• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Empat Musim di Malaysia?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung Arib's Blog.

Pernahkan anda terfikir yang Malaysia juga mempunyai iklim empat musim?



Disebabkan hari ni terlalu bosan sampai tak tahu nak buat apa dengan internet ni, Arib teringat pulak tempat yang Arib baca kat novel Panas Salju masa form 3 dulu, dikatakan tempat tu ada salji buatan. Wah, kat mana tu? Hahh, nama tempat tu Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam. Apa lagi, ingat nama tempat tu terus Arib search dekat Google :)

Okay, lepas search tu, macam-macam info dan gambar Arib dapat. Yang paling best, blog walking kat blog, diorang cerita pun dah membuatkan Arib nak pergi tempat tu :D

Berbalik kepada cerita tadi, Rumah Empat Musim ni mempunyai Empat Iklim utama seperti apa yang kita ketahui iaitu Musim Bunga, Musim Panas, Musim Tengkujuh, dan Musim Sejuk. Apa yang menariknya, rumah ini mengikut peredaran masa dan suhu yang sebenar mengikut musim-musim tertentu, contohnya Musim Sejuk yang berlaku pada bulan Disember hingga Februari bersuhu dibawah -2 hingga -7 darjah celcius. Menurut info apa yang Arib dapat dari seorang blogger ni, kesan asap keluar dari mulut pun boleh nampak kat dalam rumah ni, memang real lah orang kata . Hah, jom cuci mata dengan gambar-gambar ni ;)












Hah, kat bawah bila musim bunga, cantik kan? :D





Tarikan utama Taman Pertanian Bukit Cahaya bukanlah semata-mata dengan keunikan Rumah Empat Musim. Pengunjung boleh menikmati keindahan panorama sekitar kawasan taman ini. Pengunjung juga boleh membuat aktiviti outdoor seperti trekking, cycling, swimming dan lain-lain lagi.



Antara daya tarikan lain yang terdapat di dalam taman pertanian ini:

1. Taman Arnab
2. Fly Fishing - memancing
3. Kampung Idaman
4. Rumah Empat Musim
5. Taman Botani - tempat yang sesuai untuk melihat dan mempelajari spesis tumbuhan dan pokok
6. Menara 4 tingkat
7. Taman Cendawan
8. Taman Haiwan
9. Sawah Padi
10. Swimming Pool - RM2.00 untuk 3 jam
11. Paintball Valley
12. Taman Orkid
13. Taman Herba
14. Flying Fox - RM35
15. Kolam Ikan







Hah, nak bagi makan ikan pun bolehh :D



Di samping itu, pengunjung boleh melihat ragam haiwan-haiwan di Animal Park :]







Menara pandang jauh pun ada juga :)





Haishh, penat berjalan? Kat situ ada kemudahan shuttle bus untuk kemudahan pengunjung bersiar-siar dalam taman tu :)



Kalau nak yang lebih enjoy lagi, pengunjung boleh berbasikal untuk menikmati keindahan dalam taman pertanian ini. Harga pun berpatutan, hanya RM3 untuk sewa basikal jenis lama (jam pertama) dan RM5 sewa basikal jenis baru (jam pertama), jam yang seterusnya dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM1 sahaja.

Untuk harga bayaran, tiket untuk masuk ke Taman Pertanian ni hanya RM3.00 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Boleh dikatakan berbaloi juga sebab macam-macam aktiviti rekreasi boleh buat kat dalam taman ni. Kalau yang nak masuk rumah empat musim, bayaran tambahan dikenakan sama seperti bayaran masuk taman pertanian, RM3 dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Untuk masa melawat, Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya ini beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.



Bagaimana untuk ke sini?

Kereta - Dari Kuala Lumpur atau Klang, ambil jalan keluar pada Lebuhraya Persekutuan ke bandar Shah Alam dan ikut papan tanda jalan untuk ke taman pertanian ini.
Bas RapidKL - Ambil bas bernombor 63 atau 338 dari Kuala Lumpur dan berhenti di stesen berhampiran dengan bangunan Maybank di pusat bandar Shah Alam. Dari sini, ambil teksi untuk ke taman pertanian.
KTM Komuter - naik tren dan berhenti di stesen Shah Alam dan selepas itu, ambil teksi untuk ke taman.

Anda boleh rujuk peta kat bawah ni ;)





Alamat: Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, 40000 Shah Alam, Selangor.
Tel: 603- 5510 7048

Hah, apa tunggu lagi? Ajaklah keluarga anda meluangkan masa ke sini, pasti memberi pengalaman yang menyeronokan ;D Untuk yang nak kan destinasi yang sesuai untuk keluarga pada hari cuti, tempat ini jawapannya :D

Komen Editor: Ingatkan taman ni dah tak wujud lagi sebab novel tu pun keluar entah bila =.=

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top