• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Events: PC Expo 2011 @ Mid Valley Exhibition Centre

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Hello hello! Alahai, lama betul tak update blog ni. Maaf sangat-sangat, duduk asrama ni dua minggu sekali baru boleh update. Hah, semalam Arib berkesempatan untuk mengunjungi PC Expo 2011 di Mid Valley Exhibition Centre. Nak tahu lebih lanjut? Klik 'read more' untuk selanjutnya!


Yeah, PC Expo datang lagi! Huhuu, rasa macam baru jew Mid Valley ni buat PC Expo. Tak silap bulan November 2010 lepas ada PC Expo 2010 kat sini. Tup tup, baru bulan Mac dah ada PC Expo untuk tahun 2011.



Hohoho, macam biasalah, kalau PC Expo mestilah jual peralatan komputer dan gadget. Secara keseluruhannya, susunan kedudukan booth sama seperti Malaysia IT Fair yang baru diadakan pada bulan Januari 2011 yang lalu. Bermula dengan booth menjual PC dan Notebook berakhir dengan booth speaker.


HTC Mozart! *serius lawa handphone ni, hohoo~


Penjualan Nokia E7 sudah bermula di Malaysia, yayy!

Hah, apa yang menarik perhatian Arib pada PC Expo kali ini ialah, harga Portable Hard Disk sudah menurun mehh! Kat sini korang boleh dapatkan Portable Hard Disk 1 TeraByte (1000GB) versi USB 3.0 dengan harga RM199. Portable Hard Disk 1 TeraByte versi USB 2.0 boleh didapati dengan harga RM185. Fuhh, serius cair!





Kalau harga Portable Hard Disk dah menurun, barangan komputer yang lain pun menurun jugak, hehehe. Bagi korang yang teringin nak beli iPad tapi tak mampu, korang boleh dapatkan AndroidPad dengan harga serendah RM469. Beg laptop pulak boleh didapati serendah RM29, wohoo!




Kat bawah ni antara gambar yang Arib sempat tangkap ;)


E'ehh, logo Processor baru Intel. *yang lama lagi lawa kowt -___-


Handphone second hand pun ada jual jugak kat sini? Wahh!


Kamera Digital RM299. Fujifilm win!


Senarai harga MP3, MP4 dan MP5 player :D


Memory Card MP3 Player, RM29. Pastikan ada MicroSD baru boleh masuk lagu dalam ni, hohoho~


Portable Speaker ;)


Earphone bola snooker, woohoo!


Stand Pelocok Tandas, huhuu~

Sekian sahaja laporan untuk PC Expo 2011 kali ni. Bulan April nanti ada PC Fair 2011 pulak, hehehe. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam :)

Nota Arib: Kenapa sepanjang dua minggu ni wajah handphone Android sentiasa bermain-main di fikiran dan menghantui aku ketika belajar di dalam kelas? Serius susah nak fokus. Oh tidak!


Tunggu kau Android, Insya'Allah aku sambar kau nanti, hohoho~

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top