• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Peribadi: Gerhana Matahari :O

Assalamualaikum,

Arib nk maklumkan kat sini bahawa
Fenomena Gerhana Matahari akan brlaku esok
Tarikh: 26 Januari 2009
Masa: 4.31 pm (Start), 5.50 pm (Puncak Gerhana), 6.58 pm (Tamat)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa yang mempunyai 60%-80% proses gerhana ini pada kira-kira jam 4.30 petang pada 26 Januari ini. Peratusan ini bergantung kepada kawasan atau pun zon di Malaysia.

Kawasan atau zon selatan mengalami peratusan gerhana yang tinggi dan semakin berkurang ke utara ini kerana Gerhana penuh matahari ini berlangsung di Indonesia selama 3 jam 46 minit bermula dari lautan Hindi ke sebelah Barat Indonesia.




Dalam satu kenyataannya semalam, Angkasa berkata fenomena itu berlaku apabila bulan merentas di hadapan matahari, tetapi tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan lebih kecil daripada matahari.

Antara tempat yang boleh dikunjungi untuk menyaksikan proses gerhana ini ialah di USM, Pulau Pinang, Planetarium Negara Kuala Lumpur, Balaicerap Universiti Darul Iman (KUSZA), Terengganu, Balaicerap Al-Khawarizmi, Melaka dan Planetarium Iskandar di Kuching Sarawak.

“Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa pada kira-kira jam 4.30 petang apabila bulan mula menyentuh cakera matahari. Keadaan ini dikenali sebagai ‘sentuhan pertama’ iaitu permulaan gerhana matahari separa,” kata kenyataan itu.” Angkasa menjemput orang ramai menyaksikan fenomena itu dengan menyertai program pencerapan gerhana matahari separa yang dianjurkannya secara percuma mulai pukul 4.30 petang hingga 7 malam pada 26 Januari ini di Planetarium Negara Kuala Lumpur.

Antara aktiviti pada hari berkenaan ialah tayangan filem SOS Planet di Teater Angkasa pada 5 petang dan tayangan laser The Legend of the Night Sky.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke Planetarium Negara, mereka boleh menyaksikan siaran langsung Gerhana Matahari Separa mulai pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang pada 26 Jan melalui laman web www.angkasa.gov.my

Gerhana Matahari turut dapat dilihat pada 22 Julai 2009 dan 15 Januari 2010.

Jadi, kalau korang nk tengok gerhana nih,
Pergilah ke Planetarium Negara esok
Bwk satu family, tengok ramai2



Kalau korank nk tahu
Arib ni mmg minat dgn bidang astronomi
Sebab tu Arib post pasal gerhana matahari nih

Okey,
Itu je kowt post untuk harini
Bye :D


Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top