• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Events: Shout! Awards 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Wohoo, apa khabar semua pembaca? Hehe, semoga dalam keadaan sihat sejahtera. Sorry sangat sebab jarang update blog ni. Hah, malam tadi Arib meluangkan masa malam Arib ke Shout! Awards 2010. Whoahh, ni kira first time Arib pergi ke event macam ni. Yelakan, ni pun sebab masa kat GoMobile Expo 2010 haritu, Arib dapat tiket Shout! Awards free lepas download Call Me Tones yang berharga RM1 untuk satu lagu dari Celcom. Kalau bayar, huhh, tak tau la, baik duduk rumah lagi bagus kowt, haha. Yeah, Shout! Awards! Best tak kat sana? Hehe, klik 'read more' untuk selanjutnya!


Shout! Awards diadakan untuk meraikan perjalanan anak-anak seni dengan sokongan rakyat Malaysia. Shout! Awards merupakan acara untuk memberi pengenalpastian bagi sesiapa yang telah menaikkan arena hiburan tanah air mendapat impak yang besar terutamanya di dalam industri muzik, perfileman, TV mahupun radio. Acara anugerah yang pertama mengadakan anugerah untuk keempat-empat industri tersebut, Shout! Awards diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada artis, pelakon, wajah TV dan radio sekaligus memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menentukan siapa yang berhak memenangi anugerah Shout! Awards ini. Dan apa yang menariknya, tahun 2010 acara dimeriahkan lagi dengan kehadiran sulung penyanyi luar negara yang terkenal dengan lagu Replay, Iyaz ke acara Shout! Awards 2010.


Pengacara Shout! Awards - Henry Golding, Sarah, Hafiz

Hee, lepas solat Asar kat rumah, pukul 5 pm terus bergerak ke sana. Masa mula-mula tu, Arib pergi ke sana bersama Adib Ismail dan Duncan, kawan sekolah rendah Arib dulu. Zhariff masa tu still dalam perjalanan, huhu. Okay, sampai jew kat sana, kakak Celcom bagi tiket 'screamers'. Yeah, pengunjung yang dapat tiket ni akan ditempatkan di sebelah laluan 'purple carpet' untuk memberi sorakan kepada tetamu yang hadir. Hee, ramai jugak artis-artis yang datang. Faizal Tahir, Bunkface, Hujan dan yang best, Yuna pun ada, hee ;D


Bunkface! Through my window I can see, wowowoo~


Hujan sudah jadi polis kah? -____- *Noh Hujan bawak pedang samurai ouhh :D


Yunaaaa! Gadis Semasa & Cinta Sempurna for the win! Woot!


Yo! Joe Flizzow, Altimet dan member hip hopnya, hohoo~

Habis jew sesi 'purple carpet' around 6.45 pm, terus bergerak ke surau. Sampai kat sana, akhirnya jumpa lah si Zhariff, hee. Masa nak solat Maghrib tu, ada seorang abang ni ajak jadi imam. Masa tu, kat dalam surau tu just ada beberapa orang jew, tu sebab abang tu ajak. "Ehh bang, abang tak nak jadi imam ke?" . Lepastu abang tu menunjukkan isyarat yang menandakan dia tidak boleh bercakap. Ouh, bisu rupanya, sorry ehh bang. Dan tanpa segan silunya, Zhariff dengan merelakan hati jadi imam, hoho. "Tak sia-sia hahh mak kau hantar kat sekolah yang ada agama ehh Zhariff, hehe." Okay, after solat, terus menuju ke stadium balik untuk mengikuti Shout Awards. Dan pukul 8.30 pm, Shout Awards bermula, wohoo!


Woah, rock habess Faizal Tahir ;D *teringat pulak Faizal Tahir masa dalam nasyid dulu :)


Yuna dengan backstage yang 'awesome'. Masa ni Yuna tengah perform lagu Decorate :D


Give me a B, U, N, K, F, A, C, E nowww! *memang terbaek lahh performance Bunkface ni ;DD


Reshmonu, huhuuu. Oh anok-anok, tok solah susoh-susoh~


Cuci The Musical performance, yeahh! *cuci cuci tingkap KLCC~


Zizan & Johan! Woahh, habis satu stadium tergelak dengan lawak korang, haha. Good job Zizan & Johan!


Like my iPod stuck on Replay, yeahhh! Performance Iyaz mengakhiri acara Shout! Awards 2010 ;D

Dan kat bawah ni, antara senarai pemenang Shout! Awards malam tu. Whoaa, Yuna menang besar! ;D
Music Video Award - Bunkface
Favourite TV Program Award - Showdown
Fresh TV Series Award - Nur Kasih
Power Vokal Award - Faizal Tahir
Popstar Award - Yuna
Breakthrough Feature Award - Lagenda Budak Setan
Favourite TV Personality Award - Zizan Raja Lawak
Rockstar Award - Bunkface
Breakout Award - Yuna
Mobile Artiste of The Year Award - 6ixth Sense
Best On Screen Chemistry Award - Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom)
Favourite Radio Show Award - Hot FM AM Krew
Coolest Radio Announcer Award - Phat Fabes
Hot Chick Award - Scha Al-Yahya
Hot Guy Award - Henry Golding
Flava Award - Mizz Nina
Ultimate Shout! Award - Yuna
Hahh, yang ni senarai nominees Shout! Awards 2010 ;D


Fuhh, hebat hebat jugak calon-calon Shout! Awards 2010 ni. Congrats kepada yang menang! ;D

Sekian sahaja untuk kali ni. Maaf gambar teruk sikit, snap guna handphone jew. Memang rugi tak guna DSLR kat event macam ni -____- Hee, terima kasih kerana membaca! Wassalam.

Editor: Aiyoo, habis jew Shout Award ni around 11.45 pm, LRT dah tutup. Terpaksa balik naik teksi, haihhh -_____-

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top