Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera ;D
Mungkin ramai yang tercari-cari senarai harga smartphone Nokia yang terbaru ni dekat Malaysia. Yeah, ini dia. Klik '
read more' untuk selanjutnya?

Untuk pengetahuan korang semua, Nokia baru sahaja melancarkan tiga smartphone yang dikuasai dengan sistem operasi terbaru Symbian iaitu Symbian Belle. Pelancaran Symbian Belle pada tempoh hari sememangnya telah membuka mata dunia atas perubahan drastik pada sistem operasi Symbian terbaru itu.
Berikut Arib senaraikan harga dan sedikit spefikasi mengenai 3 smartphone Nokia yang baru dilancarkan ini:
Nokia 600 - "Smartphone Nokia Paling Lantang"
- Sistem operasi Symbian Belle dengan processor 1Ghz
- Kamera 5MP, Rakaman 720P HD
- Skrin sentuh 3.2” beresolusi 360×640
- Harga Pasaran: RM 740

Nokia 700 - “Smartphone Nokia Paling Kompak”
- Sistem operasi Symbian Belle dengan processor 1Ghz
- Kamera 5MP, Rakaman 720P HD
- Skrin sentuh 3.2” beresolusi 360×640 dengan Clear Black Display dan Gorilla Glass
- Harga Pasaran: RM1025

Nokia 701 - “Smartphone Nokia Paling Terang"
- Sistem operasi Symbian Belle dengan processor 1Ghz
- Kamera 8MP, Rakaman 720P HD
- Skrin sentuh 3.2” beresolusi 360×640 dengan paparan IPS LCD Panel
- 3 kali lebih terang daripada iPad dan 2 kali lebih terang daripada iPhone 4
- Harga Pasaran: RM1130

Di bawah ini Arib sertakan sekali dengan harga terkini dan spefikasi Nokia N9 yang juga menjadi topik hangat sejak pelancaran smarphone ni.
Nokia N9 - Peranti Meego Nokia Tanpa Butang
- Sistem operasi MeeGo Harmattan 1.2 dengan processor 1Ghz
- Skrin sentuh 3.9” CBD Amoled dengan beresolusi 854×480
- Kamera 8MP, Auto Focus, lensa Carl Zeiss dengan rakaman 720P HD
- MeeGo OS dengan pengawalan Swipe
- Harga Pasaran RM1799 (16GB) dan RM2088 (32GB)

Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam.
p/s: Di antara smartphone Nokia di atas, mana satu menjadi pilihan korang?
Kredit:
[Link]
0 Comments:
Post a Comment