• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Sony Ericsson Xperia X10 Mini Review: Hot Apps & Features

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Yuhuu! Okeyhh, kalau sebelum ni Arib dah review sikit dari segi sudut sistem operasi Sony Ericsson Xperia X10 Mini, kalini Arib nak review pulak mengenai Hot Apps dan Features dalam handphone ni. Hoho, klik 'read more' untuk selanjutnya!


Hot Apps dan fungsi yang menarik semestinya menjadi daya tarikan pengguna untuk membeli sesuatu handphone tu. Sejak kebelakangan ni, banyak pengeluar handphone mengeluarkan handphone yang mempunyai pelbagai fungsi yang menarik untuk menjamin kepuasan pengguna. So dalam post kalini, Arib review sikit mengenai Hot Apps dan fungsi menarik dalam Sony Ericsson Xperia X10 Mini.

1. Timescape

Ouh yea, ini fungsi yang Arib rasa paling special dalam Xperia X10 Mini ni, Timescape! Yeap, serius cool fungsi ni. Semua update seperti Facebook, Twitter, missed call, SMS, MMS ditempatkan dalam satu. User interface dan visual effects dalam Timescape, fuhh, cantik! Cair ouhh, haha. Melalui fungsi timescape ni jugak, Arib boleh update status dekat Facebook dan Twitter dalam satu tempat jew. Tak payah nak bukak dua application sekali, yayy!


2. Threading Messages

Yeah, suka sangat threading messages ni! Benda ni Arib perasan mula berkembang selepas terciptanya iPhone. Model baru handphone Sony Ericsson memang ada fungsi ni. Rasa cool sangat. Semua message dalam satu. Memang terasa seolah-olah macam IM even berSMS. Tak perlu nak bukak recent message satu per satu, hohoho~


3. Kamera

Hurmm, Arib rasa viewfinder kamera smartphone ni menawarkan paparan interface yang paling asas di antara smartphone keluaran Sony Ericsson. Cuma terdapat empat butang tetapan disediakan pada setiap penjuru yang mewakili tetapan LED flash, butang penukaran mod pengambaran kamera atau video, scenes, dan juga butang galeri. ISO setup off course takde, huwaa. Apa yang Arib suka, kebolehan macro mode dalam X10 Mini ni memang memuaskan hati Arib. Nak fokus sesuatu objek tak payah ambil masa lama-lama. Tunggu dalam 1-2 saat, kamera X10 mini terus dapat fokus sesuatu objek tu. Untuk kualiti, better handphone kedua Arib, Nokia N82 kalau dicompare dengan X10 Mini. Sebabnya Nokia N82 dilengkapi dengan lensa Carl Zeiss dan Xenon Flash berbanding X10 Mini yang menggunakan LED Flash, hoho.


Dari segi video, hurmm, X10 Mini agak kurang sikit. X10 Mini mampu merakam video beresolusi 640x480 dengan 30 fps sama seperti Nokia N82. Apa yang berbeza, rakaman video Nokia N82 dalam format mp4 dan X10 Mini dalam format 3gp, aduhai. So kualiti rakaman video dan audio dalam X10 Mini agak teruk sikit, huwaa =____="


4. Music Player Xperia

Sony Ericsson memang terkenal dengan User Interface yang cantik. Bila bukak jew music player ni, whoaa, rasa lain sangat dengan music player dalam handphone Android yang lain. Bukak sesuatu album, gambar album tersebut terus jadi background. Simple tapi menarik! Apa yang best dalam music player ni, ada satu button 'infinite' untuk memudahkan pencarian lagu di dalam YouTube atau PlayNow. Cuma apa yang Arib kurang sikit kat music player ni, tetapan yang disediakan sungguh asas. Equalizer pun takde. Apa-apapun, UI dan fungsi smart playlist yang disediakan sedikit sebanyak banyak meningkatkan lagi pengalaman mendengar muzik dengan X10 Mini ni, woohoo!


5. Social Apps - Facebook

Yeah, Facebook! Hoho, memang Arib akui, Facebook ni sudah menjadi fenomena sekarang ni. Boleh kata ramai dah ada akaun Facebook. Cikgu, pak cik, mak cik even atok, nenek pun ada Facebook. Serius rasa tak senang jew kalau tak ber'Facebook'. Before Arib guna Xperia X10 Mini ni, Arib guna application Snaptu jew. Dengan adanya application Facebook for Android dalam ni, memang rasa sempurna sangat nak berfacebook. Apa yang menarik, application ni ada fungsi Facebook Chat. Memang best!


6. Organizer & Jam Loceng

Teehee, Arib memang suka dengan fungsi organizer ni. Yeap, senang nak arrange jadual or tugasan harian. Lebih-lebih lagi kepada user yang selalu sibuk, memang tak sah kalau tak guna benda ni, hoho. Selain daripada organizer, fungsi asas yang mesti kena ada dalam setiap handphone Arib ialah jam loceng yang boleh set banyak jam. Yelakan, kalau set sekali memang susah nak bangun. So dengan benda ni, boleh lah Arib set jam loceng banyak-banyak, hohoho.


Okay, sekian sahaja untuk Review Sony Ericsson Xperia X10 Mini bahagian ketiga ni. Next post, Insya'Allah dalam dua minggu lagi, Arib akan ceritakan pulak mengenai aplication yang Arib suka dan konklusi untuk review X10 Mini. Hee, nak balik asrama dulu. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam (:

Nota Arib: Suka dengan fungsi Timescape. Kali pertama cuba, terus jatuh cinta. Hohoho~

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top