• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Preview: Nokia N8

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Hello semua! Wah, dah lama Arib tak update pasal teknologi. Asyik-asyik kalau update mesti cerita peribadi. Okaylah, kali ni Arib nak cerita sikit pasal handphone pulak. Kalau sebelum ni, semua cerita pasal komputer, handphone jarang sangat. Kali ni Arib nak cerita sebuah handphone baru dari Nokia. Bagi peminat handphone SONY ERICSSON kat luar sana, jangan memandang rendah terhadap handphone baru Nokia ni kerana fungsinya bakal membuka mata anda. Apa yang menarik sangat tentang handphone yang Arib nak ceritakan ni? Klik 'read more' untuk selanjutnya!



Hah, ini lah Nokia N8. Sebuah smartphone yang mempunyai ciri-ciri seperti mobile computer. Tak percaya? Kita selalu dengar, kalau nak cucuk thumbdrive mesti kena ada komputer. Tapi kali ni lain sikit, kita boleh cucuk thumbdrive dekat handphone! Fungsi ni dinamakan USB On-the-Go. Kat bawah ni Arib akan ceritakan lebih lanjut pasal USB On-the-Go ni. Dari segi luaran, macam rupa Sony Ericsson Aino cuma bukan slide je. Kamera 12 Megapixel, Memori dalaman 16GB boleh tambah sehingga 32GB, port HDMI. Wah, hebat kan? Okay lah, kat bawah ni Arib ceritakan lebih detail lagi pasal Nokia N8 ni.



Spefikasi Nokia N8


Platform: Symbian^3
CPU: ARM11 680MHz, 256 MB RAM
Band: GSM/EDGE 850/900/1800/1900 & WCDMA 850/900/1700/1900/2100
Ukuran: 113.5 x 59 x 12.9 mm
Berat: 135g
Skrin Sentuh: 3.5 inci OLED dengan resolusi 16:9 nHD (640 x 360 piksel)
Jenis Skrin: Capative
Warna Skrin: 16 juta warna
Kamera: 12 Megapixel dengan lensa optik Carl Zeiss (autofokus, Xenon flash)
Memori: 16GB, boleh ditingkatkan dengan kad MicroSD sehingga 32GB
Fungsi lain: Port HDMI, WiFi IEEE802.11 b/g/n, Bluetooth 3.0, USB On-the-Go, OpenGL 2.0, Compass (Magnetometer), Orientation sensor (Accelerometer), A-GPS, Album Cover Flow, Flash Lite 4.0 (menyokong kandungan Flash Player 10.1)


8 Benda Menarik pada Nokia N8

1) USB On-the-Go - Sambungan USB Thumdrive Tanpa Komputer

Buat kali pertama dalam sejarah, Nokia N8 telah didatangkan dengan satu fungsi hebat iaitu USB On-the-Go. Fungsi ini membolehkan anda mengakses fail dari storan USB anda seperti flash drive atau lebih dikenali sebagai thumbdrive tanpa menggunakan komputer. Nokia N8 akan dibekalkan dengan kabel khas untuk menerima USB flash drive tersebut. Sebagai sebuah peranti pintar yang digelar mobile computer, fungsi ini sangat penting bagi mereka yang inginkan kebebasan tanpa perlu berjumpa dengan komputer.

2) Port HDMI - Dengan Dolby Digital Plus

Nokia N8 telah mencatatkan sebagai peranti Nokia yang pertama memiiki sambungan High Definiton Multimedia Interface (HDMI). Apa yang menarik tentang sambungan HDMI ini, pengguna dapat memaparkan video dan gambar ke televisyen atau projektor dengan hasil paparan berkualiti tinggi. Port ini juga dilengkapi dengan Dolby Digital Plus surround sound apabila pengguna menyambungkan Nokia N8 dengan sambungan HDMI ke sistem teater rumah.



3) Kamera 12 Megapixel - Rakaman HD

Kehebatan kamera Nokia N8 telah menjadikan peranti pintar ini sebagai peranti pertama Nokia yang memiliki kamera 12 Megapixel. Peranti yang dilengkapi dengan lensa optik Carl Zeiss autofokus ini mampu menangkap gambar yang terang dan jelas dan merakam video beresolusi HD 720p. Xenon flash yang terbina membolehkan pengguna merakam detik indah mereka walaupun dalam suasana kekurangan cahaya. Bagi yang menggemari sungtingan video, Nokia N8 menawarkan sebuah software video editor yang telah dipertingkatkan kelajuan dan fungsinya.



4) Sambungan - Bluetooth 3.0 & WLAN IEEE802.11 b/g/n

Jika kita lihat pada hari ini, Bluetooth 2.0 & 2.1 masih berada ditahap kurang memuaskan kerana sebarang penghantaran fail terutamanya melibatkan fail yang besar masih mengambil masa yang lama. Nokia N8 yang didatangkan dengan Bluetooth 3.0 dapat mengurangkan masa penghantaran dengan kadar kelajuan sehingga 24 Mbps. Bagi penggemar internet pula, Nokia N8 telah dihadirkan dengan sambungan pantas WLAN IEEE802.11 b/g/n seperti mana yang digunakan di dalam komputer riba pada hari ini.

5) Symbian^3 - Sistem Operasi Symbian Yang Dipertingkatkan

Symbian mungkin tidak asing lagi dalam dunia telefon bimbit terutamanya dari Nokia. Nokia N8 diumumkan secara rasmi sebagai peranti pertama di dunia yang menggunakan sistem operasi Symbian^3. Apa yang berbeza berbanding Symbian^1 yang telah digunakan pada Nokia 5800 XpressMusic, Nokia N97 dan Nokia X6, antaramuka Symbian^3 disegarkan dengan penambahbaikan grafik dalaman, multiple home screen, visual task switcher, album cover flow, dan tiada lagi double click seperti mana yang dialami pada Symbian^1. Pelayar laman web Symbian^3 juga telah dipertingkatkan kelajuannya dan dilengkapi dengan Adobe Flash Lite 4.0 yang membolehkan Nokia N8 memainkan kandungan Adobe Flash Player 10.1.



6) Hardware Hebat - Sistem pemprosesan ARM 680MHz, OpenGL 2.0, Compass (Magnetometer), Multi-touch Touchscreen

Lihat sahaja luaran Nokia N8, pasti ada sesuatu yang hebat didalamnya. Nokia N8 menggunakan sistem pemprosesan AMR 680MHZ dengan memori 256MB RAM meningkatkan lagi kelajuan sistem operasi Symbian^3 berjalan agar kelihatan lebih lancar dan responsif. OpenGL 2.0 pula membolehkan Nokia N8 memainkan permainan 3D dengan paparan grafik berkualiti tinggi. Magnetometer yang terbina menjadikan Nokia N8 bukan sahaja sebuah peranti pintar tetapi sebagai penyelamat dengan mengaktifkan fungsi kompas. Sebagai peranti pada masa kini, paparan touchsreen pasti tidak sah jika tidak disokong dengan multi-touch. Dengan fungsi multi-touch ini, pengguna dapat membesarkan gambar dengan hanya menggunakan dua jari mereka seperti mana yang telah dilakukan pada peranti yang menyokong multi-touch seperti iPhone, iPod Touch dan iPad.



7) Jangka Masa Bateri Lama - 50 Jam tanpa henti bersama muzik

Siri Nseries memang terkenal dengan kehebatan fungsi mobile computer dan multimedia. Nokia N8 telah membuka langkah baru bagi siri Nseries dengan ketahanan bateri yang lebih lama. Kehebatan memainkan muzik selama 50 jam tanpa henti telah meninggalkan kehebatan siri XpressMusic dan Xseries yang terkenal dengan kemampuan memainkan muzik sehingga berpuluh-puluh jam lamanya.



8) Rekabentuk - Aluminium Casing dan 5 Pilihan Warna Menarik

Rekabentuk Nokia N8 pasti membuka mata apabila kali pertama melihatnya. Rekabentuk luaran yang seakan-akan mirip Sony Ericsson Aino ini tidak menggunakan plastik sebaliknya menggunakan Aluminium Casing sebagai material casing Nokia N8. Lima pilihan warna yang diberikan memberi kebebasan kepada pengguna memilih warna kesukaan mereka. Nokia N8 didatangkan dengan lima warna variasi pilihan iaitu Silver White, Dark Grey, Oren, Biru dan Hijau.



Sebagai peranti yang serba canggih, Nokia N8 telah menandingi kehebatan kamera 12 Megapixel Sony Ericsson Satio dengan hanya satu fungsi tambahan iaitu Port HDMI. Kedudukan Sony Ericsson Vivaz yang mampu merakam video HD sudah mula goyah dengan kehadiran bintang baru N-series dari Nokia ini. Peranti pertama yang dikuasakan dengan Symbian^3 telah membuka mata penggemar teknologi digital di seluruh dunia bahawa Symbian bukanlah sebagai sebuah sistem operasi yang 'ketinggalan zaman' dan kemampuannya memaparkan kandungan dari telefon ke kaca televisyen dengan port HDMI dan dapat membaca USB Flash Drive dengan menggunakan fungsi USB On-the-GO amat membanggakan.



Nokia N8 dijangka akan dipasarkan pada suku ke-3 tahun ini dengan anggaran harga pasaran di Malaysia, RM1899.

Sekian, wassalam.

Editor: Symbian makin canggih ;)

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top