Peribadi: Mengapa Perlu Mansuhkan PPSMI?
Labels: PersonalSebelum tu, Arib nak tanya sikit,
Adakah perlu PPSMI dimansuhkan? Adakah anak-anak dan cucu-cucu kita yang mempelajari Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris akan hilang jati diri Melayu dan semangat nasionalis?
Tentu sekali tidak. Bagi Arib PPSMI perlu dikekalkan. Kebanyakkan pelajar Melayu kita pada hari ini masih menggunakan bahasa ibunda dalam komunikasi mereka. Bak kata pepatah: "Takkan hilang Melayu di dunia". Pepatah diatas bermaksud segala aspek Melayu takkan hilang sama sekali mahupun bahasa.
Salahkah kita mempelajari sesuatu ilmu itu dalam bahasa Inggeris?
Apakah erti MSC, Cyberjaya, broadband, globalisasi, angkasa lepas, industrialisasi dan bermacam-macam lagi konsep baru yang disuapkan kepada mereka, kalau sekadar belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris pun kita sudah menjadi kalut dan haru-biru.
Apakah kita sudah menyediakan perahu dan pengayuh untuk mereka harungi arus yang bergelora dalam tempoh 50 Tahun kedua?
Apabila kita sudah menjanjikan sebuah negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri menjelang 2020, janganlah pula kita mengundur ke belakang. Ukuran kejayaan dan kemajuan tidak statik. Ukuran kejayaan yang tinggi atau cemerlang yang diukur pada tahun 2020 tidak mungkin lagi sama pada 2057.
Sudah tentulah kita mesti menjangkau ke depan dan jangkauan kita mestilah lebih luas dan pantas.
Apa yang pasti, PPSMI adalah pendekatan dan penyelesaian terbaik yang telah diputuskan oleh Jemaah Menteri untuk menghadapi cabaran strategik Wawasan 2020. Salah satu daripada sembilan cabaran strategik Wawasan 2020 ialah melahirkan masyarakat yang berbudaya saintifik dan progresif.
Inilah teras kekuatan kepada negara yang menuju ke arah kemajuan sosio-ekonomi yang lebih mantap serta menghadapi cabaran dan persaingan global yang semakin sengit.
Sebaliknya, apabila isu PPSMI ini digembar-gemburkan, maka pemikiran dan persepsi masyarakat sudah berada di persimpangan. Kita sudah hilang arah tuju. Visi yang kita kongsi bersama untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020 dan bersama-sama menangani cabaran sudah tidak kita pedulikan lagi. Kita sudah hilang fokus.Memansuhkan PPSMI bererti undur dan lari daripada kenyataan dan tidak berpijak di bumi nyata serta 'mengalah' kepada kepentingan 'Cultural Nasionalist' yang kita pun tahu matlamat mereka.
Apalah ertinya semangat nasionalis kalau anak bangsa bukan sahaja tidak mampu bersaing dalam negara, malah gagal mendapat tempat dalam persaingan dunia tanpa sempadan yang lebih sengit. PPSMI tidak mungkin sama sekali menghapuskan Kemelayuan, Kecinaan atau Keindiaan.
Persimpangan yang kedua ialah menuju ke laluan penuh cabaran tetapi menjanjikan peluang-peluang yang baik, iaitu meneruskan dasar PPSMI dari sekolah rendah seperti yang dilaksanakan sekarang. Inilah yang terbaik untuk bangsa dan negara kita 50 tahun akan datang. Maka, kalau kita tahu ia baik, ikutilah laluan ini untuk ke destinasi yang hendak dituju.
Kalau enam tahun lalu ia keputusan yang tepat, apatah lagi sekarang dengan segala tuntutan dan cabaran baru yang mesti kita tempuh.
Dalam zaman dunia tanpa sempadan ini, janganlah kita memperkecil-kecilkan kebolehan dan keupayaan anak-anak Melayu luar bandar untuk belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Janganlah keadaan yang kita sendiri cetuskan menjadikan mereka golongan yang merasa diri mereka rendah diri.
PPSMI patut diteruskan. Berilah peluang kepada anak-anak kita memperolehi sesuatu yang baik ini demi masa depan mereka.
Apa yang penting diteliti bersama oleh semua pihak ialah aspek menambah baik pelaksanaannya. Bagaimana pelaksanaan PPSMI itu dapat dijalankan dengan lebih berkesan supaya memberi faedah yang maksimum kepada pelajar.
Sekian sahaja post Arib untuk hari ini. Assalamualaikum.
Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.
2 Comments:
assalamualaikum arib...
pas baca entry awk yg ini..
saya pun terfikir macam awak gak..
tapi awak tahu tak menurut perlembagaan negara malaysia: BAHASA MELAYU merupakan bahasa pendidikan.
So, benda ni agak susah kita nak perkotak-katikkan. Dah ada kat undang2 tertinggi kerajaan kita..
cik nabihah...awak perlu teliti perlembagaan tersebut...perkara 152 mengiktiraf bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan namun bahasa lain masih lagi boleh digunakan dalam perkara tertentu iaitu hubungan luar negara,laporan jabatan hasil dalam negeri,pengajaran dlm bdang perubatan,sains dan teknologi dan perkara yg berkaitan dgn latihan oleh pakar asing...Akta Pendidikan 1996 melatakkan bahsa melayu sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan namun di dalam seksyen 17(1) turut memberi kuasa kpada menteri untuk mengecualikan penggunaannya...
Post a Comment