• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Diariku: Asrama SMK Segambut Jaya, Kenangan Bersua Semula!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D



Ouh yeah, hari ni merupakan hari yang tak boleh lupa ketika Arib berpeluang untuk bermalam di bekas asrama Arib, Asrama SMK Segambut Jaya untuk sehari. Memandangkan Asrama Kompleks Seri Bintang memang minggu balik bermalam minggu ni manakala di SEJAYA tak, so boleh lah datang. Untuk makluman, Arib sudah menetap di asrama ni selama 4 tahun, bermula dari tahun 2007 hingga 2010. Tahun ni, Arib berhijrah ke Asrama Kompleks Seri Bintang atas sebab untuk mendapatkan pelajaran yang lebih baik. Serius, kalau tak disebabkan pelajaran, memang Arib tak kan tinggalkan asrama ni. Fuhh secara keseluruhannya, SEJAYA banyak berubah!

Kringgggg! Loceng asrama berbunyi. Jam sudah menunjukkan pukul 5 pagi. Ouhh, pagi tu Arib bangun dari sebuah katil di dorm 14 dan terus menuju ke rumah PKHEM (rumah warden) seorang diri untuk mandi dan bersiap sedia untuk solat Subuh. Seperti kebiasaan pagi di Asrama Kompleks Seri Bintang, kalau bangun awal tu, memang Arib akan kejut pelajar. So pagi tadi, Arib buat seperti apa yang buat di AKSB. Cuma kali ni Arib kena kejut bukan 78 orang pelajar ASPURA tetapi lebih kurang 500 orang, wahh!

5.30 am, 20 Februari 2011. Asrama SMK Segambut Jaya dikejutkan dengan suara yang agak lantang. Suara itu kedengaran dari pembesar suara asrama.

"Bismillahirrahmanirrahim. Pelajar asrama! Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 pagi. Diminta semua bersiap sedia untuk solat Subuh. Bangun pelajar asrama, BANGUN! Bangun, bangun bangun, Subuh, bangun!"

Pada waktu tu, Asrama SMK Segambut Jaya yang tenang pada mulanya tiba-tiba keadaan bertukar menjadi kelam kabut. Dorm yang bergelap terus bercahaya dengan lampu dorm yang terbuka. Ada yang bergegas dan berlari mengambil baldi dan terus mandi. Aiyoo, relax ya, jangan lari-lari, masa banyak lagi. Mungkin mereka terkejut dengan suara tuu. Selalunya, kalau pelajar yang kejut, diorang ni nak bukak lampu dorm pun susah. Warden buat pengumuman jew baru diorang nak bukak lampu dorm. Ada jugak ketika tu berasa hairan dan tertanya-tanya, siapa lah yang bagi pengumuman tadi. Warden barukah?

Form 1: "Abang! Bangun! Ada warden baru kat bawah tuuu!"

Lepas pengumuman tu dibuat, Arib round dari bilik ke bilik untuk memastikan pelajar-pelajar asrama ni bangun.

"Bangun pelajar asrama, BANGUN! Subuh! Subuh! Mandi, Subuh!"

Pelajar-pelajar form 1 dan baru tercegat tengok Arib. Haha, rasa nak tergelak pun ada. Yang pelajar lama maybe terkejut jugak kowt. Bila masa Arib sampai? Hoho, masa kejut pelajar time tu, ada jugak pelajar lama tanya yang Arib masuk sini balik ker. Ehh, tak tak. Datang melawat jew (:

Pukul 6.10 pagi, azan Subuh berkumandang.

"Pelajar asrama, azan Subuh telah pun berkumandang. Yang masih berada di atas, sila turun!"

Selepas solat Subuh, sudah menjadi adat di sini untuk terus membaca Al-Mathurat. Habis jew baca Al-Mathurat, junior dan senior berteriak-teriak memanggil nama Arib dan terus menyapa Arib dengan salam-bersalaman.

"Abang Arib! Abang Arib! Abang Arib!!!"

Apa yang mengharukan, mereka buat perkara yang sama seperti di Asrama Kompleks Seri Bintang iaitu cium tangan! Masya'Allah. Sejaya sudah berubah!

Habis selesai solat Subuh dan Al-Mathurat, pelajar tingkatan 1, 2, dan 3 dikehendaki berada di surau untuk sesi bacaan Al-Quran manakala form yang lain dibenarkan untuk sarapan pagi. Masa sarapan pagi, ohh, Arib tak makan, just borak-borak dengan form 5 tentang keadaan asrama tahun ni. Macam-macam feedback Arib dapat. Overall, kebanyakan mereka kata SEJAYA much more better than last year. Alhamdulillah.

