• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Di Sekitar PIKOM PC Fair 2012 (III) @ KL Convention Centre

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Hai semua! Hehe. PC Fair datang lagi yawww~ Okay, kalini Arib nak update sikit mengenai first day PIKOM PC Fair yang last untuk tahun ni. Klik 'read more' untuk selanjutnya!

Harini Arib berpeluang pergi ke sini selepas solat Jumaat di Masjid KLCC. Actually Arib suka survey dulu time first day ni sebab kadang-kadang ada promotion. Lagipun first day ni tak ramai orang, so tak sesak sangat nak jalan tu. Nak hands-on gadget latest pun senang, hoho. Ouh yea, kalini Arib ditemani dengan kawan Arib yang kat UTP tu, Ahmad Nasif :3

Dari segi susunan booth pula, PC Fair kalini dah susun jadi normal balik. Last PC Fair dia guna floor bawah je, tapi kalini dah guna tingkat atas balik. Seperti biasa, hall dekat atas akan digunakan untuk booth brand-brand besar. Cuma apa lainnya kalini, tempat untuk speaker dah tak diletakkan dalam satu hall, sebaliknya hall asal untuk speaker AMD dah ambik. So satu hall tu AMD punya. Speaker just terletak dekat hall 5.

Anyway, apa yang perasan tentang PC Fair kalini Arib banyak tengok jualan untuk notebook Windows 8 (of course), portable charger dan juga handphone. Ya, handphone. Mostly Arib tengok handphone kat sini boleh tahan harganya. Galaxy S3 harga RM1699. Apa yang paling terkejut, Nokia Lumia dah turun kaw-kaw punya! Korang boleh dapat Nokia Lumia 610 dengan harga RM399 sahaja. Ni bukan ada kena beli barang ke apa, tapi memang ya, harga Lumia dah turun. Maybe ni disebabkan Nokia Lumia generasi baru dah keluar. That's why harga turun banyak. So kalau korang berminat nak guna Windows Phone, boleh beli satu. Hehe.

Dari segi harga, hurmm .... okaylah. Tak banyak harga murah. Harga pun majoriti Arib tengok standard Low Yat jea malah Arib rasa Low Yat lagi murah. Kat sini yang murah pun Arib rasa harga Nokia Lumia kat atas ni. Serius terkejut. Harga yang lain still sama. Portable hard disk paling murah pun untuk 1 Terabyte dalam RM258. Gadget-gadget yang lain macam pendrive, mouse, tablet, hurmmm, harga takde beza.


LOL.
Power bank paling murah, 1500 mAh, RM29 ;)

Power bank 3000 mAh, RM59.


Blu-ray drive, RM299

Harga portable hard disk mengikut brand ;)
Apapun, untuk korang yang nak beli something untuk tahun ni, PIKOM PC Fair kalini still berbaloi untuk pergi. Kalau nak cari laptop baru tu, hehe, pastikan yang ada Windows 8. Untuk korang yang nak beli phone baru pun, boleh lah datang sini. Tapi tak semua handphone ada lah. Just certain-certain model. Nama pun PC Fair. Hoho.

PIKOM PC Fair 2012 berlangsung bermula hari ini, 7 Disember 2012 dan berakhir pada hari Ahad ni, 9 Disember 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre. Dibuka dari pukul 11 pagi sehingga pukul 9 malam. Apa yang penting, masuk ada lah percuma! Hehe, okaylah. Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yea! Sekian, wassalam (;

Nota Arib: Tengok harga Lumia dah turun ni macam nak beli satu pulak :O 

Nota Arib #2: Hehe, tadi masa nak balik terjumpa Abdul Mubarak. Dia jalan dengan kawan dia tadi. So jumpa borak-borak kejap :S
 
Nota Arib #3: iPad mini! :DD Pagi tadi baru masuk Malaysia secara official. RM999 jea harga dia. Sangat berpatutan.
 
Nota Arib #4: Apa yang Arib beli harini? Hehe. Tak beli apa sangat pun. Just beli dua joystick yang ada analog. Satu RM10 jea. Memang kemaruk nak bergaming dah nih. Nak beli Xbox macam tak kesampaian jea :( Pastu singgah Low Yat jap beli graphics card. Dengan harga sekitar RM170, so Arib angkat lah satu Nvidia GT220 1GB. Walaupun graphics card murah, overall memang puas hati sangat bila test performance graphics card ni tadi. Main Call Of Duty: Modern Warfare 3, Left 4 Dead 2 & FIFA 2012 tak lag langsung dengan medium setting. Terbaik!
 

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top