• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Percutian Seorang Diri – Genting Highlands dan Cara-Cara Untuk Ke Sana Tanpa Kenderaan Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Weehoo! Apa khabar semua! Hihihi, sorry sangat-sangat lama tak update blog ni. *berhabuk, fuh fuh.* Ahha, ni nak cerita sikit pasal hari Selasa lepas, 6 Mac 2012. Nak tahu lebih lanjut? Hehe, klik ‘read more’ untuk selanjutnya!


Seperti yang termaktub pada tajuk artikel di atas *ecehh, haha, Arib pergi ke Genting Highlands. Apa yang pelik sikit, percutian kali ini pergi sorang-sorang jea, huhu. Bukannya apa, nak survey dulu Genting Highlands ni. Dah expert nanti boleh jalan-jalan dengan kawan-kawan yang lain pulak, hee.

Arib boleh terlintas nak pergi Genting ni lepas ada satu hari ni jalan-jalan mundar mandir dekat KL Sentral. Masa jalan-jalan tu saja lah nak tengok harga ETS, KTM Intercity, dan tak lupa Genting. Apa yang menariknya, tengok harga nak pergi Genting murah pulak. So apa lagi, decide lah tarikh dan masa untuk ke Genting ni.

Pagi hari Selasa 6 Mac 2012 tuu Arib sampai kat KL Sentral lebih kurang pukul 10 pagi. Sampai kat sana terus pergi ke tiket kaunter untuk ke Genting Highlands. Apa yang best, kat kaunter tuu akan sediakan tiket bertolak 30 minit selepas tuu. Maknanya, kalau korang datang beli tiket pada pukul 10 pagi, korang akan dapat tiket bertolak pukul 10.30 pagi. Memang best, tak payah tunggu lama-lama. Masa nak beli tiket tuu, penjaga kaunter mintak masa nak turun untuk memudahkan pengurusan tiket. So Arib decide nak turun balik untuk ke KL semula dalam pukul 5 petang. Masa tu jugak Arib beli tiket pergi balik sebab senang tak payah beli beli lagi kat atas. Selepas beli, ini tiket yang Arib dapat.


Sebelum bertolak, Arib sempat breakfast dekat McDonald’s KL Sentral sebagai alas perut. Pagi tuu Arib sarapan satu set Chicken Muffin dan Arabica Coffee yang keseluruhannya berharga RM5. Suka sangat dengan Arabica Coffee McDonald’s ni sampai satu tahap nak jea breakfast kat McD hari-hari.


Pukul 10.25 pagi Arib tiba di terminal bas yang berada di bawah KL Sentral. Bas Genting Holidays untuk ke Genting Highlands sudah menerima kemasukan penumpang yang membeli tiket 10.30 pagi. Arib koyakkan salah satu bahagian tiket Genting tuu untuk diserahkan kepada penjaga bas.

Pukul 10.35 pagi, bas Genting Holidays bertolak ke destinasi yang dituju.

Dalam perjalanan ke Genting Highlands, Arib cuba ingat balik bila lah kali terakhir ke Genting ni ya? Ouhh, last pergi pun dengan family masa kecik-kecik dulu. Entah masa 8 tahun, kot? Maknanya dah 10 tahun tak pergi Genting ni! Lamanya, mungkin dah banyak benda baru ada kat Genting tuu.


Senjata utama untuk ber-Twitter & Foursquare, hehe.

Pukul 11.30 pagi, Arib tiba di Genting Skyway untuk menaiki Cable Car sebagai penukaran transit ke Genting Highlands. Kat sini boleh kata macam terminal jugak sebab ada tempat bas, kedai makan, kedai serbaneka, dan kedai cenderamata.


Cable Car terletak dekat tingkat 3 Kompleks Genting Skyway ni. Sampai kat kaunter untuk perlepasan pengunjung ke cable car, sekali lagi Arib koyakkan salah satu bahagian tiket lagi untuk diberikan kepada penjaga kaunter kat situ. Apa yang menarik bila pergi masa hari kerja ni, orang tak ramai langsung! So masa tuu Arib dengan rasa suka hatinya dapat naik cable car sorang-sorang, muahahaha!







