• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Hello hello semua! First sekali sorry sangat sebab lama tak update blog ni. Agak sibuk sikit dengan study dan assignment sekarang ni. Anyway, dalam kesibukan Arib tuu sempat lah jugak pergi pesta buku yang berlangsung setiap tahun tuu. Hehe, klik ‘read more’ untuk selanjutnya!


Setiap tahun, bagi para pencinta buku dan ilmu, pasti tertunggu-tunggu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ni. Dijalankan setahun sekali sahaja, penggiat ilmu hadir ke sini untuk memiliki buku pada harga yang cukup istimewa. Disamping hadir untuk membeli buku, pengunjung juga berpeluang untuk menemui penulis-penulis buku dan personaliti kegemaran mereka di sini. Tema PBAKL 2012 pada tahun ini masih kekal dengan temanya "Buku: Dunia Tanpa Sempadan". *skema habis ayat, haha.

Ahha, korang yang baca ni mesti kebanyakannya dah pergi PBAKL 2012 ni. Okay, dalam post kalini, Arib nak share lah sikit pengalaman pergi PBAKL untuk tahun ni. Ouh yea, rasanya tahun ni punya PBAKL lebih meriah daripada last year, hee.

Hehe, sehingga post ni ditulis, dah empat kali Arib pergi PBAKL 2012 ni.

Sabtu, 28 April 2012

Ouh, haha. Masa ni datang lepas pergi satu perhimpunan ‘aman’ tuu. Setelah penat menjadi pemerhati, pukul 4 petang macam tuu barulah singgah lah ke sini. Woah, serius sangat penat sebab jalan dari Dataran Merdeka --> Masjid Jamek --> PWTC.


Masa ni datang untuk survey-survey jea dulu. Sempat jugak beli Majalah PC Bulan Mei dan 2 Majalah PC keluaran lepas yang tak sempat beli. Lepas beli Majalah PC tuu, dapat satu novel free kat booth Karangkraf tuu jugak, hehe.



Fehhh, jiwangnya tajuk. Saya bukan kaki novel! xD

Sebelum balik, jalan-jalan lah kat atas tuu. Tup tup, terbehenti kat satu booth ni sebab jual majalah lama 50 sen. Haha, macam menarik jea majalah ni, beli 4 naskhah.


Retro habis majalah ni, HAHA.

Ahad, 29 April 2012

Hehe, masa hari Ahad ni Arib jalan-jalan dengan Wan Muhammad Al Fath & Faiz Salimi (a.k.a Ganu). Dua orang ni junior Arib dekat Asrama Kompleks Seri Bintang dulu. Sekarang dah form 5 dah, hoho. Harini sangat bertuah sebab dapat jumpa face to face dengan Ustaz Azhar Idrus. Serius teruja kowt! Sebelum ni dapat tengok kat Youtube jea.


Eheh, siapa tak kenal Ustaz Azhar Idrus? Ustaz famous ni! Hehe. Ustaz ni Arib kenal masa pertengahan tahun lepas. Ni pun selepas Faiz Salimi recommendkan Arib untuk tayangkan video kuliah UAI sebagai sesi slot Tazkirah Digital kat asrama. First time tengok video kuliah UAI memang kecut perut tahan gelak. Serius suka cara penyampaian UAI ni. Ada unsur ‘humor’ dan tidak terlalu mengongkong. Sebab itulah ramai orang especially golongan muda suka dengan UAI ni. Kalau buat kuliah jea, Masha’Allah, dalam masjid pun tak cukup nak duduk sampai kena bawak sejadah sendiri untuk duduk di luar. Betapa hebatnya fenomena UAI ni, hehe.

Masa tuu Ustaz Azhar Idrus datang untuk menerima anugerah dari PTS. UAI menerima Anugerah Platinum Buku PTS sebagai tanda penghargaan atas kejayaan buku ‘Anda Bertanya, Ustaz Azhar Idrus Menjawab’ yang telah terjual sebanyak 130,000 naskhah. Fuhhh, serius banyak!


Lepas sesi penyampaian anugerah tuu, Ustaz Azhar Idrus di bawa ke dalam dewan untuk sesi autograf. Haha, saat ni lah yang paling best sebab dapat tangkap gambar dengan UAI :DD


Isnin, 30 April 2012

Masa Isnin haritu, Arib datang PBAKL ni just untuk mengikuti bengkel ‘Dari Buku Ke e-Book’ yang disampaikan oleh team Amanz.MY dan Teratotech. Lepas balik dari kuliah pukul 2.50 petang macam tuu, Arib bergegas untuk menaiki LRT untuk ke PWTC. Untuk makluman, bengkel tuu start pukul 3 petang.

Arib tiba di Bilik Kedah-Johor, tempat bengkel tu berlangsung lebih kurang pukul 3.30 petang. Masa sampai tuu, Ikhwan Nazri (@tekong) selaku CEO Amanz.MY sedang menyampaikan sesi beliau. Turut serta sebagai presenter pada bengkel tersebut ialah Founder Amanz.MY, Aman Firdaus (@amanfirdaus) dan Henzman (@TeratoTech) dari TeratoTech. Tiba di sana jugak, first time ever dapat jumpa Abdul Karim (@ak4allz) yang baru jea sampai kat KL haritu. Ouh, dia dari Terengganu, agak pro dalam bidang IT ni jugak, sebaya lagi dengan Arib. Hehe, Arib kenal dia melalui blog tak silap, lama jugak kenal tapi tak pernah jumpa sebelum ni. *kepada Karim; aku tau hang terbatuk-batuk baca ni, haha.


