Events: Capsquare PIKOM ICT Mall Grand Launch
Labels: EventsAssalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D
1. Datang sini lepas pergi Pasar Karat Kuala Lumpur dekat Petaling Street tuu. Beli Nokia 3310 dengan harga RM15 kat Pasar Karat tuu. *handphone legend nihh, nanti ingat nak buat review kat blog ni, hahaha.
2. Sebelum tuu, breakfast sat kat Restoren Annexe Nasi Kandar dekat Central Market. Makan Roti Sardin + Teh Tarik, hehe.
3. Pukul 10 pagi macam tuu, jalan kaki dari Central Market ke Capsquare PIKOM ICT Mall ni.
4. Niat datang sini pada awalnya hanya nak dapatkan earphone Sennheiser. Pastu balik. Sanggup datang awal kat sini sebab nak dapatkan earphone Sennheiser MX400 yang bernilai RM59.90 secara percuma.
5. Hehe, tahu pasal event dan dapat earphone free ni pun masa terbukak laman web PIKOM sebab nak update tarikh PC Fair 2012 (2) kat tepi blog ni.
6. Rupanya tidak, suasana di sana meriah dan semakin banyak free goodies dan games menanti :D
7. Kalau korang antara 100 pengunjung terawal, korang sure akan dapat satu goodie bag yang penuh dengan goodies seperti kat bawah ni. Beratur dekat information counter dan bila sampai turn korang, tunjuk IC.
8. Pendrive 8GB = RM9 satu. Terhad untuk 300 unit sahaja. Sorang boleh beli dua, hehe.
9. Hitz.FM Cruiser datang. Serius best! Banyak free goodies dapat, hehe. Voucher-voucher~
10. Dapat voucher RM10 x 2 kedai Challenger, terus pergi kedai tuu dan cari barang yang patut. Memandangkan dah bag laptop yang lama rosak (zip patah), akhirnya dapat beli bag laptop yang asalnya RM80 pastu tolak 40% discount and then tolak dengan RM20 voucher = bayar RM27.50 jea. *macam rancangan Extreme Couponing pulak, haha.
11. Lepas beli, redeem lagi free goodies, hahaha. Dapat Golla bag :D *Nak dapatkan benda kat bawah ni mestilah beli something kat dalam PIKOM ICT Mall tuu, hoho.
12. Nak semua benda kat atas ni? Kalau korang baca post ni pagi sebelum pukul 10, korang bertuah. Sila pergi ke Capsquare PIKOM ICT Mall sebelum pukul 10.30 pagi dan jadi 100 pengunjung terawal. 100 pengunjung tuu jea yang akan dapat earphone + goodie bag yang penuh dengan barang free dan dapat beli barang-barang murah kat sini, hehehe.
13. 27 Mei 2012, Anuar Zain perform kat Capsquare PIKOM ICT Mall pukul 4.30 petang, hohoho.
14. Capsquare PIKOM ICT Mall terletak dekat dgn area Semua House, Jalan Masjid India. Boleh dtg naik tren, turun dekat stesen Masjid Jamek (:
Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam.
Nota Arib: BEST SANGAT-SANGAT! Itu jea dapat kata, haha.
Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment