yang suka tengok saham tu, Widget Stocks juga ada pada Windows 8 nanti ;)


Fungsi snap yang totally awesome! *information sebelah menyebelah jeww.


Internet Explorer 10 bersama Metro UI. *lawaa, simple sangat!


Onscreen Keyboard yang mudahkan pengguna untuk menaip.


Sokongan Jaringan Sosial terbina pada Windows 8.


Paparan Galeri Gambar pada Windows 8.


Photo Feedr. Fungsinya sebagai hub kepada gambar-gambar dari pelbagai sumber seperti Twitter, Flickr dan lain-lain lagi.

Perkara yang menarik tentang Windows 8, sistem operasi ni akan support dua jenis aplikasi. Satu aplikasi klasik Windows yang biasa digunakan pada Windows OS dan satu lagi aplikasi baru yang ditulis berdasarkan HTML5 dan Javascript. Aplikasi baru ni akan dijalankan seperti sebuah aplikasi untuk mobile dan boleh dibuka secara fullscreen. Satu lagi perkara yang paling best, Windows 8 akan support processor ARM. Bermakna, makin jimat bateri lerr nanti, woohoo!

Macam menarik, bila boleh dapat Windows 8 ni? Untuk makluman, sehingga artikel ni ditulis, Windows 8 masih belum keluar apa-apa versi untuk public. Kalau ada pun, yang masih diperingkat Milestone yang tak begitu matang lagi. Kalau nak cuba jugak, tunggu Microsoft keluarkan Windows 8 versi Beta untuk mencuba sistem operasi terbaru ni. Tarikh? Selewat-lewatnya tahun ini, kata Microsoft (:

Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam.

Nota Arib: Adakah anda seorang peminat tegar Windows? Windows apa yang guna sekarang? Windows 8 rasanya best kea tak nanti? Jujur yea! ;D

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top