• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Ulasan: Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich Pada Xperia Series (Xperia Mini)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Hi anda semua! Hehe, harini Arib nak buat ulasan sikit mengenai update terbaru Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich yang ada pada model Xperia tahun 2011. Salah satu model yang Arib berkesempatan untuk mencuba versi terbaru Android ni ialah Xperia Mini. So, klik 'read more' untuk selanjutnya!


Segala persoalan yang menjadi tanda tanya segenap pengguna model telefon Xperia tentang tarikh kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich kini sudah pun berakhir apabila pihak Sony telah melancarkan fasa pertama versi update tersebut bermula pertengahan bulan April 2012 yang lalu.

Antara model-model Xperia yang termasuk dalam update ini ialah Xperia arc S, Xperia neo V dan Xperia ray. Manakala untuk fasa kedua pula dilancarkan pada seawal bulan Jun dan model yang termasuk dalam fasa ini ialah Xperia arc, Xperia neo, Xperia mini pro, Xperia pro, Xperia active, Xperia mini, dan Sony Ericsson Live with Walkman. Walau bagaimanapun, sejumlah besar pengguna Xperia Mini dan Live with Walkman di Malaysia masih tidak mendapat sebarang update dan ini mungkin mengambil masa dalam seminggu dua lagi untuk dilepaskan kepada pengguna.

Dalam ulasan kali ini, walaupun update ICS untuk Xperia mini masih belum tiba di Malaysia melalui PC Companion (ketika saat ulasan ini ditulis), Arib berkesempatan untuk mencubanya terlebih dahulu dengan menggunakan cara manual update. Versi dan firmware yang digunakan dalam ulasan ini ialah 4.1.B.0.431 yang membawakan fungsi yang sama dengan automatic update yang bakal tiba tidak lama lagi pada Xperia mini.


Jika anda merupakan pengguna biasa dan Xperia anda tersenarai dalam versi update, boleh mengikuti tutorial yang saya sediakan di sini: (link)

Jika anda seorang yang mahir dalam menggunakan teknik 'flash firmware', atau Xperia anda tidak mendapat update lagi, anda boleh rujuk link ini untuk mendapatkan update model Xperia anda secara manual di sini: (link)

Penafian: Cara manual update ini sangat-sangat tidak digalakkan dan mungkin akan menyebabkan Xperia anda bricked (rosak) jika tersalah buat atau terkeluar dari waranti. Seelok-eloknya tunggu sehingga official update tiba bagi Xperia yang belum mendapat update tuu.

Tanpa membuang masa lagi, jom kita ke bahagian ulasan Android 4.0 Ice Cream Sandwich pada Xperia Mini!

Boot Screen


Boot screen telah digantikan dengan perkataan Sony berbanding perkataan Sony Ericsson pada versi Android 2.3. First impression bila tengok logo tuu serius macam 'whoaaaa' kejap. Selepas perkataan Sony muncul, perkataan 'Xperia' pula keluar sehinggalah proses boot tamat.


Home Screen


Actually, tak banyak perubahan yang berlaku pada home screen cuma dari segi icon ada sedikit perubahan yang kelihatan. Interface dengan 4 bucu masih dikekalkan. Secara default, wallpaper pada Home Screen Android 4.0 ICS pada Xperia didatangkan dengan corak yang hadir pada Xperia S. Cuma dalam update ini, corak tersebut hadir dalam keadaan wallpaper statik dan bukannya animated seperti mana yang ada dalam Xperia S.


Lock Screen

Perubahan yang boleh dilihat lagi adalah pada paparan Lock Screen. Paparan kali ini hadir dengan slider untuk unlock dan juga slider untuk aktifkan camera app. Sebelum ini slider didatangkan dengan fungsi untuk unlock dan silent sahaja. Mungkin atas sebab trend pengguna sekarang yang gemar mengambil gambar, slider telah digantikan dengan seretan ke kiri untuk camera app.


