Peribadi: Malam Hari Wilayah
Labels: PersonalAssalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung Arib's Blog.
Haha, malam ni rasa lapar pulak, Arib ajaklah ayah pergi makan kat luar. And then ayah suruh satu family siap-siap. Kalau malam-malam macam ni, selalunya ayah akan bawak kitorang pergi ke kedai mamak. Okay, lokasi kedai mamak yang ayah bawak kalini dekat Lotus Restaurant, berdekatan dengan Maju Junction.
Untuk menu, Arib pilih untuk makan Roti Naan dengan Ayam Tandoori. Ayah, Hanis, dan Adib makan Mee Goreng mamak. Mama tak nak makan masa tu, kenyang kowt. Air pulak, mestilah Arib pilih minuman special kat sini, 3 Layer Tea. Apa yang menarik, teh ni dibuat dengan tiga lapisan, lapisan pertama teh, lapisan kedua gula merah, dan lapisan ketiga susu. Rasanya, hmmm, sedappp sangat :D
Masa makan tu, pukul 12.00 tengah malam, terdengar bunga api melemparkan bunyinya. Memang kuat sebab tempat ni memang berdekatan dengan Dataran Merdeka. Hah, nak tahu sebab apa ada bunga api? Yelaa, esok kan Hari Wilayah. Untuk tahun ni, negeri Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan akan menyambut sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke 36 dengan tema "1 Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera".
Berbalik kepada cerita tadi, dalam masa bunga api tu berdentum, satu family wish Happy Birthday kat Arib :) Haha, best jugak suasana malam tu walaupun kat kedai mamak :D Dalam masa yang sama juga, kedua-dua handphone Arib ni saling menunjukkan indicator masing-masing. Ada yang call, SMS, dan yang paling best, dapat MMS :D Yeah, thanks Kak Kyla bagi MMS tu ;) Thanks juga kepada Awatif & Shu sebab call, first time dapat dengar suara diorang ni kat phone :D Tak dilupa, Hafiz dan Ahmad Zhariff yang wish melalui SMS time tu :)
After makan semua, ayah bawak kitorang pergi Dataran Merdeka pulak. Sebelum sampai kat situ, Arib dapat bayangkan suasana penuh sesak kat Dataran tu. Tapi, apa yang digambarkan adalah sebaliknya, keadaan di Dataran Merdeka dingin dan hanya segelintir sahaja warga Kuala Lumpur yang bertandang di situ.
Sampai sampai satu family Arib kat situ, 6ixth Sense sedang membuat persembahan di atas pentas. Lantas Arib menuju ke bahagian depan stage untuk melihat persembahan 6ixth Sense dengan lebih dekat lagi. Tak sangka Arib dapat melihat persembahan sebegini dengan dekat, betul-betul depan mata, puas kamera menjamah wajah vokalis 6ixth Sense. Untuk persembahan dari kumpulan ini, mereka menampilkan lagu Tanpa diikuti dengan lagu Kita Boleh serta lagu popular mereka yang sering dimainkan di corong radio, Khatimah Cinta. Persembahan memang cukup rancak dan menghiburkan.
Persembahan seterusnya pula yang merupakan persembahan menutup tirai Sambutan Ambang Hari Wilayah Persekutuan itu menampilkan kumpulan Kristal untuk menghiburkan pengunjung. Mereka pula menghiburkan warga Kuala Lumpur yang berkunjung di sini dengan lagu Bongkar dan sebuah lagu baru mereka yang Arib tidak ketahui tajuknya. Apa yang Arib dapat rumuskan di, persembahan mereka memang cukup bertenaga walaupun masa sudah menunjukkan jam 1 pagi. Vokalis kumpulan ini sentiasa eye-contact dengan penonton tidak kira golongan usia dengan memberikan sedikit jenaka sebelum persembahan mereka bermula. Sebelum mengundur diri, mereka menyajikan sebuah persembahan dengan lagu Cinta Tiga Segi yang dimana lagu itu dahulunya dicipta oleh seorang banduan dan disadur semula oleh Saleem. Selepas persembahan itu, barulah family Arib pulang ke rumah.
Pukul 1.40 pagi, tibalah di rumah dengan keadaaan kereta yang bertindan-tindan parkingnya. Nasib baik lah ada satu parking lagi, itu pun kena tolak kereta Kancil tu dulu. Time tolak kereta tu, boleh pulak alarm berbunyi, dah lah tengah malam, takut orang marah je. Lain kali kalau nak tinggal kat kawasan rumah macam ni jangan la pakai alarm, banyak lagi alternatif lain. Haish, susah kan? Itulah lumrah tinggal di rumah flat =.=
Sekian sahaja ceritera Arib untuk hari ini :) Wassalam.
Komen Editor: Esok kena bertugas jadi jurugambar dekat Dataran Merdeka, tangkap gambar kawad Sejaya :)
Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment