• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Repair PC & Short Visit To AKSB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Weehoo, harini off day! Ehhh, first sekali Arib nak cakap sorry sangat-sangat sebab dah jarang update blog ni. Sebulan dua ni agak busy dengan kerja itu ini. Off day pun tak beberapa nak off day sangat pun sebab ada kerja lain pulak, hehe. Okaylah, malas nak merepek panjang, klik 'read more' untuk tengok apa Arib buat masa off day harini. Jom klik!


Okay, harini sangat sangat penat. Entah, off day macam tak off day jea harini, huhu. Firstly, jadual Arib agak padat sikit harini diisi dengan tugasan repair PC. Mula daripada pagi sampai lah ke waktu petang. Then, petang pulak, balik jea dari repair PC, Arib bergerak ke Asrama Kompleks Seri Bintang untuk melawat junior-junior & senior-senior AKSB 2012 ni, hehe.

Orait, pagi-pagi lagi, seawal pukul 8.30 am, Arib bergerak ke Alam Damai untuk repair PC. Ini merupakan sesi kedua Arib repair PC kat sini. Last week Arib ada datang kat sini untuk repair PC bagi sesi pertama. Untuk pengetahuan semua, Arib diberi tugasan untuk repair lebih kurang 30 PC milik sebuah institusi pendidikan dekat Alam Damai ni. So, memang rutin every off day Arib akan datang ke sini untuk repair PC ni, hoho.












Lepas habis repair PC, dalam pukul 6.15 pm macam tu, Arib pulang ke rumah. Sampai sampai jea kat rumah dalam pukul 6.45 pm, tukar baju Melayu and then terus berjalan kaki menuju ke AKSB. Hehe, FYI, rumah Arib dengan asrama ni lebih kurang 1KM jea. Rumah pun belakang LRT Stesen Maluri. So jalan kaki 15 minit sampailah dekat sana.

Okay, sebenarnya Arib datang ke AKSB ni tujuan melawat jea. Yelah, tengok kalendar, next week punya off day, pelajar-pelajar asrama ni takde kat asrama sebab cuti seminggu raya cina. Lepas habis cuti raya cina tuu, pelajar-pelajar cemerlang PMR AKSB pun dah nak pindah dah. So nak tak nak, harini kena datang jugak ke AKSB untuk jenguk diorang before diorang pindah, isk isk :'(

Ehh, back to the story. Arib sampai dekat AKSB tepat-tepat waktu Maghrib. Sampai sana, jenguk diorang dari jauh and bila dah start solat baru Arib masuk, hehe. *segan sebenarnya =.= Seperti kebiasaan macam tahun-tahun lepas jugak, kat sini lepas solat Maghrib jea ada solat hajat. Alahai, rindu sangat.

Lepas habis solat Maghrib, solat hajat, wirid apa semua, majlis di surau macam last year jugak, ada roll call. Masa ni semua pelajar akan diambil kedatangan mereka mengikut dorm. Pada masa tuu, yang conduct roll call ni ialah Sidi Muhammad Yusoff. Masa semua nak start duduk mengikut barisan dorm tuu, Sidi Muhammad Yusoff mengalu-alukan ketibaan Arib kat sana. Student lain semua tepuk tangan. Serius segan, segan dan segan masa tuu -.-

Arib sangat bertuah harini sebab harini kat surau ada program Tazkirah Digital. Lepas sesi roll call, layar LCD diturunkan dan beberapa lampu surau dipadamkan. Sidi Muhammad Yusoff sekali lagi menyambung peranannya untuk conduct program ni. Before program tu start, Sidi Muhammad Yusoff jugak masa tu memberitahu bahawa inilah program yang Arib asaskan masa Arib jadi YDP asrama tahun lepas. *segan sekali lagi* Huhu, entah macam mana lah last year boleh dapat idea nak buat program macam ni. Apapun, syukur sangat-sangat sebab program ni diteruskan lagi untuk tahun ni (:





Overall, program Tazkirah Digital ni antara program yang paling berjaya dibuat kat asrama sebab budak-budak ramai suka. Lagipun, nak prepare program ni sangat mudah sebab guna LCD dengan laptop jea. Lepastu, search jea lah video-video kuliah yang menarik kat Youtube untuk ditayangkan nanti. Untuk pengetahuan pembaca, program Tazkirah Digital ni merupakan sebuah program kuliah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz yang terkenal seperti Ustaz Azhar Idrus melalui kaedah digital. Pada akhir sesi kuliah pulak, mesti akan ada satu short film atau video bonus dari Vlogger macam Mat Luthfi. Nak jemput Ustaz Azhar Idrus memang agak payah, so 'jemput' lah guna LCD *pun boleh, hehehe.



Ini antara video yang sempat ditayangkan masa proram Tazkirah Digital semalam (:









Lepas habis sesi Tazkirah Digital, semua pelajar bersiap sedia untuk solat Isyak. Habis jea solat Isyak, Arib sempat mengikuti satu briefing daripada Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar (JKP) Exco Dewan Makan untuk membuat soal selidik mengenai tahap kesedapan makanan kat Dewan Makan pada tahun ni. Tahun 2012 ni, orang yang masak kat DM dah tukar. Ada yang kata tak beberapa sedap makanan asrama tahun ni. Tak macam last punya makanan, semua sedap-sedap belaka. So beberapa pelajar dipilih untuk menjawab soal selidik mengenai tahap kesedapan makanan tuu.

Lepas habis kesemua program kat surau, semua pelajar bergerak ke bilik prep masing-masing untuk study, siapkan kerja sekolah apa semua. Hehe, best betul masa ni ;D


FormFIVERS ASPURA , yeahhhh ! :DD



Bersama Penceramah Muda dan Pemimpin Terulung, Sidi Muhammad Yusoff (:




Ini pulak gambar lepas PREP, hehehe~




Mirara and Friends, hoohoo~


Cikgu Syikin! :D *cikgu ni lah banyak bantu Arib tahun lepas. Terima kasih Cikgu!


Junior ASPURA ;)

Pukul 11.15 pm, maka tamatlah sesi lawatan Arib kat AKSB ni. Memang nak datang sekejap jea. Nak menginap tak boleh sebab keesokan harinya Arib kerja. Apapun, Arib rasa best sangat-sangat sebab dapat jumpa pelajar-pelajar AKSB ni. Lepas jugak lah rindu kat diorang dengan asrama yang banyak tinggal kenangan ni :')

Okaylah, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yea! Sekian, wassalam.

Nota Arib: Ermmm, bulan 2 ni, Arib akan berhenti kerja kat Low Yat. Kalau boleh, bulan 2 ni nak rest. Lepas habis SPM terus kerja, tak merasa lagi nak bercuti panjang ouhhh -.-

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top