• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Air Pancut Berirama Di Suria KLCC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D


#1 – Habis Lepak IT Amanz.MY semalam, singgah masjid kejap. Habis solat Maghrib dekat Masjid KLCC tuu, ingat nak balik.

#2 – Masa on the way nak pergi ke arah Suria KLCC tuu, tengok ramai orang ada dekat area air pancut. Jenguk lah apa lagi.

#3 – Rupanya semua tengok air pancut yang sedang menari-nari. Ehh?

#4 – Korang tahu, air pancut dekat KLCC tuu sudah diubah suai dan menjadi semakin awesome lagi.

#5 – Dulu korang tengok air pancut just pancutkan air jea kan? Pastu lampu kat bawah air pancut tuu putih jea kan? Kalini korang pasti teruja dengan wajah baru air pancut ni.





#6 – Air pancut KLCC kini ditambah dengan cahaya dan apa yang membuatkan pengunjung teruja, pergerakan dan pencahayaan air pancut tuu akan ikut rentak lagu yang dimainkan.


#7 – Kat sekitar kawasan air pancut tuu kini dilengkapi dengan speaker untuk lagu persembahan air pancut KLCC.


#8 – Masa mula datang tuu, sekitar kawasan tuu dihidangkan dengan lagu Titanic dan air pancut pun secara lemah-gemalai memancutkan air. Siap ada efek cahaya yang romantik gitu~


#9 – Paling best bila lagu Bunkface – Situasi dimainkan. Time part chorus lagu tuu air pancut memancutkan air dengan deras sekali. Time part pelahan, alahai, pelahan jea. Hehe.


#10 – Serius, rasa macam tengah tengok show masa tengok air pancut tuu. Rasa macam kat luar negara pun ada sebab selalu kat oversea jea yang ada air pancut macam ni.


#11 – Sukar diterangkan dengan tulisan, serius korang tak rasa apa yang saya rasa. Senang cerita korang pergi dan alami sendiri.


#12 – Pastikan kamera korang berfungsi dengan baik dan sesuai untuk pengambaran waktu malam sebab sure korang akan guna kamera tuu nanti, hehe.


#13 - Kesemua gambar di atas ditangkap menggunakan BlackBerry RM150, hahaha. *Bateri phone Nokia C6-01 dah low habis dah -,-

Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam.

Nota Arib: Teringin nak tengok Air Pancut KLCC ni diiringi dengan lagu A Thousand Years. Mesti romantik air memancut keluar, hahaha.

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top