Notification Menu

Perubahan ketara yang boleh dilihat pada versi update Android 4.0 ICS pada Xperia mini ialah fungsi Notification Menu. Fungsi ini hadir dengan paparan maklumat notification yang lebih baik. Pengguna juga boleh menghilangkan sesuatu notification dengan mengheret notification tersebut sama ada ke kiri atau pun ke kanan.


Paparan Menu

Paparan menu masih dikekalkan sama dengan paparan grid aplikasi 3x4. Berikut merupakan paparan menu serta senarai aplikasi yang hadir pada Android 4.0 ICS untuk Xperia mini.



Web Browser

Web browser pada Android 4.0 ICS hadir dengan paparan ringkas serta fungsi tab yang diperbaharui. Paparan tab dipaparkan dalam bentuk thumbnail dan pengguna hanya perlu mengheret ke kiri atau ke kanan untuk 'close' tab. Selain itu, beberapa fungsi yang turut hadir dalam web browser pada versi Android ini ialah sokongan untuk 'request desktop site' dan juga 'save for offline reading'.


Gallery

Update Android 4.0 ICS pada versi Xperia ini hadir dengan dua aplikasi Gallery. Satu merupakan Gallery yang disediakan oleh pihak Sony untuk memaparkan gambar dalam bentuk 3D dan satu lagi merupakan Gallery yang disediakan oleh Google untuk versi Android 4.0.


p/s: Kesemua gambar yang berada dalam Gallery adalah kepunyaan adik saya.

Setting Menu

Perubahan yang jelas dapat disaksikan ialah Setting menu yang serba baru. Melalui Setting ini, urusan untuk mengurus sambungan WiFi dan juga Bluetooth dipermudahkan kerana fungsi ini hadir pada paparan utama Setting.


Selain itu, fungsi Setting menu juga hadir dengan fungsi Data Usage yang membolehkan pengguna melihat penggunaan atau mengawal data internet. Disamping itu juga, paparan memory pada Setting juga diperbaharui dengan paparan grafikal berwarna.


Selain itu, turut mendapat perhatian saya ialah fungsi development tool. Fungsi ini membolehkan pengguna tweak kelajuan sistem dan melalukan sedikit perubahan pada setting grafik.


Task Manager

Perubahan besar yang dapat disaksikan dalam versi Android 4.0 ICS adalah dengan kehadiran task manager yang baru. Task manager pada versi Android ini hadir dengan paparan 'live' thumbnail, membolehkan pengguna untuk melihat aplikasi yang sedang berjalan dengan mudah. Pengguna juga boleh membuang senarai aplikasi dalam task manager ini dengan mengheret thumbnail ke kiri atau ke kanan.


Paparan Senarai Widget Yang Diperbaharui

Paparan untuk memilih widget kini hadir dalam paparan menegak dengan senarai widget. Pengguna boleh memilih widget dengan mengheret paparan widget ke atas dan ke bawah dan hold (tekan lama-lama) untuk meletakkan widget pada paparan home screen.


'Power button + Volume down' untuk Screenshot

Sebelum ini, pengguna Xperia model 2011 perlu hold (tekan lama-lama) button Power (on/off) dan pilih 'Take Screenshot' untuk mengambil screenshot pada phone. Cara ini barangkali terasa agak tidak praktikal dan leceh untuk digunakan terutama sekali untuk mengambil screenshot game ataupun video. Pada update Android 4.0 ini, urusan mengambil screenshot dipermudahkan yang mana pengguna hanya perlu hold 'Power button + Volume down' secara serentak. Screenshot boleh diakses melalui Gallery dan disimpan secara automatik dalam folder E:/Pictures/Screenshot.

Kegunaan Seharian

Untuk ketahanan bateri, di sini saya masih boleh katakan, penggunaan sistem Android 4.0 cepat makan bateri pada Xperia ini. Ini kerana sistem Android 4.0 sejak azali lagi memang dicipta untuk telefon dengan spesifikasi tinggi. Memang korang akan aware bateri korang akan cepat habis berbanding ketahanan bateri pada Android 2.3. So kalau korang tak kisah sangat pasal ni, boleh lah update lepas ni, hehe.

