Ulasan Filem: Paranormal Activity 3
Labels: Ulasan FilemAssalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D
Bravo! Lepas jea tengok movie ni, rasa nak tengok Paranormal Activity 1 & 2 pulak. Seriously best, sepanjang cerita tu Arib tak rasa bosan pun walaupun seluruh cerita tu dirakam menggunakan personal camera. Every scene adalah seronok untuk ditonton plus dengan air-cond panggung wayang yang sangat dingin menimbulkan perasaan seram-sejuk yang menonton filem ni. Klik 'read more' untuk seterusnya!
Selalunya kalau movie yang dirakam menggunakan personal camera ni memang agak bosan. Arib bagi contohlah, Penunggu Istana. *bukan nak kutuk filem tempatan yea, tapi memang yea, cerita dia bosan. Seriously bosan tak tau nak cakap macam mana. Dalam hati, bilalah 'that thing' nak keluar? Last-last habis macam tu jea, haihh. Jalan cerita pun mengarut. Btw, pengarah filem Paranormal Activity 3 ni memang Arib thumbs up lah sebab pandai susun scene supaya cerita tu penuh dengan saspen dan tidak membosankan. Scene waktu siang pun ada buat penonton ketawa dengan gelagat anak-anak perempuan keluarga tuu.
Semalam Arib berkesempatan untuk menyaksikan Paranormal Activity 3 dekat GSC Mid Valley. Tak terlintas pun sebenarnya nak tengok movie ni. Ingat nak tengok Real Steel. Tapi tengok masa, masa tayangan Paranormal Activity 3 awal sikit dalam sekitar pukul 1.00 pm. So layan lah. Lagipun, dah lama tak layan movie seram. Yeap, ini merupakan kali pertama Arib layan Paranormal Activity. Sebelum ni ingat nak tengok yang 1 & 2 tapi yelaa, duit kadang-kadang ada kadang-kadang takde -.-
Paranormal Activity 3 merupakan kisah sebelum terwujudnya filem Paranormal Activity 1 & 2. Cerita bermula time sekumpulan keluarga pindah rumah baru. Masa tuu, memang hobi bapak dia suka merakam something. Pada satu malam, time pasangan suami isteri tuu nak buat 'ehem-ehem', tiba-tiba ada satu gempa bumi berlaku dan pada masa yang sama, kamera yang dipasangkan oleh si suami tu telah terakam satu kejadian aneh. Habuk yang jatuh dari siling rumah seperti ada yang tak kena. Habuk tersebut seperti ditiup oleh something benda pelik. Mulai saat itu, si suami selaku bapak kepada dua orang anak perempuan tuu mula meletakkan kamera di 'spot area' di dalam rumah iaitu di bilik tidur utama, bilik tidur dua anak perempuan dia, dan juga di dapur.
Setiap malam, ada sahaja benda pelik berlaku yang terakam pada kamera. Permulaan kejadian aneh tersebut mula terungkai apabila salah seorang anak perempuan dia terjaga lalu menuju ke tepi kamera yang dipasangkan lalu dia bercakap dengan seseorang. Pada keesokan harinya, bapak dia bertanya kepada anak perempuannya itu dan anak perempuan tersebut memberitahunya bahawa dia bercakap dengan seseorang yang bernama Toby yang merupakan jelmaan aneh yang menyerupai seorang nenek tua yang tinggi.
Ada satu malam yang berikutnya lagi, seorang penjaga wanita datang ke rumah keluarga tu. Masa tu, pasangan suami isteri tu nak keluar pergi somewhere. So malam tu diorang mintak bantuan penjaga wanita tersebut untuk menjaga kedua-dua anak perempuan kepada pasangan suami isteri tuu. Kejadian aneh berlaku ketika penjaga wanita ni berada di dapur. Semasa penjaga wanita tu sedang duduk di meja dapur, tiba-tiba kamera terakam satu kejadian aneh yang mana satu kain putih berada dalam bentuk seperti ada 'orang' di dalamnya berada di belakang perempuan tersebut. Dalam beberapa saat, kain putih tersebut jatuh dengan sendirinya seperti sudah tiada 'orang' lagi di dalam kain tersebut. Sebelum penjaga wanita tersebut meninggalkan rumah itu, dia naik ke atas untuk melihat keadaan anak-anak perempuan tersebut. Semasa dia di bilik anak-anak perempuan itu, dia terlihat something di tepi kamera. Dalam beberapa ketika, tiba-tiba muka dia ditiupkan oleh something lalu dia terkejut dan menjerit. Selepas itu, beliau beredar dengan tergesa-gesa setelah pasangan suami isteri pulang ke rumah semula. Nak tahu yang selanjutnya lagi, kena tengok sendiri yea, hehe.
