• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Peribadi: Jalan-Jalan Cuti Sekolah :D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Yuhuu! Hahh, semalam barulah dapat jalan-jalan dengan kawan-kawan untuk minggu kedua cuti ni, huhu. Semalam juga Arib telah menjejakkan kaki ke The Mines setelah hampir tiga tahun tak pergi situ, hoho. Lepas pergi The Mines, kena pergi KLCC pulak sebab ada reunion dengan student SBU. Whoaa, penat jugak lah, tapi still enjoy untuk perjalanan hari ni :)



The Mines

Hah, nak pergi The Mines ni kena naik KTM. So Arib kena naik LRT Aliran Ampang dari rumah Arib hingga ke Bandar Tasik Selatan. Lepas tu tukar naik KTM untuk ke Stesen Serdang. Hoho, jarak stesen Serdang dengan The Mines takde lah jauh sangat, kira-kira ada lah jugak macam jarak dari Times Square pergi KLCC, haha. Tapi kalau malas sangat, kat depan stesen Serdang tu ada The Mines Water Taxi service. Bayaran pun berpatutan, cuma RM3.

Disebabkan kedudukan The Mines jauh dari bandaraya Kuala Lumpur, maka jumlah pengunjung kat The Mines tidak begitu ramai. Masa tu dah pukul 12 tengah hari, still sikit orang. Panggung wayang TGV pun tak ramai. Kalau nak dibandingkan dengan Mid Valley, pukul 12 tengah hari macam ni dah ada movie yang sold out, kalau tak pun tinggal seat row depan jew.

Okay, Arib pergi ke The Mines ni sebab ada reunion dengan student student yang dah pindah. Sedihlah korang dah pindah, sekarang ni kat sekolah tinggal apa jew, huhu. Hah, sampai kat The Mines tu, jalan-jalan lah kejap dengan MK Shahmi pusing-pusing satu The Mines tu. Hah, kat floor 4, boleh dikatakan macam Low Yat Plaza jugak la sebab satu floor tu penuh dengan kedai IT. Jalan punya jalan, stop lah kat satu kedai ni sebab ada jual CD pirate, hehe. Apa lagi, Arib terus tengok CD collection kat situ and then beli lah DVD Mac OSX Snow Leopard dengan Office 2010, hoho. Memandangkan sekarang ni nak online kena jadikan handphone sebagai modem, so tak boleh la nak download sofware software ni, terpaksa kena beli, hurmm.

Hah, kalau pergi tempat-tempat macam ni, tak sah kalau tak tengok wayang. Disebabkan pukul 1 pm Arib kena pergi KLCC pulak, so Arib tak dapat join diorang tengok movie sekali. Before balik, seperti biasa bergambar dulu, hoho.



KLCC

Pukul 12.50 pm, beredar la Arib dari The Mines tu. Untuk ke KLCC, naik KTM ni sampailah ke KL Sentral untuk tukar tren Aliran Kelana Jaya. Huhh, macam biasa lah kalau KTM mesti lambat. Pukul 1.22 pm barulah sampai komuter KTM ni kat stesen Serdang, huaaa.

1.45 pm, akhirnya sampai jugak kat KL Sentral, hoho. Disebabkan dah terlalu haus, singgah lah kejap kat kedai majalah untuk beli air. After that, terus rush beli tiket tren yang menuju ke KLCC then naik atas tunggu tren. Tak lama macam tu, sampailah tren yang ditunggu, hoho, nasib baik sekejap.

2.05 pm, whooa sampai lah dekat KLCC. Hoho, before nak jumpa diorang pergi la solat kejap. Haha, masa nak pergi surau, Shuhada Azmi telefon la kat mana Arib sekarang ni. Apa lagi, bagilah macam-macam alasan. Tak sampai lagi lah, lama lagi lah, haha. Hah, sampai kat pintu masuk lorong kat depan surau tu, terserempak lah dengan Shu dengan junior dia, Shazatul. Haha, apelah, boleh pulak terserempak, baru ingat nak buat surprise, haha. Hoho, Afiq Ashraf, Hafi Huzaifah, Ehya Sofia & adik Shu, Amirul Arif pun ada sekali. E'eh, junior pun ada jugak, Zahirrudin Yunos, huhu.




Afiq Ashraf :)


Okay, after solat Asar, baru lah balik rumah. Disebabkan nak save duit, Hafi dengan adik dia follow lah Arib naik bas sekali untuk ke Maluri. Sepanjang kat dalam bas tu, boleh dikatakan hampir setiap masa cerita pasal KISAS. Wah, wah cabaran erk hidup kat KISAS tu sebenarnya, huhu. Macam-macam lah information yang Arib dapat tau. Disebabkan kat KISAS tu hanya ada menengah atas, jadi setiap satu form ada dalam lebih 10 buah kelas. Sama seperti dekat sekolah Arib, dekat KISAS juga ada aliran sains agama dan akaun. Disebabkan KISAS sudah mencapai taraf Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), tumpuan pembelajaran tu lebih ditekankan kepada semua pelajar khususnya pelajar yang berada di kelas-kelas peperiksaan.

Okaylah, sebelum Arib balik ke rumah dan Hafi dengan adik dia meneruskan perjalanan dengan menaiki tren ke Bandar Tun Razak, tangkap lah gambar sebagai kenang-kenangan :)



Family - Chop N Steak, Kampung Baru

Hoho, malam semalam ayah ajak satu family makan kat luar. Wahh, lama jugak tau tak makan kat luar dengan family sebab ayah selalu sibuk. Disebabkan majoriti nak makan chicken chop, ayah bawaklah pergi ke Restoran Chop N Steak, Kampung Baru. Kat sini terdapat pelbagai jenis makanan western dengan harga yang cukup berpatutan. Apa yang menarik di sini, dapur dan kaunter restoran ni semua berada di atas kapal, whoaa. Haha, okaylah, story panjang pun tak guna, senang-senang tengok jew gambar-gambar ni, hoho.







Hoho, after makan, ayah bawak satu family pergi Dataran Merdeka sebab nak tengok FIFA World Cup. Malam semalam, Spain vs Switzerland. Huhu, kalau tengok majoriti kat Dataran Merdeka ni semua penyokong Spain. Lagi-lagi Torres main sekali, fuhh bertambah lah peminat Spain ni. Last last habis masa, Spain kalah, aiyoo. Haha, even Spain kalah, enjoy taw tengok kat sini. Masa Switzerland goal tu dah macam kat stadium, GOALL! Haha.

Hah, sekian sahaja cerita Arib untuk kali ini. Wahh, cuti sekolah tinggal beberapa hari lagi. Jadi, gunakan masa yang ada ni untuk siapkan apa yang tak siap, hoho. Haha, itu jew kowt. Sekian, wassalam :)

Editor: Whoaa, cuti dah nak habis. Banyak benda nak kena buat nih ! Huhh .

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top