• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Cara-Cara Mengemaskini Xperia (Model 2011) Ke Android 4.0 Ice Cream Sandwich

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Wehihihi, apa khabar semua! Korang ada phone Xperia model 2011? Dah update ke Android 4.0 Ice Cream Sandwich? Belum lagi?! Hahh, meh meh meh update Xperia korang tuu ke Android 4.0 ni. Best! Rugi korang tak update lagi, mwhehehe. Okaylah, klik 'read more' untuk selanjutnya!


Penantian untuk mendapatkan update ke Android 4.0 Ice Cream Sandwich bagi model Xperia berakhir apabila pihak Sony telah melancarkan versi update tersebut sejak pertengahan bulan April 2012 yang lalu. Antara model-model Xperia yang termasuk dalam update ini ialah Xperia arc, Xperia neo, Xperia mini, Xperia mini pro, Xperia pro, Xperia active dan Sony Ericsson Live with Walkman. Update telah dibahagikan kepada beberapa fasa seperti maklumat yang berikut (mengikut masa update di Malaysia):

Fasa 1 (pertengahan April 2012) - Xperia arc S, Xperia neo V dan Xperia ray
Fasa 2 (awal bulan Jun 2012) - Xperia arc, Xperia neo, Xperia mini pro, Xperia pro, dan Xperia active
Fasa 2 (masih tidak mendapat update lagi) - Xperia mini dan Sony Ericsson Live with Walkman *korang follow jea tutorial ni dulu. kalau update dah sampai untuk model Xperia ni, bagitau saya yea.

Jika korang perasan, salah satu model yang telah terkeluar daripada senarai update ke ICS ialah Xperia Play. Demi untuk menjaga prestasi dan stabiliti untuk gaming, pihak Sony mengambil keputusan untuk tidak menaik taraf Xperia Play ke Android 4.0 dan sebaliknya akan kekal dengan Android 2.3.

Perkara Yang Perlu Tahu Sebelum Update

1. Perlu diingatkan bahawa keperluan sistem Android 4.0 adalah sangat tinggi berbanding update-update yang sebelum ni. Jadi, segala kelancaran, kelajuan, dan prestasi Xperia korang mungkin akan slow sikit. *Bukan slow sangat, tapi slow sikit, sikit jea.

2. Setiap update Android 4.0 yang berjaya tidak boleh didowngrade ke Android 2.3.

3. Beberapa application dan games mungkin tidak sesuai atau boleh digunakan pada Android 4.0. Korang boleh explore Google Play Store untuk mendownload apps dan games yang support dengan Android 4.0 Ice Cream Sandwich.

4. Sokongan Adobe Flash Player akan disable secara default. Walau bagaimanapun, sokongan ini boleh diaktifkan semula dengan mendownload Adobe Flash Player di Google Play Store.

Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita ke bahagian tutorial update ke Android 4.0!

Tutorial Update Xperia Ke Android 4.0 ICS

A. (Preparation) Download dan Install PC Companion


1. Download dan Install Sony PC Companion di sini: http://www.sonymobile.com/in/tools/pc-companion/

Penafian: Tutorial ini hanya untuk Xperia model 2011 yang mendapat update secara rasmi daripada Sony Ericsson sahaja. Pengguna Xperia Play, Xperia X10, X10 mini, X10 mini pro, Xperia X8, dan W8, harap maaf, model tersebut tidak mendapat update secara rasmi ke Android 4.0 ICS.

Nota: Pastikan korang mempunyai sambungan internet yang stable (tak terputus secara tetiba) dan sekiranya menggunakan WiFi, pastikan WiFi yang diconnect mendapat keizinan dan tahu masa bila WiFi ditutup (guna WiFi jiran secara haram tak pasal-pasal dia off tetiba baru padan muka) demi untuk menjaga sambungan internet supaya tidak interrupted.

B. Update Xperia Ke Android 4.0 Ice Cream Sandwich

1. Bukak software Sony PC Companion yang telah diinstall tadi

2. Connect USB cable pada Xperia dan sambungkan dengan komputer. Tunggu sehingga sambungan berjaya (connected). Setiap sambungan yang berjaya akan terpapar seperti di bawah.


3. Lihat pada status update di bahagian atas PC Companion. Sekiranya status 'update is available', tunggu beberapa ketika sehingga satu window untuk update muncul secara automatik. Tekan 'Update'.


4. Tekan 'Accept'


Nota: Sony PC Companion akan backup file korang seperti setting dan juga data peribadi korang seperti contact. File-file dalam memory card tidak akan diusik. Akan tetapi, segala application yang korang install pada Xperia sebelum ni akan hilang serta merta dan akan didownload semula secara automatik melalui Google Play Store.

5. Tekan 'Continue'


6. Tunggu sehingga update berjaya. Jangka masa update bergantung pada internet speed korang. Masa ni korang boleh lah pergi buat kopi kea, sidai kain kea, memasak kea atau buat perkara lain.


7. Sekiranya berjaya, update akan ke paparan '4. Finish' dan klik saja 'Next'.


8. Disconnect Xperia korang dan tekan 'Finish'


9. Turn on Xperia korang dan tunggu lebih kurang beberapa minit untuk first boot.


10. Tadaa! Selamat menikmati Ice Cream Sandwich! :3


Nota: Tutorial yang sama juga boleh digunakan pada Xperia (model 2012) seperti Xperia Sola, Xperia P, dan Xperia U sekiranya update Android 4.0 Ice Cream Sandwich tiba nanti. Xperia S yang juga Xperia model 2012 kini sudah boleh menerima upgrade ke Android 4.0 dengan menggunakan cara di atas ini.

Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam.

Nota Arib: Hehe, bagi korang yang dah berjaya update tuu, bolehlah share comment kat bawah ni atau like post ni yea. Ada apa-apa nanti boleh tanya ;)

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

7 Comments:

aida azni abd razak said...

dah tukar dah tp..... sedih gile tak jumpe kat mane nak buat screenshot..ade yg kate mmg akan hilang bila kite update ke ics (boleh tolong pastikan tak dik?) pastu internet slow gile sblm update ok laju je...eerrhhhgggg...rase nyesal lak tukar ke ics ;/ pengguna arc's
akak ade komen yg awak kate kena hold kat volume kan, tp pon x boleh jugak nak buat screenshot tu..

Anonymous said...

klu nk bwat screenshot, kne hold pOwer ngn Volume down serentak...

i m not uncle said...

Nak tumpang tnya plak lehh!! Walau pun xdak berkaitan dengan tajuk diatas....sya menggunakan xperia neo v....saya telah menformat sd card so semua file yang original dh hilang dan aq lupa nk simpan dkt pc....adakah file yng hilang 2 akan menjejaskan prestasi my xperia... Harap bantuan !!!!!

shook said...

Salam bro. Kalau utk xperia sola bila nak kuar update utk upgrade ke ICS ni? Dah berkurun menunggu.. Thanks

shafaril said...

kalau dh root leh update gak ke?

shafaril said...

kalau dh root leh update gak ke?

Unknown said...

Nak tanya kalau nak tukar keyboard ad gamba kita cam mna nak downlaod dy ckp mmg ad dlm fone xperia =(

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top