• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Kenapa Anda Perlu Suka Profile Facebook Baru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera (:

Bahh, tak tau nak update apa. Sorry sangat sebab tak update blog ni. Idea memang banyak, tapi nak menaip tu, alahai, sangat malas mehh. Haha, okay. Dalam post ni Arib nak kongsikan sikit impression Arib kenapa korang perlu suka dengan profile Facebook yang baru tuu. Dengar kata, ramai yang tak suka dan paling serius ada buat fan page untuk boikot reka bentuk profile FB baru nihh. Ouhh, haha. Mehh sini, Arib bagi korang suka dengan profile baru ni. Klik 'read more' untuk selanjutnya!


Btw, semalam Arib ada terbaca satu post dekat Blogserius. Kalau korang nak tau, kat Blogserius ni ada banyak artikel pelik. Apa yang membuatkan Arib tertarik, semalam kat blog tu ada post artikel pasal Profile Facebook Baru di Tangan Orang Seni. Serious sangat cool!


Kadang-kadang tuu, rasa seram jugak tengok profile FB yang ni, haha.


Arghh, serius cool yang gitar nihh, wahhh!

So, apa lagi, tercetus lah idea nak decorate jugak. Haha, tau tak, semalam Arib tak tidur nak buat benda ni. Lepas Subuh tadi barulah dapat tidur dengan lena. Bukannya apa, nak samakan potongan gambar tag photos merupakan part paling leceh nak buat. Walaupun tak 'rare' macam yang mat salleh kat atas ni buat, puas hati jugak la dengan hasil editing ni, hee.


Profile Facebook Arib Edisi Disember 2010, wohoo!

Okay, jom kita lihat cara-caranya. First sekali Arib mohon maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak sediakan dalam bentuk tutorial. Kat bawah ni pun Arib nak explain jew macam mana Arib buat benda ni. Tak tau nak guna cara apa untuk tutorial mudah. Buat masa ni, cara ni jew yang Arib tahu buat. Memang advance sikit. So, bagi yang kurang mahir tu, takpe, kat bawah post nanti ada something korang boleh cuba, hee. Okay, kita sambung. Arib menggunakan Adobe Photoshop sebagai software untuk edit benda ni. Software tu depend la kepada korang nak guna imaging software macam mana. Nak guna paint.net ker, nak guna GIMP ker, pun boleh jugak. Untuk profile picture, Arib dah tukar kepada yang baru dengan hasil cropping dari satu gambar yang agak besar lebarnya. Lepastu, Arib 'buang' tangan Arib dengan clone stamp tools dalam Photoshop supaya nampak lebih kemas sikit. Kat bawah ni gambar yang asal.


Ahha, jangan fikir lain ye :P *sila fokus =="

Okay, untuk ruangan tag photos pula, apa yang penting dalam proses editing nihh, Arib kena anggarkan kedudukan dan padankan gambar profile dengan tag photos tuu. Ukuran resolution bagi gambar lebar tag photos yang belum dibahagikan kat bawah ni adalah sebanyak 485 x 68 piksel. Sebelum editing tag photos bermula, Arib upload dulu profile picture ni untuk memudahkan proses anggaran dengan ruangan tag photos. Jarak diantara profile picture dengan ruangan tag photos pula adalah sebanyak 22 piksel.


Kena padankan kat mata bear tuu. Kalau tak, ternampak pulak tudung si .... , dah dah! -,-

Siap proses anggaran, Arib masuk proses paling leceh dan memenatkan iaitu proses memisahkan gambar lebar tu kepada 5 gambar tag photos. Setiap gambar tag photos berukuran 97 x 68 piksel. Kat part ni lah Arib kena teliti untuk samakan kedudukan antara gambar tag photos tu. Jarak diantara gambar tag photos adalah sebanyak 2 piksel.


Save satu persatu tag photos tu dan yeah, siap jugak akhirnya! Sekarang ni tinggal nak upload kat Facebook jew and then, tag photos nihh, yayy!


