• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Study Di Terminal Bas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

You know, tempat kedua bagi Arib paling tenang untuk study selepas library ialah terminal bas Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Yeke?


Study kat Terminal bas? HAHAHA. Bunyi macam pelik jea kan? Hahh, bagi yang belum pernah datang kat Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ni, mungkin rasa pelik. Bagi yang selalu pergi, mesti rasa normal study kat sini. Bagi Arib, yeap, ini merupakan tempat kedua paling selesa untuk membuat ulangkaji after library. Serius, jemu jugak pergi library jea, sekali sekala nak tukar selera jugak kan.


Hahh, kalau korang datang every weekend or musim cuti persekolahan, memang ramai student datang kat sini untuk study. Kadang-kadang tu, ada yang bawak member buat study group lagi kat sini.

Tapi kan, why terminal TBS ni begitu istimewa sampai student buat terminal bas jadi tempat study? Okay, first thing sebab kemudahan dan environment kat sini memang sangat kondusif. Tak terlampau senyap dan tak terlampau bising. Senang nak buat perbincangan. Bukan itu sahaja, kat sini ada banyak meja disediakan kepada pengunjung kat terminal ni. Nak makan kea, apa kea, duduk la. Apa yang menarik lagi, kat sini jugak ada disediakan perkhidmatan WiFi yang memang laju. Best!


Bagi yang suka gendutkan perut tu, kat sini kedai makan semuanya dekat. Tepi ada kedai roti, depan restoran nasi kandar, belakang KFC, senang, dekat macam-macam. Surau pun dekat.





Tapi kan, why study kat Terminal Bas? Macam dah takde tempat lain jea nak study. Selain dari environment yang kondusif, kat sinilah merupakan tempat paling senang nak buat perjumpaan. Yelakan, kat sini ada tiga jenis tren. LRT, KTM Komuter dan ERL. Mudah nak buat pertemuan dari 3 hala tren yang berbeza.

By The Way, post ni dibuat untuk korang yang tercari-cari tempat yang tenang lagi menenangkan untuk buat revision, study group, atau seangkatan dengannya. Meh, datang ke Terminal Bersepadu Selatan aka TBS ni. Kalau agak-agak dah jemu tengok Perpustakaan Negara or Library KL tuu, mari tukar selera study kat sini. Apa yang penting, operating hours dia 24 jam. Study lah sampai Subuh pun takpe, hohoho. *nak study sampai subuh kat sini bagi tau mak dulu. nanti mak mwahh padan muka -.-


Haha, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yea! Sekian, wassalam (:

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top