Every scene especially time waktu malam memang membuatkan penonton berasa berdebar-debar. Ditunjukkan satu persatu kamera yang dipasang di 'spot area' di dalam rumah. 'Spot area' yang Arib rasa paling seram rasanya kat dapur. Memang cuak kowt sebab kamera yang dipasang dekat dapur ni diletakkan kat atas kipas meja yang telah di'modified'. Kamera tu pusing kanan pusing kiri menyebabkan rakaman kamera kat 'spot area' tu Arib rasa antara yang paling seram bila tengok movie tuu. Haihh, entah berapa kali lah, asyik termencarut perkataan english jea time tengok movie nihhh. Asyik-asyik terkejut. Kaki ni elok-elok kat lantai rasa macam nak sepak. Nasib baik duduk row depan sekali. Haha, saspen punya pasal -.-
Pro
Jalan cerita sangat bagus. Senang faham. Tak berbelit-belit. Seperti yang Arib cakap di atas, every scene disusun dengan teliti agar penonton berasa saspen dan tak bosan sepanjang movie tuu even dirakam menggunakan kamera personal.
Serius, tak senang duduk time tengok movie ni especially on the middle part of the movie. Penuh dengan kejutan yang lagi mengejutkan. Arib rasa part paling saspen time dekat rumah nenek tuuu. Macam *tuut* jea. Bapak dia boleh lagi pergi bukak pintu walaupun keadaan dah kucar-kacir masa tuu. Last-last bila bukak pintu bilik dekat rumah nenek tu jea, GAAHAAA! Ambik kau, kena sergah! Second part yang Arib rasa paling saspen time dekat bilik dua orang anak perempuan tu. Tiba-tiba cadar katil terpelanting dekat kamera. Masa tu, salah seorang anak perempuan tu pun tertarik ke belakang kamera. Memang Arib masa tu tengah elok-elok duduk dalam posisi menegak tetiba tersentap kebelakang jugak, haha.
Kontra
Hurmmm, entahlah, rasa macam apa jea bapak dia letak kamera dekat seluruh spot area dalam rumah. Yang rasa kurang diterima bila kamera yang diletakkan tu, 'benda' tu tak usik pun. Kalau Arib lah jadi 'benda' tu, first thing sebelum nak kacau orang mesti kena pastikan line clear. Kamera yang dipasang biar bagi rosak, hohoho. Secondly, tahap keberanian bapak dia yang melampau. Serious, walaupun dia dah kena kacau dengan makhluk-makhluk tuu, bapak dia still boleh pergi lagi nak discover benda tuu dengan kamera. Dah lah main bukak pintu sesuka hati dia jea. Orang kat dalam panggung ni dah menjerit dah suruh jangan bukak pintu tu, dia pergi bukak jugak, haha. Last-last bapak dia mati sebab terjatuh dan badan dia dikepakkan oleh 'benda' tuu dengan horrornya.
Untuk pengetahuan korang semua, kalau nak tengok Paranormal Activity, pastikan korang tengok dari Paranormal Activity 3. Lepastu, baru tengok Paranormal Activity 2 dan lastly Paranormal Activity 1. Sebabnya, Paranormal Activity 3 ni merupakan cerita sebelum berlakunya Paranormal Activity 1 & 2. Kalau korang tengok dari Paranormal Activity 1, memang korang tak beberapa faham sangat cerita ni, so tengok yang Paranormal Activity 3 ni dulu.
Secara keseluruhannya, Arib bagi rating 8.5 daripada 10 bintang untuk filem Paranormal Activity 3. Sebuah filem yang penuh dengan kejutan dan saspen sehingga membuatkan penonton tak senang duduk sepanjang filem ini ditayangkan. Semasa Arib tengok filem ni semalam, ada beberapa penonton yang tak sanggup untuk meneruskan pengambaraan Paranormal Activity 3 lalu keluar dari panggung secara suka rela. Ternyata filem Paranormal Activity 3 telah menyuntik perasaan 'takut' dalam diri penonton.
Okaylah, setakat itu sahaja ulasan filem untuk kalini. Bagi korang yang suka movie yang penuh dengan kesan mengejut dan saspen, pastikan korang tengok Paranormal Activity 3 ni. Memang puas hati. Lepas tengok tuu, jangan lupa follow Paranormal Activity 1 & 2 pulak yea, hehe.
Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam (:
Nota Arib: Masa Arib tengok movie ni semalam, ada sekumpulan anak omputeh kat belakang Arib. Arib rasa dioranglah yang membuatkan panggung tu jadi lebih 'hidup'. Kelakar dengan gelagat mereka. Boleh katakan hampir every scene seram diorang bising. Selalunya kalau ada orang bising kat panggung mesti ada yang marah, tapi bila anak omputeh ni bising takde sesiapa pun yang nak makin hamun mereka, hoho. Paling kelakar, bila si suami dalam movie tu nak bukak pintu. Anak-anak omputeh ni cakap "Don't open the door!!!" dengan gaya mereka. Elok-elok penonton dalam panggung tengah berapa dalam keadaan saspen terus jadi gelak, haha. Before ending, ada satu scene lagi bila si bapak dalam movie tu nak tegur anak perempuan dia yang muka dan badannya menghadap ke depan. Anak-anak omputeh ni lantas berkata "Don't turn back!!!!" lalu anak perempuan dalam movie tu toleh ke belakang dan masa tu ada penonton tak dapat tahan gelak dengan gelagat mereka, HAHAHAHAH. Apa-apapun, good job guys! Ada korang lah Arib gelak macam tak waras semalam, hoho.

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment