• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Events: PIKOM PC Fair 2012 (II) @ Kuala Lumpur Convention Centre

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D


Okay, harini barulah Arib berpeluang untuk pergi ke PC Fair ni. Sebelum ni memang sejak first day PC Fair memang Arib pergi, haha. Ni pun lepas habis kerja repair PC dekat Asrama Kompleks Seri Bintang. Lepas habis kerja pergi makan kejap lepastu terus rush pergi KLCC around pukul 7 malam macam tuu, hurhur. Sampai sana solat Maghrib kejap and then, PC Fair mari!

First impression bila sampai kat KL Convention Centre iaitu tempat PC Fair belangsung, rasa terkejut pun ada sebab buat satu tingkat jea. Sebelum ni PIKOM PC Fair memang akan guna dua tingkat KL Convention Centre ni. Masa datang tuu pelik jugak sebab takde orang pun yang naik ke tingkat atas. Rupanya PC Fair kalini guna satu tingkat jea iaitu di tingkat bawah.


Dari segi susunan hall pada PC Fair kalini, woahhhhh, agak pelik. Starting point bermula dari hall 6 dan exit pada hall 1. Berbeza pada PC Fair sebelum ni, hall pada tingkat atas dijadikan starting point dan hall 5 akan jadi laluan untuk exit. Berbalik kepada tajuk utama, pengunjung yang hadir di sini akan melalui hall 6 yang boleh dikatakan agak jauh sedikit untuk sampai ke hall tersebut. Seterusnya, barulah pengunjung dibawa ke hall 5 sehingga hall 1.



Pada hall 6, booth-booth yang boleh didapati di sini ialah booth dari company kecil. Kat sinilah korang boleh cari something yang murah macam tablet kea, pendrive kea, and so on. Hall 6 ni pun merupakan hall baru di PC Fair, bersifat sementara yang berada di bawah khemah besar di luar KL Convention Centre. Apapun, kat khemah besar tuu aircond dia sangat-sangat sejuk, tahu? :3 Wowowowo.






Di hall 5 & 4 pula ialah tempat yang mana company-company besar seperti Samsung, BlackBerry, HTC memasarkan produk mereka. Kalau korang yang berhajat nak beli notebook atau phone baru kea, boleh survey kat booth-booth ni. Ada banyak gadget yang korang boleh cuba, hohoho.






Serius nak satu wireless mouse ni. Comel ouhhhhh :O

Pada PC Fair yang sebelum ni, tempat menjual barangan audio diletakkan dalam satu hall yang berasingan. Pada PC Fair kali kedua untuk tahun 2012 ni, susun atur produk audio agak pelik kerana berada di tengah-tengah jalan antara hall 4 dan hall 3, 2, dan 1! So korang kalau lalu situ agak bingit jugak lah telinga ni. Lagi-lagi kalau ramai orang. Laluan tuu dah lah selalu 'jammed' sebelum ni. Hurhur.



Hall yang paling best yang Arib rasa pada PC Fair kalini ialah hall 3, 2, dan 1. Kat sini booth-booth dari company besar dan company kecil bergabung. So banyaklah pilihan gadget yang boleh didapati di sini. Harga pun lebih kurang jea. So kalau bijak, buat survey dulu sebelum membeli, hehe.





Okay, selepas meninjau seluruh hall, PC Fair kalini agak menekankan jualan portable battery charger. Kebanyakan booth kat sini menjual gadget ni.


Selain daripada jualan portable battery charger, seperti biasa, zaman sekitar tahun 2012 ni penjualan gadget di PC Fair tertumpu kepada tablet dan juga portable hard disk. Sepanjang Arib jalan kat sini, dua benda ni yang memang Arib survey dan harganya pun memang kompetitif. Jumpa booth yang jual murah, jalan sikit, ada yang jual murah lagi! Memang kena bijak survey :D






Hahh, bagi korang yang nak dapatkan pendrive murah, kat sini Arib terjumpa dua tawaran pendrive 4GB bawah RM10. Gambar yang kat atas (RM8.80) terhad kepada 100 unit sahaja dan pendrive gambar kat bawah bernilai RM9 sahaja tapi design agak buruk sikit. So cepat-cepat lah korang pergi. Nanti habis, hehe.



Bagi korang yang ada kelapangan pada esok hari mungkin boleh datang ke sini untuk mendapatkan gadget-gadget dengan harga yang sangat berpatutan. Bertempat di KL Convention Centre (atas Aquaria), PIKOM PC Fair dibuka dari pukul 11 pagi sehingga pukul 9 malam dari 13-15 Julai 2012. Masuk adalah percuma yawww! Jangan lupa bawak duit lebih sikit xD Hihihi.

Ahha, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam (:

Nota Arib: Tadi masa survey portable hard disk, singgah kejap dekat booth majalah HWM (Hardware Malaysia). Korang tahu, kalau korang subscribe majalah ni selama 12 bulan, dengan bayaran hanya RM144, korang akan dapat portable hard disk 500GB secara percuma! Bila fikir-fikir balik, baik subscribe majalah ni. RM144 = dapat majalah 12 bulan + portable hard disk 500GB. Apapun, terhad kepada 20 unit sahaja. Siapa cepat dia dapat. Memang pukul 11 pagi esok saya terpacak lah kat booth tuu, hehe.


Nota Arib #2: Bagi korang yang pergi program 1Malaysia 4 Youth (1M4U) esok dekat KLCC, boleh lah ke PC Fair nanti, hohoho.

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

2 Comments:

Anonymous said...

Untung laaa pegi PC fair x ajak... (HaziQ)

Anonymous said...

Salam..nak tnye ni.da x tablet yg ley connect pe2 usb mcm pen drive ke usb printer ke?sbb ingt nk bli tablet je.

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top