Events: Digital Lifestyle Expo 2010, Day 2 Coverage
Labels: EventsAssalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D
Hello hello semua! Yeah, hari ni dapat jugak Arib mengunjungi ke PIKOM Digital Lifestyle Expo 2010 dekat Kuala Lumpur Convention Centre tadi. Semalam tak dapat pergi sebab Arib berada kat Johor. So, hari ni jalan-jalan la kat sana untuk melihat sejauh mana event terbaru anjuran PIKOM ni. Best ker tak? Hee, klik 'read more' untuk selanjutnya!
Digital Lifestyle Expo 2010 merupakan acara anjuran PIKOM yang diadakan buat kali pertama di Malaysia. Bertepatan dengan namanya, ekspo ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada pengguna untuk merasai pengalaman dengan dunia elektronik pengguna dan komunikasi di bawah satu bumbung Digital Lifestyle Expo. Terdapat enam elemen utama yang dipamerkan di sini antaranya 3Cs Pavilion (memaparkan bahagian 'consumer electronics', 'computers' dan 'communications'); 3D/LED TVs dan AV / Home Entertainment; DCIM (membawa maksud Digital Camera, Imaging dan Media); ICT/Multimedia/Devices; Games; dan akhir sekali Mobile/Broadband/Wireless sebagai laluan baru kepada pengeluar untuk mengetengahkan produk mereka kepada pengguna.
Huhh, serious Arib cakap, Arib tak beberapa suka dengan Digital Lifestyle Expo ni. Arib tak tahu kenapa PIKOM gantikan PC Fair 2010 yang ketiga dengan Digital Lifestyle Expo. Hurmm, dah lah satu tingkat jew. Booth yang ada pun kebanyakan yang branded, huhh! Saya nak PC Fair balik! Saya rindu dengan suasana lelong barang dekat PC Fair, saya rindu dengan MP3 murah, saya rindu dengan ruangan PC Guru, saya rindu segalanya dekat PC Fair! Dan sebentar tadi, Arib dah bukak website PIKOM dan pihak PIKOM mengatakan PC Fair 2011 ada, yayy! Hurmm, baru ingat nak beli macam-macam untuk last PC Fair 2010, tapi Digital Lifestyle Expo ni pulak 'menyibuk' -____-
Serious, beg laptop ni mahal. Kat PC Expo 2010 @ Mid Valley haritu RM35 jew.
Serious parah, pendrive yang jenama tak beberapa popular pun mahal -___-
Ini lagi parah, MP3 1GB takde skrin, RM99, FFFFUUUU!
Okay, mungkin ada sesetengah pembaca yang nak tau harga pendrive kat sini. Hurmm, bagi Arib, still mahal! Semalam Arib pergi tengok PC Expo kat Batu Pahat, satu pendrive 4GB RM20 jew. Kat sini paling murah pun RM22, aiyoo. *RM2 pun nak berkira ker? haha.
Sandisk Cruzer Blade 4GB, RM22. Itu lah yang paling murah kat sini -,-
Anyway, ada jugak booth yang menawarkan gadget dengan harga yang dikira berpatutan kat sini. Tapi malangnya, tidak sebanyak, semurah, dan semeriah di PC Fair :(
Portable Hard Disk 1 Terabyte, RM 205 ;D
Froyo paling murah boleh didapati dekat booth Huawei, hehe.
Cermin mata 3D anaglyph, sepasang RM18, hohoho.
Booth A4 Tech yang best. Wireless mouse boleh didapati serendah RM29.90
2 barang RM10, wohoo!
Hee, walaupun tak semeriah macam dekat PC Fair, Digital Lifestyle Expo 2010 still best lah untuk korang pergi sebagai pengisian untuk hari minggu ni, hee. Apa yang best, kat sini korang boleh cuba banyakkkkk gadget yang selama ni korang idamkan. Nak main Xbox Kinect ker, nak try spek mata 3D ker, nak test iPad ker, nak test laptop baru ker, semua boleh! Dan yeah, korang boleh cuba gadget terbaru HTC yang menggunakan Windows Phone 7, HTC HD7 kat sini, yayy! So sesiapa yang jealous tengok reviewer Maxis 10 tu buat review, mehh lah datang sini. Ramai-ramai kita serbu booth Maxis! xD
So, bagi yang belum pergi tu, korang boleh berkunjung ke Digital Lifestyle Expo ni esok, 12 Disember 2010 yang bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. Dan apa yang penting, masuk adalah percuma, yayy! Hahh, apa lagi? Ajaklah mak, abah, adik, kakak, abang, atok, nenek, pakcik, makcik, Cik Joyah sebelah rumah datang kat sini dari pukul 11 pagi hingga pukul 9 malam. Senang cerita, datanglah beramai-ramai! ;D
Sekian saja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam :)
Editor: Letih -,- Lepas pergi Digital Lifestyle Expo ni, pergi Jom Heboh pulak, haha =="
Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment