• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Iftar Bersama Team Amanz.MY @ Marché Mövenpick, The Curve

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Wahaha, rasanya dah lama tak update blog ni. Sorry sangat-sangat kepada semua, mwehehe. Oh yea, harini Arib nak cerita sikit pasal iftar malam tadi. Sangat best yaww! Haha. Klik 'read more' untuk selanjutnya!


Ahha, sebenarnya malam tadi Arib berkesempatan untuk berbuka di restoran Marché Mövenpick, The Curve bersama team Amanz.MY. Hari Rabu tak silap, CEO Amanz.MY, Ikhwan Nazri aka @tekong ajak berbuka kat sini melalui Twitter, mwehehe. So alang-alang petang Jumaat semalam kerja tak banyak kerja sangat berbanding hari-hari yang sebelumnya, dapatlah jugak berbuka dengan team Amanz.MY yang sangat happening ni, hehe.


Okay, yang turut hadir masa berbuka semalam of course Founder & Jejaka Kacak Amanz.MY, Aman Firdaus (@amanfirdaus), CEO Amanz.MY, Ikhwan Nazri (@tekong) bersama isteri, Kak Wani (@n3thead), Effi Blog Serius (1Obefiend) bersama isteri, Kak Min (@aymeemin), and and Kakak Nisa Suka Menaip, Nisa Kay (@nisa_kay), haha. p/s: Nisa Kay amat sensitip bila dipanggil kakak. Forever 15 katanya. Please take note di situ :p Kahkahkah!

First sekali nak cakap pasal makanan kat Marché ni. Fuhhh, before masuk kat sini semalam, serius tak tau nak cakap apa bila sampai kat depan restoran ni. Kalau korang pergi The Curve, korang boleh jumpa restoran ni dekat The Street sebelah Starbucks. Landmark? Haha, korang akan jumpa lembu Marché tersadai kat depan restoran ni. Kalau dari segi harga, ermmm, semalam perasan harga kat depan restoran ni RM65 per head kalau tak silap untuk buffet. Tapi time bulan puasa jea kowt. Hari lain harga lain rasanya.






Dari segi menu, ada pelbagai jenis pilihan makanan western dan seafood yang boleh didapati kat sini. Apa yang best, makanan-makanan kat sini boleh dikatakan memang fresh sebab memang masak on the spot. Dessert? Yum yum. Serius tak tau nak makan yang mana sebab semuanya indah-indah belaka, haha. Apa yang menarik lagi, kat sini ada jugak disediakan dessert ice cream super duper mahal Häagen-Dazs. So selagi perut masih ada ruang untuk diisi, meh meh pekena satz dengan ice cream ni, haha.







Disebabkan semalam makan dengan cara buffet, so boleh ambik aaaaaaapa saja makanan kat sini. Tapi ingat, Marché amat berpegang teguh dengan prinsip membazir amalan syaitonnnn (*ehhh) kerana setiap makanan yang diambil tetapi tidak dimakan (membazir) dalam berat 100g akan dikenakan caj RM5, wooooo. So kalau yang terambik lebih tuu, pandai-pandailah arrange macam mana nak makan atau buat-buat cabaran macam Man vs. Food. Hohoho.


Siap ada warning tuu jangan membazir, hoho.


Nampak macam sikit, tapi bila nak habiskan tuu, haihhh -.-

Bercakap mengenai team Amanz.MY, haha, memang terkenal dengan sifat happening and humble, lagi-lagi founder dia, hihi. Sempoi jea @amanfirdaus datang dengan baju karnival sukan apa ntah, hoho. Serius kagum dengan sifat humble Amanz ni. Ouh yea, masa lepas habis makan, @tekong mewakili @amanzmy ada bagi duit raya kepada @1Obefiend, @nisa_kay & Arib atas sumbangan tenaga mahupun idea dalam Amanz.MY, hihi.


My first duit raya tahun ni, yeayyyy!

Lepas makan, @tekong jugak ada buat giveaway dari Bandung (thank you kak wani!) ala-ala cabutan bertuah gitu. So kami berlima (Obe, Kak Min, Nisa, Aman & Arib) kena lat tali lat tali tam plom untuk pilih keychain dalam plastik hitam, haha.


Muka menang keychain dari Bandung. *besar bebenor mata sebab teruja -.- Haha.

Untuk pengetahuan semua, Kakak Nisa Suka Menaip dah nak masuk USM dah 31 Ogos ni. So masa lepas iftar malam tadi, @tekong sebab membuat rakaman Google Zeitgeist untuk Amanz.MY kali terakhir sebelum Nisa Kay masuk U. Sob sob. p/s: Mohon para pembaca Amanz.MY tidak mogok atas ketiadaan Nisa Kay. Hurhur.



Sebelum berpisah, macam biasa, ada sesi bergambar sikit, hihihi.


Family Amanz.MY :D


Kakak Nisa Suka Menaip xD


Rasa nak tergelak pun ada tengok gambar ni. Hahaha!

So lepas makan, pergi lah ke kaunter untuk tujuan pembayaran. Haha. Nak tengok jugak berapa kena semua total makan kat sini plus dengan beverages yang berapa kali entah ambik. Selepas kira jumlah semua, nahhhhh! *please proceed to gambar di bawah.


*facepalm* Nasib baik Amanz sponsor. Kofkofkof.


Reaksi Amanz semasa pembayaran xD

So lepas pukul 10 malam macam tuu, berakhirlah sudah iftar bersama Amanz.MY ni. Overall memang best sangat-sangat-sangat! Haha. Terasa happening betul semalam. Mwehehehe.

p/s: Kredit to Nisa Kay (nisakay.com) atas gambar yang jelas, mapan, dan jitu :3 *agak-agak gambar yang kurang jelas tuu dari kamera Xperia X10 mini.

Nota Arib #1: Terima kasih sekali lagi kepada @tekong, @amanfirdaus, @1Obefiend, Kak @n3thead, Kak @aymeemin, @nisa_kay untuk iftar malam tadi! Woot woot!

Nota Arib #2: Masa tengah tunggu time berbuka, Amanz sempat menunjukkan layout baru Amanz.MY. Serius lawa. Simple dan ala-ala Metro gitu. Amanz kata, layout tuu akan digunakan sepenuhnya dalam masa seminggu dua lagi. Sama-sama kita nantikan yea! Hehe.

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

1 Comments:

RIZZNA said...

Seronoknya kann, pstu ada yg belanja. Lom penah smpi d curve lg so tktau nk imagine tmpt ni, nmpk menarik ataupn faktor gambar. Jgn membazir, klau CiM nk dtg sini nk bw tupperware la. Salam ramadhan

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top