• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Nokia 808 PureView Dengan Kamera 41MP Mula Dijual Di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D


1. Setelah dinantikan ramai, Nokia 808 PureView boleh didapati di Nokia Store seluruh Malaysia bermula 8 Jun 2012.

2. Bagi yang tidak mengetahui, Nokia 808 PureView merupakan smartphone terbaru daripada Nokia yang hadir dengan sensor kamera gergasi sebanyak 41-Megapiksel.

3. Sehingga post ini ditulis, kamera yang ada pada Nokia 808 PureView merupakan kamera smartphone yang tercanggih di dunia.

4. Kehadiran Nokia 808 PureView juga telah meletakkan kamera pada Nokia N8 sebagai kamera smartphone kedua tercanggih di dunia setakat ini.


5. Teknologi disebalik Nokia 808 PureView yang dijalankan oleh Nokia selama lima tahun itu telah membuatkan ramai ternanti-nanti kehadiran smartphone tersebut khususnya para peminat smartphone Nokia.

6. Hadir dengan sistem operasi Nokia Belle Feature Pack 1 yang diperbaharui, berikut disenaraikan spesifikasi Nokia 808 PureView.

  • Platform: Nokia Belle Feature Pack 1
  • CPU: 1.3 GHz ARM 11, 512 MB RAM
  • Band: GSM 850/900/1800/1900 & HSDPA 850/900/1700/1900/2100
  • Ukuran: 123.9 x 60.2 x 13.9 mm
  • Berat: 169g
  • Bateri: Li-Ion 1400 mAh (BV-4D)
  • Masa Menunggu: Sehingga 465 jam (2G), sehingga 540 jam (3G)
  • Masa Berbual: 11 jam (2G), 6 jam 50 minit (3G)
  • Skrin Sentuh: 4.0 inci dengan resolusi paparan 360 x 640 piksel
  • Jenis Skrin: Capative dengan teknologi AMOLED dan kaca Gorilla Glass
  • Warna Skrin: 16 juta warna
  • Kamera: 41 Megapiksel (Carl Zeiss optic, auto-fokus, Xenon flash)
  • Teknologi Kamera: 1/1.2" sensor, ND filter, 4x lossless digital zoom
  • Memori: 16GB, slot microSD sehingga 32GB
  • Fungsi lain: Sokongan A-GPS dengan Nokia Maps, WiFi 802.11 b/g/n, HDMI, DLNA, Bluetooth 3.0 dengan A2DP, rakaman video Full HD (1080p), USB On-the-go dan sokongan NFC

7. Selain daripada kehebatan kamera 41MP, Nokia 808 PureView juga diperhebatkan dengan rakaman video Full HD 1080p Pure Recording, sokongan HDMI, NFC, processor 1.3 GHz, dan sistem penataan audio Dolby Digital Plus.


8. Nokia 808 PureView hadir dengan pilihan warna hitam atau putih di Malaysia. Pilihan warna merah masih belum tiba secara rasmi.


9. Nokia 808 PureView boleh didapati dengan harga rasmi RM1899 di Nokia Store seluruh negara. Bagi yang ingin melihat harga smartphone yang lain, boleh berkunjung di sini: Harga Terkini Telefon Bimbit Di Malaysia

Mungkin anda ke sini untuk mencari:
  • New Nokia phone
  • Nokia phone with 41 megapixel
  • Harga Nokia 808 PureView di malaysia
  • Harga terkini Nokia 808 PureView
  • harga handphone nokia malaysia murah
  • Harga latest Nokia 808 PureView
  • Nokia 808 PureView price in Malaysia
  • Spesifikasi Nokia 808 PureView
  • Harga Nokia 808 PureView murah
  • Pelancaran Nokia 808 PureView
  • Nokia Belle Feature Pack 1
  • Nokia 808 PureView price in Low Yat
  • Best Nokia smartphone
  • Nokia Malaysia latest price
  • Nokia 808 PureView official price

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top