• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Events: PC Expo 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Hello hello! Okay, hari ini Arib berkesempatan untuk berkunjung ke PC Expo 2010 di Mid Valley Exhibition Centre. Yeah, sebagai seorang peminat teknologi, pameran-pameran teknologi sebegini merupakan event yang wajib dikunjungi, hehe. Sebelum ni, Arib banyak berkongsi cerita dan pengalaman semasa mengunjungi ke pameran PIKOM PC Fair selama hampir dua tahun di blog ni. Mana tidaknya, dengan pameran-pameran inilah yang dapat memberi pengalaman kepada pencinta teknologi seperti Arib ni untuk mencuba gadget-gadget terbaru. Okaylah, jom kita tengok apa yang ada di sini. Klik ‘read more’ untuk selanjutnya!


PC Expo merupakan pameran teknologi yang diadakan setiap tahun bagi mempromosikan gadget-gadget terkini yang didatangkan dari dalam mahupun di luar negara. Pameran ini menawarkan kepada pengguna untuk memiliki barangan-barangan teknologi dengan harga yang cukup berpatutan. Tidak dilupa juga, PC Expo yang menjadi acara tahunan ini turut mendedahkan informasi tentang penggunaan teknologi kepada pengunjung seperti penggunaan jalur lebar khususnya disamping menikmati tawaran dan perkhidmatan yang disediakan. Dengan pameran sebegini sekali gus telah mendekatkan jurang teknologi antara pengeluar dan pengguna teknologi itu sendiri.


Yeah, best betul kat sini, semua gadget boleh 'test', haha.


Alienware yang tak mampu untuk dimiliki, huwaaa~


Vaio, Vaio, Vaio~ Rainbow~


HTC Touch Diamond2 :) hoho, apa yang mampu, test test je la -___-


DSLR ! entah bila nak dapat benda ni , huhuu~


Tak beli pun takpelah , janji boleh test , hee ;D say cheese !

Okay, apa yang Arib boleh kongsikan di sini, PC Expo 2010 ni tidak jauh bezanya dengan PIKOM PC Fair yang selalu Arib pergi tu. Kalau dari segi keluasan pameran, PIKOM PC Fair lagi besar dan luas pamerannya berbanding PC Expo 2010. Yelaa kan, PIKOM PC Fair tu pamerannya dua tingkat, yang PC Expo ni setingkat jew, hoho.








Okaylah, jom tengok apa yang menarik kat sini ;)


Lelong Corner, RM10 ada, RM5 ada, mari mari mareyyy !


Hoho, beg laptop! Satu beg yang kat atas ni berharga RM35 jew ;D


Memory card reader RM10, lelong lelong~


harga DSLR yang masih mahal, hehh -____-


Portable Hard Disk 3.5" 1 Terabyte (1000GB) = RM 249


Samsung Netbook = RM999 ;)

Untuk harga, Arib boleh konklusikan di sini rasanya sama jew dengan harga di Low Yat Plaza malah ada yang lagi mahal dari tuu, huhu. Arib dah cuba pusing-pusing dah kat dalam tu, still tak jumpa benda yang murah. Kalau dekat PC Fair, jalan-jalan kat situ kejap, dah terjumpa benda atau gadget yang harganya, huhh, memang tiada tandingan. Hurmm, apa yang Arib rasa murah kat sini beg laptop jew kowt. Kalau kat Low Yat Plaza, beg laptop memang susah nak jumpa yang murah-murah ni. Kalau kat sini, hehh, memang banyak yang lawa-lawa dan yang penting harganya murah, hee. Hahh, baguslah kalau macam tu, Arib memang nak cari beg laptop baru ni, kesian kat beg sekolah Arib ni, selalu kena jadi ‘beg laptop’, huwaaa.


Yeahh, inilah bag laptop baru saya! hee :DD *cehh, muka bangga -___-

Bagi yang masih belum berkesempatan untuk ke PC Expo 2010 ni, datanglah beramai-ramai ke Mid Valley Exhibition Centre bermula dari 5-7 November 2010. Dibuka bermula dari pukul 11 pagi sehinggalah pukul 9 malam. Dan apa yang penting, masuk adalah percuma!


Hello, selamat datang. Saya promoter baru kat sini. *ye, saya tahu saya tak hensem -___-

Hee, setelah hampir dua jam kat dalam PC Expo tu, Arib jalan-jalan lah kat dalam Mid Valley tu. Hahh, kalau jalan-jalan kat sini, memang tak sah kalau tak singgah kedai Apple! Yeah, yeah, iPhone 4! Ouhh, dan untuk saat itu, inilah kali pertama Arib sentuh iPhone 4 ni, hee.


Dapat jew pegang iPhone 4 ni, terus bukak Arib's Blog, heee :DD

Okaylah, setakat itu sahaja untuk post kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam.

p/s: InsyaAllah kalau tiada aral melintang, Arib akan post kan pasal perpindahan Arib ke sekolah baru, SMK Seri Bintang Utara hari Sabtu. Maaf kerana menunggu. Terima kasih :)

Editor: Minggu depan, GoMobile Expo 2010! Yeah! ;D

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

1 Comments:

Trevor Wanderlusting said...

Thaanks for this blog post

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top