Pukul 11.57 pagi, Alhamdulillah, selamat pun sampai kat atas. Memang best dapat naik cable car sorang-sorang sebab boleh lompat-lompat or buat perkara yang mengerikan dalam tuu, ehh? HAHAHA. Apa yang dapat disimpulkan, cable car kat Genting Highlands ni tak segayat cable car kat Gunung Mat Cincang dekat Langkawi. Itu lagi ngeri. Nak lompat-lompat pun tak sampai hati -____-

Sampai kat atas tuu, Arib redah jea walaupun tak tau jalan atau tempat mana nak pergi. Ouh yea, pengunjung yang menaiki cable car mendarat dekat bangunan Resort World Genting. Kat sini lebih kurang macam mall jugak sebab banyak kedai. Kat atas pulak ada hotel.



Lepas meng-explore dalam Resort World Genting, Arib keluar kejap sebab nak familiar kan tempat ni. Tangkap gambar apa semua, and then, Arib masuk pulak ke bangunan yang ada tulis “Taman Tema Genting”. Hahh, so apa lagi, redah jea!


Masuk jea dalam bangunan ni akan ternampak pusat video game. Serius dah lama tak main benda ni. Ingat lagi dulu kecik-kecik main benda ni dapat tiket panjang-panjang then tebus untuk dapat hadiah. Fuhh, rindu kowt! Sampai sekarang benda ni still ada lagi.





Lepas jalan-jalan dalam bangunan tuu, sampai kat satu bahagian ni ada dua jalan korang boleh pergi iaitu jalan untuk ke First World Plaza atau jalan ke Outdoor Theme Park. Masa tuu Arib memilih untuk ke First World Plaza dulu memandangkan kat luar hari nak hujan.



Sewaktu melangkah masuk ke First World Plaza ni, WOWW, bestnya! Korang tau, berjalan-jalan dalam ni rasanya macam bukan kat Genting lagi. Kat situ ada bermacam-macam bangunan pelik antaranya Big Ben yang berada dekat London, dan juga Eiffel Tower dekat Paris.










Masuk dalam dan dalam lagi kat First World Plaza ni korang akan dikejutkan dengan patung gergasi Oscar dan patung Liberty yang ada kat US. Fuhh, alangkah menariknya dalam tuu. Tak tergambar ke-excited-annya.








Actually, First World Plaza ni merupakan shopping mall dekat Genting ni. Kat sini pun ada tempat bowling, wayang, kedai-kedai makan, kedai pakaian yang biasa terdapat di shopping mall.









Dalam masa yang sama, dekat situ jugak terletaknya indoor games yang korang boleh main sepuas-puasnya. Ahha, macam dekat Times Square jugak lah, tapi kat sini rasanya lagi best kowt.











Harga Indoor & Outdoor Games :)

Masa jalan-jalan tuu, Zohor telah pun masuk. Dalam hati Arib, “Tempat macam ni, ada kea surau?”. Serius risau sebab tengok dalam signboard takde pun surau. Memandangkan ini Malaysia, mesti ada punya kowt. Arib cuba tanya salah seorang pak cik yang mengawal kat situ untuk bertanyakan lokasi surau. Dan ya, dia cakap surau ada di tingkat 1 dekat lobi hotel First World Plaza.

Jalan punya jalan, rupanya surau terletak di tingkat bawah mengikut tangga di sebelah casino. Cehh.


Lepas solat, Arib meneruskan perjalanan untuk ke Outdoor Theme Park pulak. So kena keluar dari First World Plaza dan ikut jalan yang satu lagi untuk ke situ.


Menuju ke Outdoor Theme Park, korang akan melalui Star Walk sebab jalan tu jugak akan bawak korang ke Arena of Stars. *alaa, tempat yang selalu buat Anugerah Bintang Popular tuu. Kat laluan tuu korang boleh tengok seluruh pemandangan Outdoor Theme Park dari atas. Memang best lalu kat situ. Setiap langkah mesti nak tangkap gambar.








Sampai di penghujung Star Walk, korang boleh masuk ke Outdoor Theme Park, Arena of Stars atau pergi ke Hotel Theme Park. Memandangkan Arib nak berjalan jea masa tuu, so Arib teruskan perjalanan untuk memasuki Hotel Theme Park.




Self-timer -_______-

Kat dalam lobi Hotel Theme Park ni terdapat restoran Marry Brown dan kedai majalah.



Harga bilik di Hotel Theme Park :)

Kat situ jugak korang boleh lalu untuk ke taman mini yang terletak di sebelah hotel tuu.