Untuk memudahkan korang yang kaki editing, Arib rumuskan formula ni:

Dimensi Gambar Besar (Profile Picture) : 180 x 532 piksel
Dimensi Gambar Kecil (Tag Photos) : 97 x 68 piksel

Jarak bahagian atas profile picture dengan bahagian atas gambar kecil = 80 piksel

Jarak antara profile picture dengan gambar tag photos pertama = 22 piksel

Jarak gambar diantara tag photos = 2 piksel

Hahh, bagi yang kurang mahir dalam bab-bab editing, mehh kita cuba benda kat bawah ni. Before that, nak cakap kejap. Sebenarnya banyak benda korang boleh buat dengan profile Facebook baru ni. Tau tak, dengan profile Facebook baru ni lagi mudah nak kenakan kawan korang, hehe. Alaa, suka-suka jew untuk happy kan kawan kita tu. Kalau kawan kita jenis yang kurang sporting, dinasihatkan jangan buat ehh. Silap hari bulan, dia remove friend kita pulak karang, haha. Hahh, kat bawah ni antara profile seorang mamat yang tersangat-sangat fanatik dengan Justin Bieber, haha xD


Identiti dirahsiakan, GAHAA!

Hahh, bagi peminat kipas susah mati Justin Bieber, Arib dah sediakan tag photos khas untuk korang. Maaf bagi yang tak minat tu, ini jew yang dapat Arib bagi -____-


Save dalam PC, Upload, Tag, dan hohoho.

Haha, apa yang penting, korang perlu tag photos tuu mengikut turutan dari belakang. Untuk gambar Justin Bieber ni, tag dulu dari gambar yang ada huruf R dan diakhiri dengan muka Justin Bieber, haha. Arib dah sediakan nombor untuk memudahkan urusan korang untuk tag tag nihh.


I Love Justin Bieber! (euwwww, tak kuasa aku -,-)

Update: Hahh, kat bawah ni Arib dah buat tag photos edisi Happy Tree Friends. Eksklusif untuk pembaca Arib's Blog, wohoo! Kat tempat lain memang tak dapat, hee. Step dia sama jew. Korang save dulu gambar-gambar ni kat komputer korang. Then, upload kat Facebook lepastu tag la kat sesiapa mengikut turutan dari belakang. Tag diri sendiri pun boleh ;D


Hehe, ini contoh profile facebook seorang mamat macho yang telah di tag gambar Happy Tree Friends nihh. Serius comel! xD


Muka dah macho, tapi, alahai, tag photo gambar Happy Tree Friends, haha xD

Haha, menarik kan? Hee, lepas ni korang tak perlu lah nak emo sangat dengan profile FB yang baru ni. Anggap jew ni satu perubahan yang korang kena terima. Pihak Facebook buat ni pun ada kebaikan untuk korang jugak. So enjoy with the new profile ya!

Update: Kalau korang menerima tag photos baru, senang saja untuk menghilangkannya. Just hover mouse cursor kat atas tag photos yang tak dikehendaki tu dan klik 'X'. Jangan risau, dengan klik 'X' tadi cuma hide kan tag photos tadi tu di bahagian profile. So dengan ni, korang boleh lah kekalkan tag photos yang telah didecorate tu :D



Update: Hahh, Arib dah dapat satu website yang boleh create benda ni tanpa sebarang penggunaan photoshop. Sila pergi sini ehh: http://www.piccut.com/

Update: 9.30PM: Profile Facebook Arib telah dimuatkan dalam artikel Trend Baru Rekabentuk Halaman Profail Facebook di laman blog teknologi popular Malaysia, amanz.my! Terima kasih abang Aman Firdaus! *serius tak sangka.


Hee, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam (:

Editor: Haishh, rasa nak jerit jew nama seseorang waktu ni. Kan best kalau sekarang ni ada kat puncak Gunung Kinabalu. Nak jerit nama orang tu kuat-kuat! =.=

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

1 Comments:

oniechan said...

ok.cool!awesome~ tp kan,cmne ek nk tuka profile baru.time fb tanya nk tuka profile baru x,kte jual mahal kan.pastu x jupa setting tu lg T.T wuuu

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top