• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Events: PIKOM PC Fair 2011 (I) Day 2 Coverage

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Hello hello! Hohoho, hari ni dapat jalan-jalan lagi dekat PC Fair 2011 hari kedua. Nak tau lebih lanjut? Klik 'read more' untuk selanjutnya!


Yeah PC Fair, I'm coming again, woohoo! Hohoho, hari ni Arib jalan-jalan lagi dekat PC Fair 2011 ni. Woah, suasana dekat sini lagi bertambah sesak daripada semalam! Aduh, berhimpit-himpit jugak kat dalam tuu, serius rasa panas, berpeluh-peluh dibuatnya.

Okayy, sebenarnya hari ni Arib nak cari Digital Camera yang berharga below RM200. Masa Arib dekat Asrama SMK Segambut Jaya dulu, dari form 1 sampai lah form 4, kalau nak tangkap gambar, semua pakai handphone. Kalau dekat Asrama Kompleks Seri Bintang ni, tau jew bawak handphone habis kena gantung asrama 14 hari, tu yang risau nak bawak tu, hohoho. Memandangkan kat asrama ni banyak event yang penting-penting, nak tak nak kena beli jugak satu Digital Camera sendiri, hohoho. Before that, jom tengok gambar-gambar sepanjang PC Fair 2011 hari kedua ni berlangsung ;)







Fujifilm Digital Camera, 14 Megapixel, RM299 :D




Cepat cepat! Netbook murah tinggal lagi 5 jewlagi!


Ada orang tanya, memory card SD berapa. Okay, ni dia harganya.


Printer HP, RM99! *okay, printer kat rumah tu dah rosak. nanti esok aku sambar satu, hehe.

Masa jalan-jalan kat PC Fair hari ni, tiba-tiba rasa nak survey Android phone. Hehe, sajew nak tengok-tengok. Hahh, selepas survey dibuat, Arib tertarik dengan phone Android yang pakai Android 2.2 Froyo ni, satu dari CSL dan satu lagi dari LG iaitu model Optimus Me sebab harga dia RM599 jewwww! Woohoo! *jewww?! mana nak korek duit? =,=




LG Optimus Me, Rm599 ;)

Waachaaa! Hehe, akhirnya jumpa jugak Digital Camera below RM200. Wahaa, jenama Olympus lagi. Apa lagi, terus tanya tauke kedai tu mintak camera demo. Selepas membelek-belek kamera tuu, okay bos, kasi satu!



Jeng jeng jeng! Ni la dia Digital Camera bawah RM200 tuu. Hehe, welcome Olympus T-10!







Bagi yang belum berkunjung lagi, datanglah beramai-ramai ke PIKOM PC Fair 2011 (1) yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center dari 15-17 April 2011. Dibuka dari 11 pagi sehingga pukul 9 malam. Okaylah, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yeaaa! Sekian, wassalam ;)

Nota Arib: Esok last day PC Fair! Pergi jangan tak pergi! ;D

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top