• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Ulasan Filem: Hikayat Merong Mahawangsa - Filem Epik Terbaik !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Ouh yeah, akhirnya dapat jugak Arib tengok filem Hikayat Merong Mahawangsa ni. Tak silap dah seminggu kowt ditayangkan, baru semalam berkesempatan nak tengok. Entah, dengar tajuk filem macam TAK BEST jew mula-mula tu tapi disebabkan feedback orang ramai kat Facebook & Twitter membuatkan Arib rasa jealous dan nak tengok filem ni. Okaylah, ketahui selanjutnya dengan mengklik 'read more'!


Hikayat Merong Mahawangsa? Errr, filem tentang sejarah? Cerita perang? Filem Melayu?! Haha, yeap, samalah dengan Arib jugak. Dengar tajuk jew, hurmm, "CERITA SEJARAH, MESTI BOSAN!" Sebab tu Arib tunggu dulu filem ni beberapa hari ditayangkan sebab nak dengar feedback daripada orang ramai. Tak sampai beberapa hari, trrr, ramai yang puji filem ni. Apa lagi, MESTI KENA TENGOK NIHH!

Okay, Arib berkesempatan menonton filem HMM ni dekat TGV Cinemas, Suria KLCC selepas pulang dari Perpustakaan Negara semalam. Masa beratur nak beli tiket, alahai, sikitnya orang. Tak perlu beratur panjang-panjang. Tunggu turn dua orang macam tu, terus boleh beli tiket. Mungkin hari Khamis kowt. Harga tiket mahal dan ramai orang kerja. Bila masuk panggung, fuhh, penuh! Ingatkan sikit jew orang yang tengok. Ramai rupanya.


At the first part of the movie, PERGHHH! Cantik ouh GOA kat India tu. Sebijik! Memang realistik beb. Mula-mula ingat betul-betul kat GOA, India tuh. Lepas tengok Behind The Scenes, e'elehh, buat kat Terengganu jew. Kalau korang nak tau, pembikinan dan pengambaran kat dalam filem ni hampir 90% buat dekat Terengganu. 10% lagi kat Kuantan dan Kuala Lumpur. Takde pun shooting kat luar negara. Menurut 'Behind The Scenes' filem Hikayat Merong Mahawangsa ni, kena bawak pelakon sampai 3 bas dari India semata-mata untuk scene kat GOA. Berbaloi lah angkut pelakon sampai 3 bas. Memang terasa kowt suasana kat GOA even shooting kat Terengganu. Bravo tuan director!


"Ehhh, aku ni tengah tengok filem Melayu ker Omputeh? Rasa macam tengah tengok filem Ong Bak, Pirates Of The Carribean, Alexander Ting Tang Ting Tang. Narnia pun ada, ehh?" Serius rasa macam filem international filem HMM ni. Tak rasa pun tengah tengok filem Melayu. Memang patutlah masuk Grammy Award nanti. Sebab memang terasa ke'international'annya bila Arib tengok cerita ni. Filem ni boleh dikatakan ibarat seperti menonton filem aksi Thai dan kesan visualnya pula seperti menonton filem Hollywood.


Jalan cerita? Terbaik! Jalan cerita lancar dan tak tergantung. Ada scene lawak, saspen, romantik mahupun sedih. Paling penting, ending hero mati jugak. Kalau hero hidup lagi, haihh, sama jugaklah macam filem lain. Yeap, Merong Mahawangsa lakonan Stephen Rahman mati kat akhir cerita apabila bergelut dan mati bersama-sama dengan Taji. Sepanjang cerita tu, ada suara tukang cerita yang menceritakan perjalanan Merong ni. Dari mula cerita sampai lah Merong mati dan tukang cerita tu cakap Embok lakonan Ummi Nazeera sempat mempunyai kandungan hasil bersama Merong. At the end of the story, diceritakan jugak hasil kandungan Embok itulah yang mewarisi keluarga raja Merong ni. Grr, meremang jugak dengar suara tukang cerita tu, gerun pulak rasa, hoho.
"Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kaum berdua,
Bila dua jasad menjadi satu,
Hidup mati jadi bersama."
Aspek bahasa lah membuatkan Arib teruja sikit dengan Hikayat Merong Mahawangsa ni. Kalau korang nak tau, hampir 70% bahasa yang digunakan dalam filem ni ialah English dan 30% lagi ialah Bahasa Melayu Klasik. Even bahasa yang digunakan banyak dalam English, tapi still, tak rasa bosan langsung! Kadangkala diselitkan sekali dengan lawak walaupun watak bercakap English, hoho. Bahasa Melayu Klasik, fuhh, cair ouhh dengar. Suka time bila says good bye to Merong. "Jaga jaga panahan Garuda. Kalau diluka, di sini ada ubatnya!" Aww, memang sweet mehh. Sedih pun ada. Paling yang tak boleh tahan, bahasa dalam dialog Kemawas lakonan Khir Rahman ingin menggoda Puteri Cina. Mengghairahkan. "Jika pintu empangan sudah dibuka, manakan boleh ditahan airnya." Euww, geli ouhhh! =,="


