Event: Karnival Cuti Sekolah Hanya Untuk Kanak-Kanak? :D
Labels: Non-Technology Event, PersonalAssalamualaikum,
Hello hello !
Woah, haha, ini semalam punya cerita,
Sorry tak sempat update blog ni last night
Hah, semalam Arib berkesempatan pergi ke
Karnival Cuti Sekolah anjuran TV3, NTV7 & TV9 tu,
Yelaa, kawan2 ajak, asyik2 duduk rumah jew,
Ehh, karnival ni untuk kanak-kanak?
Haha, memang betul pun =.=
Hmm, macam biasa la,
Kalau Arib keluar rumah mesti dgn adik, Adib
Hohoho, sampai dekat sana kira-kira pukul 10.45 am
Okay2, karnival ni berlangsung dekat
perkarangan Stadium Bukit Jalil
Sampai jew kat sana,
Kawan-kawan Arib ni semua dah tunggu,
Time tu, diorang tunggu dekat depan rumah hantu, hohoo
Yang menunggu tu antaranya Zhariff, Adib Azlan & Afif
Tak lama kemudian, Nasif pulak datang
Firstly, kitorang jalan-jalan satu karnival tu dulu
Hmm, karnival tu tak lah besar mana, kecik jew
Hmm, kebanyakan gerai kat karnival ni
Hampir sama time dengan Jom Heboh dulu,
Antaranya rumah hantu yang tak berubah kedudukannya,
Gerai Mamee Slurp, Dutch Lady,
Dan gerai yang hanya untuk kanak-kanak antaranya
Kids @ Feel Good World NTV7, Adik di 9, School Attack
Kids @ Feel Good World
Pengacara Adik di 9
Ingatkan besar mana, rupanya kecik jew orang nya :D
Nama dia Dash :)
Seperti apa yang Arib cakap tadi,
Kebanyakan gerai kat sini hanya menyediakan aktiviti untuk kanak-kanak
Aktiviti untuk remaja sikit jew, itu pun futsal,
Futsal pun bukan untuk pengunjung, hanya demo dari pemain professional jew
Dah tak tahu nak berjalan pergi mana lagi, diorang ajak masuk rumah hantu,
Haha, mula2 Zhariff tak nak masuk, macam-macam lah alasan dia bagi,
Last2 dye masuk jugak, itu pun kena pujuk dulu, hohoho
Hah, time kitorang kat dalam rumah hantu ni,
Semua pegang-pegang, Arib la paling kesian, duduk belakang
Asyik2 kena tarik dengan hantu, cehh, tak guna punya hantu, GAHAA !
Kecoh sket lah time tu, semua gelak ketakutan, haha
Boleh tahan lah, tapi kecik sangat, tak puas pulak
Hmm, time tu kira-kira 12 tngh hari maskot ada bnyk yang keluar
Dekat gerai ais krim, ada maskot Mat Kool, si monyet
And paling best, maskot Shin Chan dekat gerai kids @ feels good world NT7
Haha, sporting betul Shin Chan tu, orang suruh buat gaya apa2 dye ikut jew
Kesian tau, lagi2 dengan si Zhariff ni, suruh buat gaya pelik2, haha
Zhariff, Shin Chan Mascot & Nasif :) Action B !
Skema betul pakaian maskot Shin Chan ni, haha ;P
After that, Nasif ajak pergi Carrefour Bukit Jalil
Jauh tu boleh tahan jugak la,
Tapi memang penat lah, dalam perjalanan tu asyik2 haus jew, huhuhu,
Hmm, dekat bangunan carrefour tu tak tau kitorang nak buat apa,
Last2, pusing satu bangunan tu,
Kat situ kebanyakan kedai semua dah gulung tikar
Maklumlah, bangunan besar, orang yang datang sikit
And lepas tu, kitorang masuk carrefour pulak, nak carik air,
Kebetulan dalam carrefour tu bnyk cermin,
Jadi, kitorang tangkaplah gambar kat situ,
Orang lain tengok pelik jew, haha
Dari kiri: Zhariff, Afif, Nasif, Adib Azlan, Adib Ismail, Arib :]
Dah takde keje :P
Pukul 3 pm mcm tu, kitorang keluar dari bangunan Carrefour tu,
Hmm, time tu Nasif balik, rumah dye dekat situ,
Yang lain ni bergerak menuju ke stesen,
Before balik, solat jap, and pastu baru naik LRT
Sebab dah takde keje, kitorang naik tren ke Sri Petaling
Sajew nak tengok Stesen Sri Petaling tu besar mana,
Hmm, besar tren tu macam stesen Ampang jugak,
Sebab stesen tu stesen terakhir, jadi tren banyak ditempatkan kat situ
Lepastu, kitorang naik tren menuju ke Sentul Timur balik
Arib dengan adik Arib ni, Adib balik ke rumah dekat stesen Maluri
Before that, kena tukar dekat stesen Chan Sow Lin dulu,
Yang lain ni, Zhariff, Adib Azlan & Afif pergi stesen Bandaraya,
Huhuhu, best jugak kalau ikut diorang ni, cuma duit Arib tak cukup jew
Kalau tak, boleh lah makan Pizza Hut dekat Maju Junction, huhuhu
Sape2 yang ada anak-anak yang bergelar kanak-kanak tu
Boleh ajak anak-anak pergi Karnival Cuti Sekolah ni
Tak silap sehingga Ahad ni, 13 Disember 2009,
Dekat Perkarangan Stadium Putra Bukit Jalil,
Ingat ! Untuk kanak-kanak jew, haha.
Sekian sahaja untuk kali ni,
Thanks for reading :)
Wassalam
Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Comments:
eyt eyt.ini tidak adil. nk gak ikut. hahah
Hey, thnx jgk coz follow my blog :) and thnx too bg tips2 yg berguna tu..:D
Post a Comment