Dari segi performance, boleh dikatakan agak baik untuk penggunaan harian walaupun saya ada perasan ada sedikit 'kurang kelancaran' ketika membuka sesuatu aplikasi. Walau bagaimanapun, jika anda seorang yang kaki game bergrafik tinggi, saya tidak syorkan anda untuk update ke versi ini kerana kebanyakan game daripada Gameloft terasa lambat untuk startup dan loading. Kadangkala, tengah-tengah syok bermain game, tiba-tiba terkeluar secara sendiri. Ini membuatkan saya facepalm.jpg. Kalau setakat nak main Draw Something, burung tembak oink-oink itu lain cerita.

Konklusi

Apapun, segala penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak Sony dalam versi update Android 4.0 ini ternyata dapat memuaskan hati pengguna. Fungsi yang ditawarkan serta penambahbaikan user interface yang berada dalam versi Android 4.0 ini sememangnya dinanti-nantikan oleh pengguna Xperia buat sekian lama. Fungsi seperti 'Live' task manager, lock screen dengan option untuk ke kamera, notification menu yang diperbaharui sangat mengujakan saya ketika pertama kali mencubanya.

Pihak Sony juga bijak mengambil hati pelanggannya. Xperia model 2011 yang boleh dikatakan agak lama ini masih lagi boleh diterima ke versi update Android 4.0. Tidak seperti pencabar terdekatnya, model keluaran tahun lepas yang berharga bawah RM1000 tidak termasuk dalam versi untuk update ke Android 4.0 ICS. Update untuk Galaxy W masih tidak kedengaran walaupun spesifikasi model tersebut boleh dikatakan agak canggih. Galaxy Y usah kata, memang sejak awal lagi tidak dapat untuk update ke ICS. Sangat rugi bagi mereka yang mempunyai budget bawah RM1000 dan membeli telefon daripada syarikat ini. Plastik. *uhuk-uhuk*

Segala fungsi yang ditulis dalam ulasan ini mungkin kelihatan sedikit persamaan dan boleh didapati pada Xperia model 2011 yang lain. Cuma beberapa fungsi seperti Face Unlock tidak diuji pada Xperia Mini kerana ketidakhadiran kamera hadapan pada model ini. Apapun, setelah korang dapat update nanti, pengalaman menggunakannya mungkin sedikit berbeza dengan apa yang ditulis. Mungkin ada yang laju kea, bateri tahan lama kea, mana tahu? Sebab semua bergantung kepada penggunaan seseorang, hehe. Okay, bagi korang yang mempunyai model Xperia 2011 yang boleh diupdate ke Android 4.0 Ice Cream Sandwich, boleh klik link di bawah.

KLIK SINI UNTUK UPDATE XPERIA KE ANDROID 4.0 ICE CREAM SANDWICH!

KLIK SINI UNTUK UPDATE XPERIA KE ANDROID 4.0 ICE CREAM SANDWICH!

Hee, sekian sahaja untuk ulasan kali ini. Korang ada sebarang soalan dan petanyaan boleh dikemukakan pada ruangan komen di bawah. Terima kasih kerana membaca yea! Sekian, wassalam.

Nota Arib: Bagi korang yang berhajat nak angkat model Samsung Galaxy bawah RM1000 macam Galaxy Mini 2 atau Galaxy Y, better korang lupakan dan baik beli model Xperia sebab Samseng tak umum apa-apapun untuk update phone tu ke ICS. Harga kebanyakan model Xperia ni pun banyak bawah RM1000 dan paling best, boleh support ICS. Harga Xperia mini sekarang ni RM430 kat Low Yat. Fungsi dan spesifikasi jauh lebih baik daripada Galaxy Y (RM499?!) yang ASDFKGKLSLFW. *maaf Galaxy Y user -.-

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

1 Comments:

Ley Chelsea said...

Xperia arco S terbaik..

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top