For the actors, syabas bro Yusri, pelakon yang anda pilih memang kena dengan watak. Apa yang mengujakan, kebanyakan pelakon-pelakon utama dalam filem HMM ni dipilih dari luar negara dan paling penting, pandai cakap Melayu tau! Tengok jew la role actor filem ni, Stephen Rahman yang bawak watak Merong, relax jew cakap Melayu. Puteri Cina pun steady jew cakap Melayu time scene dekat beranda rumah dengan Kemawas. Fasih pulak tu. Sedangkan pelakon yang melakonkan watak Puteri Cina tu pure import dari Hong Kong. Putera Rom pun boleh kata terbaik jugak. Dia berlakon rasa macam tengah tengok cerita Narnia. Tak tau la pesal. Mungkin costume dia kowt.


So, for the conclusion, ARGHHH, SUKA SANGAT DENGAN FILEM NI! Memang puas hati lah duduk dalam panggung wayang tu selama 2 jam. Tanpa berfikir panjang Arib bagi terus 8.5 bintang daripada 10. Tempat shooting stedy jew dekat Terengganu tapi disebabkan kemahiran mengendalikan kamera, penyediaan set pengambaran yang menarik, bahasa yang digunakan, pelakon yang diimport dari luar negara membuat Arib terasa macam tengah tengok filem Hollywood. Arib rasa inilah filem paling paling TERBAIK diantara semua filem Melayu. Bangga kowt anak tempatan sendiri yang buat filem epik macam ni. Tak terkata, review yang Arib buat ni masih belum dapat nak menggambarkan betapa bestnya filem ni. So, apa kata anda saksikan sendiri filem Hikayat Merong Mahawangsa arahan Yusry KRU yang dibintangi oleh Stephen Rahman Hudges, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Hendrik Norman, Dato Rahim Razali, Wan Hanafi Su, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Craig Fong, Nell Ng dan ramai lagi di pawagam. Rugi tau tak tengok kat panggung! Kesan bunyi, bravo! Memang TERBAIK!

Pro
  • Rasa macam tengok filem Omputeh, hohoho. Rasa international seyhh!
  • Intro terbaik! Scene kat GOA, istana Rom, istana Cina nampak realistik walaupun shoot kat Terengganu.
  • Indahnya Bahasa Melayu Klasik dalam filem ni! Cair ouh dengar.
  • Jalan cerita tak bosan walaupun banyak dialog dalam Bahasa Inggeris. Ada Lawak, Drama, dan Suspen.
  • Watak Merong memang sesuai dengan Stephen Rahman. Pandai cakap Melayu, perwatakan yang ceria, Badan Sasa, Tough Tough gitu.
  • Gandingan pelakon Putera Rom dengan Puteri Cina sangat sesuai. Secocok!
  • Babak perang macam filem Ong Bak. Balik kapak kena muka la, leher kena kapak lah, kena tikam lah, serius saspen masa tu. Macam nak tendang jew kerusi orang depan, GAHAAA!

Kontra
  • CGI masa ending iaitu masa diceritakan Kemajuan Langkasuka agak kureng di situ. Scene Kemawas dengan Puteri Cina 'flying fox' menuju ke kapal pun sama. Nampak sangat kurang realistik.
  • Scene idea pantulan cahaya Archimedes macam tak logik sikit. Asal sekejap sangat orang dan sampan boleh terbakar, aiyoo.
  • Pahlawan yang terdiri daripada penduduk kampung kebanyakannya kurus sangat! Tak cukup makan kah? Tau la zaman tu takde KFC or McD. Rasa macam tak semangat pulak nak berperang dengan orang kurus-kurus ni -____-

Sehingga post ni ditulis, Hikayat Merong Mahawangsa telah meraih lebih RM3.3 juta dalam seminggu filem ni ditayangkan, wahh. Memang patutlah, 'full house' berhari-hari even hari bekerja pun. Hee, sebelum mengakhiri ulasan filem ni, apa kata kita lihat trailer Hikayat Merong Mahawangsa ni dulu, hohoho.


Okay, sekian sahaja untuk ulasan filem kalini. Bagi yang belum tengok filem Hikayat Merong Mahawangsa ni, baik pergi tengok cepat. Wajib tengok nih! Haha, okaylah, sekian, wassalam (:

Nota Arib: GRRRRR, NAK TENGOK LAGI BOLEH?

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top