Okay, bengkel ‘Dari Buku Ke e-Book’ memang sangat menarik! Tak rugi join bengkel ni. Korang tahu, zaman sekarang ni memang dah trend dengan e-book ni. Pasaran tablet yang semakin meluas seperti iPad, Samsung Galaxy Tab, China Tablet, dan lain-lain lagi telah membuka satu dimensi baru untuk pasaran e-book ni. Apa yang menarik tentang e-book, kandungan buku tidak lagi ‘kaku’ kerana e-book boleh diletakkan muzik latar, animasi & video. Bermakna, korang baca buku jea, kalau time part suspens jea nanti ada muzik latar secara tetiba. Serius cool! Melalui bengkel ni jugak, pengunjung yang hadir didedahkan secara kasar mengenai Digital Graphic Novel & cara-cara menggunakan aplikasi AiYO untuk menghasilkan sesebuah e-book.


Sabtu, 5 Mei 2012

Hehe, harini jalan-jalan kat pesta buku lagi!

Masa ni rasanya ramai yang Arib jumpa. First sekali Izzati Zainuddin (@zatizai), Anissa 5S, Cikgu Syikin, Aminah Kamil (@minamils) & Khairi Hasbullah. Serius sangat ramai dengan manusia dekat book fair tuu. Yelakan, esok kan dah last day. Better pergi harini daripada esok. Sure lagi ramai punya.


Abang famous video Iklan Gangster, Abang Aman Wan :D


Pemilik Kedai Pink, Ain Maisarah. Hoho.


Minat novel thriller? Inilah dia Ramlee Awang Murshid ;)

Tadi pukul 4 petang, Arib sempat mengikuti bengkel 'Dari Pembaca Menjadi Penulis Super' di Dewan Kedah-Johor.


Walaupun bengkel tuu dah sejam bermula, banyak input yang Arib dapat. Bengkel tuu disampaikan oleh Penerbit PTS, En. Fauzul. Kat bawah ni antara isi penting yang Arib sempat catat.

Apakah Itu Penulis Super?

*Buku Beliau Menjadi Evergreen
-Jualan yang konsisten, banyak pada setiap tahun dan berterusan bertahun-tahun.

*Beliau Menjadi Pakar Bidang
-Buku menjadi penyebab utama populariti pengarang meningkat.
-Sering dijemput untuk menyampaikan apa yang dipersembahkan dalam buku di TV, ceramah-ceramah dan seminar-seminar.

*Menulis Banyak Buku
-"Sebatang pokok getah, takkan jadi estet." - Pepatah Tamil
-Ada banyak buku, baru orang tahu kewujudan penulis buku tersebut.
-Contoh; Dan Brown, The Da Vinci Code (buku ke-3) laris, baru orang cari buku Angel & Demon (buku pertama)

#Lebih 40 muka surat baru boleh dikenali sebagai buku
#Nak publish buku, cari penerbit yang ada di pesta buku.
#PTS hanya menerima buku dengan Bahasa Melayu berkualiti tinggi. Tiada sinkof. 'Nak', 'Tak' adalah dilarang. Maka dari itu, Komik M (Komik hasil penerbitan PTS) dapat ditembusi di sekolah.
#Jangan satu penerbit reject, terus putus asa. Banyak lagi penerbit lain.
#Penulis Bahasa Melayu yang terhebat sekali pun, karyanya akan diedit oleh editor. Tugas editor memang edit buku.
#Nak tulis buku, pilih satu penerbit cukup. Nanti ada isu nak branding dan promosi. Penerbit sukar untuk mempromosikan buku nanti.
#Pilih satu bidang untuk menulis buku. Baru orang tahu penulis tu pakar dalam bidang tuu.
#Non-fiction guna nama samaran, buku fiction guna nama sebenar.
#Kedudukan Buku Di Mata Masyarakat
-Hiburan. Pastikan jangan tulis hero mati. (Pembeli buka muka belakang dahulu) Pembaca tidak mahu stress. Pastikan buku menghiburkan.
-Sumber informasi dan pengetahuan. Seorang pengarang kena amanah dengan ilmunya. Pastikan lengkap.
-Memberi panduan/guru tanpa kelas. Kena praktikal, bukan teori semata-mata.
-Inspirasi dan motivasi.
-Memenuhi rasa ingin tahu, terutama berhubung dengan kontroversi. Contoh; Yakjuj dan Makjuj. Timbul rasa ingin tahu.
#Ilmu takkan ada yang statik, sentiasa dinamik.
Setelah penat berjalan, ini yang Arib dapat di pesta buku tuu.


Actually tak beli. Ada orang bagi. Hehe. *thanks @zatizai ! :D


Lama dah nak cari buku ni :')


Majalah Q&A. Serius terasa macam dalam majlis ilmu. Korang kena beli satu ;)

p/s: Kesemua gambar di atas diedit menggunakan Pixlr-o-matic versi desktop. Saje nak testing-testing. HAHA. *malas nak photoshop -.-"

Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam.

Nota Arib #1: Hlovate berusia 24 tahun dan dia seorang perempuan. Orang Ipoh. - info dari Shamimie Hidayah (@scha_mimo)

Nota Arib #2: Saya masih menunggu Farissa Hany (@fatin_hanani) & Wazrul Shah (@leAlterEgo) melancarkan novel terbaru mereka, hoho. *sorry letak twithandle kat situ Shah xD

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top