• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Personal: Sneak Peak Ilham 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung Arib's Blog.

1. Pada entri kali ini, saya ingin memperkenalkan rekaan terbaru majalah Ilham 2010 SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur yang merupakan tempat saya menuntut pelajaran pada masa ini.

2. Untuk tahun ini, En. Lim Nan Chong selaku Ketua Guru Penasihat Ilham 2010 telah melantik saya untuk menjadi ketua editor dan saudara Fauzan selaku Naib Ketua Editor. Dalam pada masa yang sama, saya telah diamanahkan untuk menyediakan rekaan grafik untuk Ilham tahun ini. Pelbagai pembaharuan yang akan dibuat dalam edisi Ilham kali ini seperti rekaan dalaman, sudut baru, meletakkan semula kulit belakang dan lain-lain.



3. Ilham pada kali ini akan berfokus pada visi sekolah di mana pada tahun 2010 ini merupakan tahun visi SMK Segambut Jaya akan mencapai matlamatnya. Pada muka pertama dan kulit belakang majalah akan disertakan dengan visi sekolah ini.



4. Untuk rekaan kulit hadapan majalah, majalah Ilham 2010 akan menggunakan rekaan kulit hadapan dengan tema berwarna hitam yang telah diperkenalkan pada tahun 2008. Pada awalnya, rekaan muka hadapan ini dibuat untuk Ilham 2008. Disebabkan saya telah memperkenalkan rekaan yang baru lagi pada tahun tersebut, rekaan ini telah diangkat sebagai kulit hadapan Ilham 2010. Rekaan ini telah beberapa kali melalui proses penambahbaikan agar kelihatan lebih segar dan moden.


Rekaan terkini 'book spine' dan kulit hadapan Ilham 2010



Rekaan kulit hadapan Ilham 2008



Rekaan kulit hadapan Ilham 2008
yang telah ditangguhkan untuk Ilham 2010


5. Muka surat pertama Ilham akan diletakkan pendahuluan semula setelah digantikan dengan gambar sidang redaksi pada Ilham 2008 dan isi kandungan pada Ilham 2009.



6. Untuk rekaan dalaman, saya akan cuba menyiapkannya pada masa yang terdekat. Ikuti blog ini untuk rekaan Ilham 2010 yang seterusnya.

7. Komen dan cadangan anda diperlukan untuk memantapkan lagi mutu Ilham 2010.

Sekian, wassalam.

Komen Editor: 2010, Tahun Visi Sejaya :)

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top