Setibanya Arib di taman mini, fuhh, cantik suasana kat situ. Kat situ jugak korang boleh lihat permandangan Kuala Lumpur dari Genting. Malang sekali, masa tuu kabus tebal sangat. So tak dapat nak tengok permandangan di bawah dengan jelas. Apapun, taman mini memang best untuk berlari Kuch Kuch Hota Hai kalau dah berbini nanti, ehh?









Self-timer again -,-

Lepas jalan-jalan kat taman mini, Arib teruskan perjalanan untuk meninjau Balai Polis serta Masjid Genting Highlands. Belum sempat Arib nak sampai ke sana, kabus makin tebal datang. So kat sana rehat kejap ambil udara segar lagi nyaman sebelum pulang naik cable car semula untuk turun ke bawah.





Memandangkan pukul 5 pm Arib dah kena naik bas untuk ke KL Sentral, pukul 3.45 pm Arib mula beredar untuk ke tempat cable car semula.




Pukul 4.15 pm, Arib tiba di tempat cable car yang berada di Resort World Genting untuk ke tempat menunggu bas yang berada di Genting Skyway. Tiket yang satu lagi mula Arib koyakkan bahagiannya untuk menaiki cable car tersebut. Sekali lagi, Arib menaiki cable car seorang diri, wuuu.




Pukul 4.35 pm, Alhamdulillah sekali lagi sampai kat bawah. Sementara menunggu bas pukul 5 pm bertolak, Arib sempat makan Nasi Lemak dekat Kompleks Genting Skyway tu. Mana taknya, makanan kat atas mahal sangat! So nak makan kena tunggu turun dulu, huhu.


Pukul 5 pm, bas Genting Holiday yang menuju ke KL Sentral tiba di Kompleks Genting Skyway. Masa tuu Arib koyakkan satu lagi bahagian tiket untuk diberikan kepada penjaga tiket kat situ before naik bas. Pukul 5.05 pm, bas bertolak meninggalkan kawasan Genting Highlands, wuuu.

Dalam bas, tak tau nak buat apa sebab penat sangat. So dalam perjalanan tuu memang terlelap lah sampai jalan jam pun tak perasan.

Pukul 6 pm, akhirnya, selamat jugak sampai kat KL Sentral, yayy! Setibanya kat situ cari surau kejap and then pulang ke rumah. Memandangkan KL Monorail dah support penukaran tren aliran Ampang tanpa keluar dari stesen, so naiklah monorail menuju ke Stesen Hang Tuah. Setibanya di Stesen Hang Tuah, tukar naik tren Aliran Ampang pulak, dan pukul 7.00 pm, sampai kat Stesen Maluri. Akhirnya, pukul 7.05 pm tiba di rumah, yayy!

Konklusi

Dari segi keseluruhannya, pergi ke Genting Highlands ni memang seronok walaupun tak main pun indoor dan outdoor games kat situ. Jalan-jalan pun dah cukup puas sebab banyak tempat yang menarik yang sesuai untuk tangkap gambar. Keindahan menikmati angin sejuk serta kabus yang menceruk di puncak Genting tak dapat digambarkan. Naik cable car pun sebenarnya dah cukup memuaskan hati. Senang cerita, korang kena rasa sendiri, hehe.

Sebagai tips untuk ke sana, pastikan korang beli makanan dan minuman serta apa-apa yang patut kat KL Sentral or kat kedai dekat dengan area rumah korang. Korang tau, kat atas nanti jangan mimpi lah nak dapat makanan minuman yang murah-murah. Kat atas nak jamah McChicken pun dah RM13.55 berbanding kat KL yang McChicken baru RM5.95. Ouh yea, kat Genting takde McValue Lunch or Dinner yea. So korang kena prepare beli makanan dan minuman siap-siap sebelum naik ke Genting.


No McValue Lunch :(


Mak aihhh, mahal -.-

Baju sejuk Arib rasa tak perlu kowt untuk dipakai masa kat Genting. Masa Arib pergi tuu, walaupun kat Genting hujan, tak rasa sejuk sangat pun, just rasa macam dalam aircond jea suhu kat luar. Cuma kalau yang tak tahan sejuk tuu, pakai lah baju lengan panjang takut-takut korang menggigil. Tapi bagi Arib, okay jea suhu kat situ. Amoi yang jalan-jalan kat situ lagi lah pakai short jea. Depa relax ja.

