Handphone Fair 2010 @ PGRM Cheras
Labels: Mobile Phones EventAssalamualaikum dan Salam Sejahtera :)
Semalam Arib berkesempatan pergi ke Handphone Fair dekat Bangunan PGRM, Cheras. Memang dah jadi satu kewajipan Arib untuk pergi tempat-tempat macam ni, lagi-lagi Handphone Fair ni dekat sangat dengan rumah. Macam biasa, pergi sekadar cuci mata, hohoho.
Apa yang dapat diungkapkan, handphone-handphone yang dijual dekat Handphone Fair kali ini boleh dikatakan hampir 90% handphone china dan handphone fake. Maknanya kat sini hanya 10% sahaja model handphone yang betul-betul ada jenama.
Apa yang Arib ingin ketengahkan di sini ialah mengenai fake handphone atau senang cerita handphone tiruan yang dicopy 100% design asal. Cuba bayangkan Sony Ericsson Aino yang berharga RM1800 tu kat sini boleh dapat dengan harga RM330. Wah, siapa tak nak. Lepas Arib selidik itu ini, memang fake phone pun, design sebijik macam handphone original.
Hah, itu boleh tahan lagi, harga handphone Sony Ericsson tu still reasonable lah. Apa yang paling buat Arib terkejut sikit, Blackberry fake RM800 & iPhone fake RM900. Kalau nak tau, handphone fake ni sebenarnya murah sangat, harga kos satu handphone ni tak sampai RM200. Haishh, tau nak untung lebih jew.
Kesian tengok seorang mak cik ni, nak Blackberry punya pasal sanggup bayar lebih RM800 tu. Yang tukang jual pun satu, tak habis-habis tipu pelanggan dengan fake phone. Macam-macam lah 'perang psikologi' yang digunakan.
"Harga market Blackberry RM1000 lebey, kitorang jual murah jew mak cik."
Hmm, kalau nak jual fake phone sekali pun, tolong lah perjelaskan kepada pelanggan tu bahawa handphone yang dijual tu ialah handphone fake. Kesian tengok golongan makcik-makcik ni, senang-senang jew kena tipu. Tak pe lah makcik, dah terbeli nak buat macam mana, jangan tayang kat orang sudah, tak pasal-pasal kena gelak pulak =.=
Selain Blackberry, antara handphone yang menjadi tumpuan kat kat sini tak lain tak bukan mestilah iPhone. Bukan yang original punya, tapi fake phone. Apa yang membuatkan Arib rasa terkilan sikit, ada iPhone fake yang dijual kat sini berharga lebih RM900. Bukan nak tulis china phone, alih alih tulis iPhone 3GS 90%, memang sah lah tipu.
Hmm, nak beli boleh, cuma jangan lah nampak Blackberry murah sikit, terus nak beli. Kalau murah tapi original dari Blackberry tak pe lah jugak. Ini tidak, Blackberry fake RM800, memang tak masuk akal. Hmm, Kalau Blackberry fake tu sekitar RM200 boleh tahan lagi lah.
Nasihat Arib kat sini, selidik dulu sebelum membeli. Kalau tak tau nak beza handphone fake & original macam mana, ajaklah family atau kawan-kawan yang mahir dalam bidang ni. Janganlah kita biarkan mereka 'makan' duit kita sewenang-wenangnya. Pesanan dari Arib, "Jadilah pengguna yang bijak".
Sekian sahaja, wassalam.
Editor: PC Fair dua minggu lagi :)
Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 Comments:
cibai W&N... tipu saya... pulang wang balik!!!
w&n office at kuchai lama only
go get him
urmmm.... sama ar bro... aku ade gak nmpak ade sorg uncle kat mall kat KT... snggup kuar duit almost rm1k... gara2 nk iphone versi murah..... adoiii... bnde2 fake nih, setau aku, x de warranty.. KPDNKK yg bgtau
Post a Comment