Pukul 8.00 pagi, semua pelajar asrama dikehendaki berkumpul di perkarangan asrama untuk mengikuti program gotong-royong. Before gotong-royong tu start, Arib berpeluang untuk memberi ucapan. Pastinya, Arib memperkenalkan diri siapa Arib sebenarnya dan yeah, mereka terhibur dengan cara saya, yayy!

"Kita ni setiap masa mesti kena SEMANGAT ya! Sebabnya INSAN YANG CEMERLANG datang daripada AKAL yang waras, HATI yang bersih, dan JIWA yang tenang!"

Tiba-tiba jeww, diorang bersorak dan tepuk tangan, haha.

Arib: "Okay, abang nak tanya ni, macam dengan asrama tahun ni? Okay tak?"

Pelajar: "Ooookayyyyyyyyyyy!!!"

Arib: "Hahh, yang belakang tu tak semangat. Okay ke tak? Kalau macam ni, KECEWALAH...

Pelajar: Kecewalah...., hahaha.

Sufi Aiman selaku bekas pelajar AKSB dan pelajar form 5 paling baru di sini tahu dari mana Arib ambil gaya sebutan perkataan tuu. Sufi kata gaya sebutan tu diambil dari pemandu van SMK Seri Bintang Utara. Haha, yup yup. Kat AKSB memang biasa dengan gaya sebutan perkataan "KECEWALAH.." ni. Kedua-dua warden lelaki kat AKSB pun selalu sebut perkataan ni time bergurau dengan pelajar, haha. Terima kasih kepada En. Helmy sebagai pencetus, hohohoo~

Habis sesi ucapan tu, semua pelajar lama asrama ni mintak Arib suruh nyanyi lagu My Way. Haha, rindu betul diorang ni dengan lagu tu. Tapi atas dasar masa, Arib tak dapat nak tunaikan permintaan diorang. Kecewalah...., huhuhu. Takpe, Insya'Allah kalau berkesempatan, Arib datang lagi dan cuba nyanyi lagu tuu. I did it My Way...., hohoho.

Tak lama selepas tu, sesi gotong-royong pun bermula. Pelajar form 5 diberi tugas untuk memantau pelajar asrama. Hohoho apa lagi, Arib masuk lah dari bilik ke bilik pelajar asrama ni untuk bertanyakan khabar dan keadaan pelajar, khususnya pelajar tingkatan 1 dan pelajar baru. Masuk bilik jew...

Pelajar: "Abang Arib!!! Adoi, kecewalah...., hahaha."

Arib: "Hishh korang ni, haha. Hahh, mana pelajar baru dalam dorm ni?"

Pelajar: "Hahh, yang ni bang. Ada tiga orang."

Arib: "Hahh, macam mana? Okay tak asrama ni?"

Pelajar Baru: "Okay sangat bangggg! Best!"

Pelajar Lama: "Abang Arib, nyanyilah lagu! I did it my way~"

Arib: "Haha. Tak mau lahh xD"

Daripada reaksi muka dan gaya jawapan yang diberikan oleh pelajar baru, memang Arib dapat rasa yang diorang suka dengan asrama ni. Semua happy jew walaupun tahun ni bermulanya kembali era campuran pelajar berlainan tingkatan dalam dorm. Maksudnya, dalam dorm ada form lain-lain. Tanya masalah apa semua, semua kata okay dengan reaksi muka yang ceria. Fuhh, rasa bersyukur sangat.

Selepas sesi gotong royong, Asrama SMK Segambut Jaya diserikan lagi dengan aktiviti perlawanan Sepak Takraw antara rumah sukan asrama. Fuhh, serius dah maju tahun ni. Asrama pun dah ada rumah sukan. Masa perlawanan tuu, ya Allah, memang riuh dibuatnya. Ahli rumah sukan asrama yang menonton perlawanan tu saling bersorak untuk rumah masing-masing. Memang SEMANGAT betul!

Sekitar 11 pagi, Arib terpaksa bergegas untuk pulang ke rumah. Pn. Noraini busy sikit kat sekolah ni hari ni, takut tak sempat nak hantar balik sebab Ayah pakai kereta. Ayah Arib pulak ada urusan. So kena hantar Arib balik rumah awal sikit. Petang nanti dah nak balik ke Asrama Kompleks Seri Bintang pulak, jadi kena packing barang dan buat apa-apa yang patut, huhuhu.

Okaylah, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca taww! Teehee, sekian, wassalam (:

Nota Arib: Kalau tahun lepas diorang jumpa Arib di SMK Segambut Jaya, mereka akan sebut "I did it my way~". Bermula tadi, mereka kalau jumpa Arib jeww, mereka akan sebut "Kecewalah...". Hahaha.

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

1 Comments:

MASSHALLY SPACE! said...

As Salam....cuma nk tanya...mengapa pindah krn pelajaran...rasanya Sejaya akademik ok skrg..anyway..seronok baca..alhamdulillah jika asrama sebegitu.

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top