Untuk menikmati pengalaman ke Genting dengan lebih sempurna, korang pergi lah masa hari kerja. Bagi yang berkerja tuu, apa salahnya ambil cuti sehari. Ini sangat penting untuk mengelakkan korang kena beratur panjang untuk menaiki cable car. Masa Arib pergi tuu, datang jea, bagi tiket dan terus boleh masuk ke dalam cable car. Apa yang best lagi, boleh buat cable car tuu macam hak korang punya sebab orang lain tak berada dalam gondola yang sama, hee. Apa yang penting, kesemua ini hanya boleh dinikmati pada masa hari berkerja sahaja.

Bagaimana Untuk Ke Sana Tanpa Kenderaan Sendiri?

Firstly, korang datang dulu ke KL Sentral 30 minit sebelum nak ke Genting tuu. Lepas tuu, pergi dekat tingkat satu. Kat atas tuu korang carilah sampai terjumpa kaunter jualan ETS. *Kalau korang ke tingkat satu melalui ekskalator utama, korang belok ke kiri. Jalan straight. Nampak jea kaunter ETS tuu korang toleh ke kanan. Hahh, nanti korang akan nampak kaunter Go Genting. Pergi situ dan buatlah pembelian tiket.

Harga tiket pulak,RM10.30 untuk sehala dan RM20.60 untuk pergi balik. Harga tiket ni termasuk bas dan cable car sahaja. Theme park lain harga. So kalau korang just nak jalan-jalan jea, berbekalkan RM20.60 pun dah cukup.


Lepas beli tiket, tunggu 10 minit awal di tempat menunggu bas kat bawah KL Sentral tuu. Jalannya mudah, korang ikut jea jalan nak menuju ke KL Monorail. Habis jea turun guna ekskalator, korang jalan straight jea sampai korang ternampak bas Go Genting. Sampai situ, korang koyakkan keratan “Bus” pada tiket yang besar tuu untuk diserahkan kepada penjaga tiket bas tersebut. Simpan keratan tiket yang berbaki untuk naik cable car pulak.

Apabila bas berhenti di Genting Skyway, maknanya korang kena turun untuk naik cable car pulak. Untuk menaiki cable car, korang kena naik ke tingkat 3. Apabila jumpa tempat perlepasan cable car, korang koyakkan keratan “Genting Skyway” pada tiket tuu dan serahkan kepada penjaga kaunter cable car. Keratan tiket “Bus and Genting Skyway” yang berbaki tuu merupakan resit dan simpan untuk dijadikan rujukan.

Untuk turun pula, korang ikut semula step seperti mana yang korang lakukan masa nak naik ke Genting tuu. Gunakan keratan tiket yang satu lagi yang tertulis FROM: SKYWAY, TO: KL SENTRAL. Tempat tunggu bas pun tempat yang korang turun masa tiba di Genting Skyway sebelum tuu. Apa yang penting, sila tepati masa seawal-awalnya berada 10 minit lebih awal mengikut time bas yang telah korang tetapkan.

Hee, okaylah, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam :)

Nota Arib: Akan datang kalau dapat pergi lagi nak test main Indoor & Outdoor Games pulak. Macam best jea, hehe.

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

15 Comments:

f.a.r.a.i.s.h.a.h said...

Info yg bagus!!

Anonymous said...

Bgs..hehe. Thanks for this. Info...:)

Anonymous said...

emmm menarik ase cam nak g jer

Rohatex said...

tq.....mmg nak pegi

Rohatex said...

tq.....mmg nak pegi

Anonymous said...

bagus la awak ni, ^_^ thanks for the info

Unknown said...

Kalau main games outdoor ada locker tak utk simpan barang?

Unknown said...

Kalau main games outdoor ada locker tak utk simpan barang?

Anonymous said...

Very good..saya ambik isi2 penting utk karangan krn tak pernah ke sana..terimakasihh..

Unknown said...

Thanks arib...info yg sgt bagus n berguna...n kitorg pun otw nak g genting

Unknown said...

Tq for ur information

Anonymous said...

Sweet adik ni ..info bagus...sy dh g byk kali pun xmampu nk tulis cenggini...:-D

Anonymous said...

Terbaek adik...useful info... sbb ingat nk pi sna tp keta problem... ada pi genting strawberi x... x silap kt cable car je bwh sikit... tp x prnh pi...just baca blog je... kalo adik pi.. tulislah ye...jd panduan pd yg nk pi tp naik bas...

Unknown said...

Usefull information.. thank you :D

qayum hekayat said...

kini arib sudaj dewasa, arib tidak lagi bermain foursquare & yg lebih penting arib tidak lagi menggunakan telefon blackberry

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top