Peribadi: Pemergian Ustaz Asri Rabbani Diratapi
Labels: PersonalAssalamualaikum,
Sebelum Arib memulakan coretan ini,
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Ustaz Asri Ibrahim,
Vokalis Nasyid Rabbani, dan juga bapa kepada sahabat Arib,
Nasiruddin Asri, Anak sulung Ustaz Asri
Al-Fatihah...
Sekitar 12.30 tgh hari semalam, di SMK Segambut Jaya
Selepas menjawab kertas Percubaaan Geografi PMR,
Arib terkejut apabila Ustaz Mawardi, seorang guru di SMK Segamubut Jaya,
Memaklumkan pemergian bapa seorang pelajar yang cukup dikenali,
"Minta perhatian kepada semua warga SMK Segambut Jaya,
kita telah kehilangan seorang bapa kepada Nasiruddin iaitu Ustaz Asri Ibrahim,
yang telah meninggal dunia pagi tadi. Marilah kita bersama-sama
sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau..."
Inna lillahi wainnaa ilaihi rajiun...
Apa yang Arib ketahui, Ustaz Mawardi pada ketika itu
sedang menjaga kelas anak sulung vokalis Rabbani,
di mana kertas Percubaan Geografi PMR sedang dijalankan,
Terpaksa menyembunyikan perkara itu kepada Nasir
sehingga dia habis menjawab kertas Percubaan Geografi PMR.
Selepas tamat masa menjawab, barulah Ustaz Mawardi memaklumkan
kepada Nasir bahawa bapanya meninggal dunia.
Jikalau tidak, mungkin Nasir tidak dapat menjawab
kertas soalan itu dengan sebaik mungkin,
Kira-kira 2.30 ptg, pihak sekolah telah menghantar
beberapa orang pelajar ke rumah nenek kepada Nasiruddin,
yang juga ibu kepada Ustaz Asri untuk melihat arwah Ustaz Asri.
Gambar kenangan Ustaz Asri di Beijing
Hari ini, Peperikasaan Percubaan PMR masih dijalankan,
Kertas Pendidikan Islam dan Sejarah.
Kelibat Nasiruddin tidak kelihatan di sekolah.
Mungkin dia masih berasa tertekan dengan dugaan yang dihadapinya.
Arib tidak dapat banyangkan jikalau Arib seperti Nasir.
Lebih-lebih lagi PMR tinggal beberapa bulan sahaja lagi,
Dimana masa yang perlu banyak dorongan dari ibu dan bapa.
Petang ini, Arib ada baca artikel tentang pemergian Ustaz Asri di Internet,
Pilu Arib terasa apabila baca semua artikel-artikel ni.
Kat bawah ni Arib lampirkan link luahan ibu Nasir, isteri Ustaz Asri. Amat sedih.
Klik Sini
Pn. Haliza, Isteri kepada Ustaz Asri,
ibu kepada Nasiruddin menceritakan detik akhir
bersama Ustaz Asri pagi tadi
Ini pula Arib lampirkan link suasana di rumah ibu Ustaz Asri, petang semalam.
Klik Sini
Lagu Pergi Tak Kembali yang dinyanyikan oleh Arwah
sentiasa bermain di fikiran Arib sekarang ni...
Mari kita hayati seketika...
Pergi Tak Kembali
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi...
Kat bawah ni Arib lampirkan bebarapa gambar
ketika waktu Ustaz Asri masih ada lagi.
Senyumannya menawan, raut wajahnya bersih dan ceria.
Arwah dan ibu kesayangannya
Arwah bersama anaknya,
dari kiri Fathi (anak kedua), disebelah arwah, Nasiruddin (anak sulung).
Gambar ihsan dari laman MySpace Nasiruddin.
Arib bersama Ustaz Asri di
Hari Usahawan SMK Sebambut Jaya, 27 Jun 2009.
Dari kiri Mubarak, Ustaz Asri dan Arib.
Ustaz Asri Rabbani, hanya tinggal kenangan...
Anda semua juga boleh membuka laman blog peribadi Ustaz Asri,
Untuk mengetahui kisah peribadi beliau...
http://asrirabbani.blogspot.com/
Kepada Nasiruddin: Kuatkan semangat, Nasir. Inilah dugaan hidup,
semua telah ditentukan olehNya. Banyakkanlah berdoa kepada Allah.
PMR hanya beberapa bulan sahaja lagi,
diharapkan semangat PMR 9A yang ada pada diri Nasir dapat diteguhkan semula.
Semoga rohnya di rahmati Allah dan tergolong dalam ahli syurga. Amin.
Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment