• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Events: Malaysia IT Fair 2011 (II)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Yuhuu! Malaysia IT Fair 2011 (II) kembali lagi! Yeah, bagi peminat gadget dan IT yang berada di Lembah Klang, mesti kena pergi! Klik 'read more' untuk selanjutnya!


MP3 Player MicroSD, RM29.90, woohoo!

1. Semalam, Arib berkesempatan untuk berkunjung ke Malaysia IT Fair 2011 kali kedua buat tahun ni di Mid Valley Exhibition Centre. Untuk makluman, Malaysia IT Fair 2011 kali pertama telah diadakan pada 28-30 Januari 2011.




Mix stuff. RM10 each.


Xperia Mini Pro, RM799. *tunggu turun harga dulu laa baru angkat satu =="


2. Secara keseluruhannya, Malaysia IT Fair kali ni banyak terdapat barang-barang yang 'rare' atau erti kata yang lain barang yang memang jarang nak jumpa. Antaranya USB Fridge. Memang best gadget ni, korang boleh sejukkan air tin. Cucuk USB then masukkan air tin dalam fridge tuu. Harga RM10 jea. Gambar ada kat bawah post ni. Selain tu, bagi peminat angry birds, korang boleh dapatkan pendrive Angry Birds yang tersangat comel ni dengan harga RM29 untuk 4GB, hohoho~


3. Dari segi harga, Arib merasakan Malaysia IT Fair kali ni antara yang IT fair yang paling terbaik yang Arib pernah pergi kerana harga barangan IT kali ni kebanyakannya sangat-sangat berpatutan. Harga Pendrive menunjukkan penurunan yang paling ketara.



Portable Hard Disk 1 Terabyte (1000GB), RM179 ;)


Android Tablet dengan Android Froyo 2.2, RM299 (:


PSP 3000, RM599, hohoho~


Bag laptop paling murah, RM12 jea, woww!

4. Malaysia IT Fair juga memberi peluang kepada pengguna untuk mencuba gadget-gadget yang baru berada di Pasaran. Antaranya yang dapat Arib cuba ialah HTC Salsa, HTC Cacha, dan BlackBerry Playbook.




5. Oh yea, semalam Arib beli Pendrive Kingston 8GB yang berharga RM28 dan USB Fridge yang berharga RM10. *habis duit raya aku =.="



6. Bagi yang ingin pergi ke Malaysia IT Fair 2011 (II) ni, boleh lah datang harini bersamaan hari Ahad, 4 September 2011. Dibuka dari 11 pagi hingga pukul 9 malam. Sorry lah yea, late post, tak dapat nak inform awal-awal.


Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam (:

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top