Pengalaman Berbuka Buffet Ramadan Makanan Arab di Restoran Al Rawsha, Kuala Lumpur
Labels: PersonalAssalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D
1. Semalam, Arib berpeluang untuk berbuka di Al Rawsha Restaurant iaitu sebuah restoran makanan Arab yang agak terkemuka di Kuala Lumpur.
2. Tak pernah terlintas kat fikiran pun nak berbuka kat restoran macam ni sampailah salah seorang warden di asrama Arib, Cikgu Shukri ajak Arib untuk berbuka kat sana.
3. Time balik dari Solat Jumaat semalam, masa tuu baru jew nak start kemas barang kat locker, tiba-tiba Cikgu Shukri datang.
"Kamu balik lambat tak harini?"
"Hurmm hurmm, lambat rasanya. Kenapa cikgu?"
"Cikgu ingat nak ajak kamu berbuka kat luar. Al Fath pun ada sekali. Nak tak?"
"Kalau macam tuu, okay cikgu. Saya ikut!"
4. Apa lagi, Arib pun pada mulanya ingat nak balik rumah awal masa tuu terus cancel lepas cikgu invite nak berbuka kat luar, hohoho. Masuk ni, ini kali kedua rasanya cikgu belanja makan kat luar. Memang murah rezeki cikgu. Mula-mula time Arib mula masuk awal tahun dulu, cikgu pernah ajak Arib makan Char Kuew Tiau time tengah malam. Memang best!
5. Selain Arib, Cikgu Shukri juga menginvite Al Fath dan salah seorang bekas pelajar cemerlang Asrama Kompleks Seri Bintang, Abang Amir untuk berbuka bersama. So maknanya ada 4 orang lah semalam.
6. Dalam perjalanan nak ke sana tuu, cikgu cakaplah yang kita akan makan dekat Restoran Al Rawsha. Dalam hati, tak pernah dengar pulak restoran Al Rawsha kat KL ni. Cikgu cakap restoran tu restoran makanan Arab.
7. Dalam pukul 6.45 petang macam tuu, sampailah kitorang kat Restoran Al Rawsha. Bila tengok tempat, laa, selalu sangat lalu situ tapi tak perasan pun ada Restoran Al Rawsha kat situ.
8. Sampai kat dalam restoran, kitorang ambil tempat dan start ambil makanan. Untuk bulan Ramadan ni, semua juadah disediakan secara Buffet. So maknanya, ambil lah banyak kali dan makanlah sampai pecah perut. Apa yang best lagi, semua ni cikgu yang belanja, yayy! Terima kasih cikgu! :')
9. Makanan yang disediakan, off course, majoritinya makanan Arab. First kat tempat ambik buffet tu ada roti pita dengan roti arab. Nasi pun ada, rasa dia macam Nasi Beriyani tapi nama nasi tuu entah apa laa, susah nak sebut, Ishtashzara. Daging kambing, lembu dan ayam antara hidangan utama kat sini. *Ikan? Dah kata makanan Arab, for sure ikan bukan makanan utama kat restoran ni.
10. Untuk harga Buffet sepanjang Ramadan di Restoran Al Rawsha ni, hurmm, boleh tahan kalau nak compare dengan harga asal makanan kat sini. Untuk satu kepala dewasa ialah RM50 manakala kanak-kakak berharga RM25 untuk seorang. Bila tengok catalog harga makanan asal, mak aihh, air jew dah RM12. So berbaloi lagi la makan secara Buffet (:
11. Lepas makan, solat, dan makan lagi, around pukul 9 pm, cikgu bawak kitorang ronda-ronda kat KL ni. Antara tempat yang dironda ialah sekitar Jalan TAR yang agak jammed, Lorong Haji Taib yang menempatkan bapuk-bapuk cantik, dan laluan neraka yang terletaknya pub dan kelab malam di sekitar Jalan P.Ramlee, haha. Sajew melihat onar duri kehidupan di Kuala Lumpur. Bukan senang nak jengah tempat-tempat macam ni, hoho.
12. Masa ronda-ronda tuu, banyaklah perkara yang kitorang borak time dalam kereta. Ada yang best dan ada yang sedih. Yang best dapat borak pasal pengalaman cikgu, korek pasal future wife cikgu, hohoho. Dan yang sedih, cikgu maybe akan meninggalkan AKSB soon. Tak tau la apa yang akan jadi bila cikgu dah takde nanti. Cikgu cakap maybe dia akan sambung Master next year. Plus plus lagi, bulan 6 tahun depan cikgu nak kahwin. Ouh, patutlahh ayat ucapan cikgu masa lepas solat terawih yang terakhir untuk tahun ni tu macam lain sikit jea bunyinya :'(
p/s: Apa-apa pun cikgu, Arib di sini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk cikgu. Terima kasih kerana banyak memberi dorongan dan semangat kepada saya untuk cekal dan tabah dalam menghadapi tugas-tugas sebagai seorang pemimpin. Tanpa cikgu, mungkin saya tidak secekal seperti sekarang ini dan mungkin saya masih bergelumat dengan tekanan perasan pada tahap yang kritikal atau lebih dari itu. Lagi sekali, terima kasih banyak-banyak cikgu! (:
Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam.
Update #1: Seminggu before cuti dorm jadi tumpuan dengan pelawat-pelawat dorm lain. Semangat betul dorm 1-4 ni. Siap ada lampu raya lagi, haha. Balik raya nanti nak renovate meja belakang tu sikit. Kasi cantik cek mek molek, ohoi!
Update #2: Raya ni struggle dengan buku, bukan mukabuku yea! #TrialSPM
Update #3: Walaupun masa bulan puasa ni hampir setiap minggu pergi Jalan TAR, sampai sekarang Arib tak beli apa-apa lagi untuk persiapan raya tahun ni. Entah, tak rasa nak raya punnnn =,="
Update #4: Puduraya sudah tukar nama jadi Pudu Sentral. Aiyak!
Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment