• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Peribadi: Berkunjung ke Bookfest @ KLCC :D


Assalamualaikum,

Waa~ penatnya!
Dah la time puasa, pegi jalan2 pulak tuh, ish3.
Hah, tadi Arib, Adib (2nd adik) & Firdaus (kawan sekolah rendah Arib),
Berkunjung ke Bookfest dekat KLCC :)
Yang best nyer Arib pergi KLCC kalini naik bas RapidKL,
Haha, first time naik bas ni walaupun dah duduk kat KL ni selama 15 tahun ;P
Ingat nak naik LRT jer, tapi Firdaus ajak naik bas, murah sket :)





Before nak masuk ke Bookfest tuh, pegawai kesihatan akan memeriksa kesihatan
Setiap pengunjung supaya pengunjung yang berkunjung ke Bookfest tu
Bebas dari sebarang penyakit H1N1
Lepas diperiksa, pengunjung akan dilekatkan dengan pelekat bulat berwarna hijau
Yang menandakan pengunjung tersebut bebas H1N1
Wah! Tak sangka tempat macam ni pun kena check jugak, bahaya betul :O

Bookfest ni terbahagi kepada 5 hall dimana Hall 1, 2 & 3
Bahagian buku bahasa Mandarin yang didatangkan dari luar negara
Dan hall yang ke-4 dan ke-5 pula bahagian buku Bahasa Melayu dan English
Hampir dua jam jugak Arib habiskan masa kat hall 4 dan hall 5 ni
Macam2 buku ada, yang paling best ada potongan diskaun dari 20% hingga 70%
Rambang mata dibuatnya :D



Hmm, malas nak bercerita panjang, Arib lampirkan beberapa gambar di Bookfest tu.











Sekian sahaja coretan Arib untuk hari ini, Bye!


Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top